Wednesday, December 8, 2010

Gambar Rawak


Akhirnya blog ni bergambar jugak sikit-sikit..:). Terima kasih pada encik Nasaruddin yang tolong belikan card reader di PAS (Plaza Alam Sentral) semalam. RM25 untuk jenis All-in-One, maksudnya semua size usb port (hentam je istilah ni). Dah lama semua gambar ni terperap dalam cellphone. Jadi saya mahu sustain the memories here..;) Saya susun dari yang terbaru hingga yang dolu2..bulan 9 hingga beberapa hari lepas. Oh ya! Gambar kat atas ni waktu on the highway ke Sg Buloh, 5hb 12 2010, 2 hari selepas mengambil Wardina Ummu Qistina (WUQ), baby baru saya...hehe. Nabielah yang jadi co-pilot waktu ni..dia lah yang snap gambar. Co-pilot yang boleh buat teman masa drive. Selalu ada idea nak bercakap,jadi taklah rasa ngantuk or letih..(ini memang tabiat saya waktu drive, kena ada orang kat sebelah). Satu lagi, saya suka turn on the radio instead of pasang lagu from cd. Sebab utama dia saya boleh keep-track dengan isu semasa dan hal ehwal sekeliling. Contohnya bila saya bukak IKIM.fm, ada diskusi ilmiah tentang how to avoid children sexual abuse walaupun masih tak berapa berkesan pada hemat saya. Ataupun, bila dah nak hampir sesuatu significant event or date in our religion or country, biasanya radio akan alert kita dengan iklan2 diorang.So we'll go," EH DAH NAK TAHUN BARU ISLAM LA.." Macam tulah lebih kurang. Apapun, saya suka IKIM dari radio lain. Titik. Jom kita tengok gambar lain pulak..meh



Ini namanya daun dari pucuk paku yang bernama (__blank__) saya terlupa namanya, yang saya ingat orang ganu panggil pak miding ke ape ntah. (Saya orang ganu,tapi tak ingat...isk) T_T

Ini bubur lambuk tengah mula masak, belum masak lagi. Pucuk paku tadi akan dimasukkan sekali ke dalam bubur. Bubur lambuk is one of my favourite,dimasak oleh chef yang terhebat di rumahku syurgaku, Ummi Sakila.

Kek ni sekali tengok biasa je, macam birthday party lain mesti nak ada kek kan. Jadi Kakak pun nak ada kek time birthday dia, so inilah dia. Kakak dah 10 tahun pun..tapi still gaduh ngan Adik Mujahid lagi..Mujahid pulak nampak macam sebaya je ngan Kakak..hoho

Langit Ilahi...:) Langit yang menaungi rumahku..maybe it's the same as yours. Kakak sibuk suruh saya snap gambar langit waktu ni

Nyum3...sate lazat nyum..Time raya korban aritu. Kami tak pro bab2 bakar sate, abis lidi sate rentung


Gambar ni sangat cantik ditangkap oleh Kakak

Oh, gambar ni sangat lama...waktu sambut birthday ke 22 dekat teratak Ayuni dan Azni..dihadiri oleh Farah, Hafiz dan Zul sahaja. Esoknya kami ada micro teaching. Terima lagi nyanyian Happy Birthday To You dari classmates...on my 22nd anniversary..rasa macam immatured^o^



Lokasi: pusat kesihatan UiTM
Ha, gambar ni buat saya nak gelak pun ada,. Tengah sakit pun sempat rasa boring. Jadi amik gambar sana sini menghilangkan kebosanan. Tak sempat pun sesape melawat kecuali yang menghantarku Kak Dyana n Kak Mun. Cuma teringat Ummi, Abuya, Kakngah yang macam nak melawat je dari nada suara. Tapi tak sangka berbulan lepas tu pun ada yang masih tanya pasal kejadian saya kena duk kat wad ni. Alhamdulillah sakit, tidaklah saya dilupa Dia~



So there you go Gambar Rawak setakat ini. InsyaAllah will be updating you guys with more reasonable pictures to write about. BTW, saya akan hibernasi maybe hampir seminggu (maybe) sebab akan beri tumpuan pada program yang akan datang. Wassalam.


p/s-saya memang jarang letak gambar manusia dalam belog saya~

Saturday, December 4, 2010

Positif-Sikap Yang Selalu Diingatkan Kepada Pelajar PMR & SPM

Kak Dyana (saya suka eja nama beliau macamni) cakap, menulis itu terapi. Terapi apa? ha, itu yang kita tak tahu. Satu lagi terapi untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan yang selalu diamalkan kaum hawa adalah menangis. Mesti masing-masing setuju. Dulu masa kecil-kecil menangis sebab tak dapat apa yang kita nak. Tapi dah dewasa ni pun, masih sebab yang sama, cuma penerimaannya berlainan. Redha sebab dah faham kenapa semua yang kita harapkan tak seperti yang berlaku. Taklah sampai memberontak macam masa kecil dulu. Tapi waktu kecil dulu, takde pulak teringat-ingat hendakkan sesuatu sampai ke dewasa. Sebab utamanya, Alhamdulillah ayah saya seorang yang sangat penyayang. Apa yang diminta, semua diberi. Tak pernah kata tak boleh. Dan Alhamdulillah juga, emak saya bersikap sebaliknya. Nak sesuatu mesti dapat no 1 dalam kelas, mesti perform itu ini, atau at least hadiah hari lahir. Jadi adalah keseimbangannya di situ.

Tapi dah dewasa ni, bila kekecewaan kita hendak diluahkan, ia jadi macam janggal. Nampak sangat kebudak-budakan. Mahu tak mahu, menangis tapi jangan sampai orang sedar. Dan kesan dia, walaupun kamu ingin lupakan, tak sampai sesaat kemudian teringat balik. Samada kecewa sebab pengurusan, sebab seseorang, sebab kawan, sukar untuk berfikiran lurus dan positif macam dulu-dulu. Macam zaman sebelum dirompak dahulu. Setiap tindakan pasti akan terlintas the dark side of it. Saya akan sentiasa berfikiran begitu. Tak tahu bagaimana nak klasifikasikan pemikiran saya ini. Kalau orang kata perlu berfikiran positif tentang sesuatu, itu saya boleh terima, tapi melihat kepada siapa yang berkata. Kalau dia cakap tak serupa bikin, saya akan terus turn-off nasihatnya itu. Ianya seperti, seseorang berkata kepada kamu, kamu-boleh-kawan-dengan-saya-walaupun-saya-tidaklah-suka-kawan-yang-bermasalah-cari-saya. Janggal bukan? Dan akibat sikap negatif@berhati-hati saya itu, saya sukar menjadi diri saya yang dulu. Rasa susah nak senyum dengan ikhlas dengan seseorang yang saya masih suspicious of. Padahal getaran hati negatif saya yang terlebih dahulu berjangkit pada orang itu, lalu hati saya memberitahu perkara yang tidak enak tentang dia. Padahal masalahnya saya.

Sehinggalah! Saya berjumpa dengan seseorang yang sangat happy go lucky. Walaupun diejek, dimarah, dibuat macamana pun, masih selamba. Walaupun kadang-kadang saya jadi terlebih emosi, ingin marah balik pada orang yang mengejek beliau, dia biasa saja. Mungkin sebab dia adalah separuh dari keejekan itu. Dia selesa dalam ketidakselesaan. what am i writing here? Faham tak? Seperti orang yang berkata, takpelah lewat asalkan sampai. (Padahal memujuk hati sendiri). Tapi kes dia berat sikit dari itu. Dan dia masih selamba..dia masih boleh ketawa..SAYA KAGUM.

Tuesday, August 24, 2010

Secekal Al Fateh, Segagah Al-Ayubbi


Bayu Bosphorus bertiup manja. Kadang-kadang nakal menampar-nampar lembut wajah Fateh. Bau masin laut menerawang di ruang udara. Berebut-rebut menerobos indera hidunya. Indera lihatnya tidak puas-puas merakam keindahan pagi di tebing Bosphorus walaupun acapkali dia ke mari. Bogaziçi, begitulah gelaran untuk selat ini dalam bahasa Turki.

Dari jauh sayup-sayup kelihatan pelabuhan Golden Horn. Di pelabuhan itulah suatu ketika dulu 70 buah kapal milik pasukan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh mendarat. Gempar Maharaja Konstantine ketika itu. Apa tidaknya, kapal-kapal itu dipindahkan menggunakan jalan darat. Kapal-kapal itu diluncurkan melalui Semenanjung Fera sejauh tiga batu sebelum sampai ke Pelabuhan Golden Horn. Sungguh, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menukar daratan menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukan di ombak lautan.

Dalam-dalam Fateh manarik nafas. matanya kejap dipejam. seolah-olah mencari semangat Sultan Muhammad Al-Fateh yang masih tersisa di selat itu.

“Setiap kita harus menjadi secekal Al-Fateh dan segagah Al-Ayyubi andai kita mahu menawan kembali Baitul Maqdis. Palestin hari ini ialah Konstantinopel. Setiap umat Islam seharusnya bercita-cita untuk menjadi Al-Fateh dan paling tidak pun menjadi seperti tentera-tenteranya. Bukankah Sultan Muhammad Al-Fateh itu sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera?”

Kata-kata Safiyya bersimpongan di segenap jihat fikiran Fateh. Atmanya dijentik sebak.

******
“Bagaimana tanganmu, Safiyya? Masih sakit lagi?” sapa Fateh.

Dalam kesibukan merawat pesakit-pesakit di musytasyfa, Fateh sempat lagi mencuri ruang menjenguk Safiyya. Keadaan dalam hospital semakin sesak. Setiap inci tempat ada sahaja batang tubuh yang terbaring memerlukan bantuan perubatan. Entah sampai bila bangunan musytasyfa al-Syifa ini boleh terus berdiri untuk menampung jumlah pesakit yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut.

Safiyya sekadar menguntum senyum pada pemuda berkumis nipis berjanggut pandak itu. Fateh memeriksa keadaan tangan Safiyya.

“Andai aku hilang tangan kanan, aku masih punya tangan kiri untuk terus berjuang,” mata Safiyya bersinar galak.

Tiada tergambar garis-garis kecewa pada air mukanya. Fateh terkesima. Teringat dia kisah Jaafar bin Abi Thalib dalam ghazwah Mu'tah. Walaupun kedua-dua tangannya dicantas musuh, panji yang diamanahkan oleh Rasulullah tidak dibenarkan mencium tanah. Dipeluk panji dengan kedua-dua lengannya. Rasa kagum pada sahabat nabi yang bergelar At-Tayyar itu kini turut singgah pada Safiyyah.

“Abi ada datang menziarahiku?” suara gadis itu sedikit kendur. Safiyya dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dia dihantar ke hospital tempoh hari.

“Err...” Fateh gugup. Dia hilang bicara. Sebetulnya Basil Mustapha tidak pernah kembali sejak dia menghantar anak gadisnya.

“Apa kamu bimbang aku tidak tega mendengar berita kesyahidannya?” Safiyya menduga Fateh.

“Bahkan itu jawapan yang paling aku nanti,” sejenak pandangan mereka bersatu.

“Aku tidak punya jawapan untuk soalanmu itu. Yang pasti, abimu tidak pernah kembali sejak dia menghantar kamu ke sini,” Fateh gagahi diri untuk berterus-terang.

Lebih dua puluh hari Safiyya menanggung derita akibat peluru yang terbenam di bahu kanannya. Andai Basil Mustapha, ayahnya lewat sehari menghantarnya di musytasyfa Al-Syifa itu, Safiyya bakal kehilangan anugerah Allah itu. Otot tangannya terurai. Tisu dagingnya mati dan saraf tangan Safiyya hancur lumat. Semuanya gara-gara bedilan rejim zionis yang menggila di Gaza.

“Aku sedang membantu ummi di kedai runcit kami ketika tiba-tiba kami dihujani tembakan peluru si zionis. Ummi terkorban. Begitu juga adikku Soufiyyan,” Safiyya membetulkan jilbabnya yang hampir melorot ke belakang.


Jabeliya, tempat tumpah darah Safiyya ialah kawasan terawal yang menjadi sasaran bedilan tentera Israel. Kawasan yang suatu masa dahulu meriah dengan rimbunan pokok zaitun, deretan rumah dan beberapa bangunan kilang kini menjadi padang jarak padang terkukur. Tiada yang tersisa melainkan serpihan-serpihan batu bata yang berselerakan di sana sini.


"Aku bersimpati terhadapmu, Safiyya. Begitu juga dengan mereka yang senasib denganmu,” Fateh meluahkan rasa simpati.

“Aku juga bersimpati terhadapmu, Fateh,”

Fateh sedikit tersentak.

“Kamu bersimpati terhadapku?” Fateh kebingung-bingungan.

“Hakikatnya Fateh, kita sama-sama diserang. Bezanya, kami di Palestin diserang secara fizikal sedang umat Islam di luar sana diasak secara halus,” Safiyya mengurut-urut lembut tangannya yang telah selesai berganti balutan.

Fateh mengangguk-angguk kecil.

“Contoh paling mudah, budaya hedonisme. Umumnya, ideologi hedonistik ini memfokuskan kepada perkara yang boleh meningkatkan keseronokan dan mengurangkan perkara-perkara yang menjuruskan seseorang kepada kesedihan (increasing pleasure and reduce pain)."


"Tanpa umat Islam sedari, mereka telah disuntik dengan doktrin ini. Al-hasil, lahirlah golongan umat yang tidak berpijak di bumi realiti. Mereka meletakkan simbol keseronokan serta kemewahan sebagai satu prioriti dalam hidup. Hidup bersandarkan angan-angan. Maka benarlah sabda baginda junjungan kita, kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya cita-cita untuk syahid dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan,” Safiyya menghela nafas.

Fateh membisu. Hanya otaknya ligat mencerna bicara Safiyya.

“Cuba kau teliti semula sejarah empayar Islam. Fateh, kau akan dapati bahawa jatuhnya empayar Islam sama ada kerajaan Abasiyyah ataupun Kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pemimpin dan rakyat ketika itu menganuti aliran ini. Hidup berpaksikan keseronokan dan kemewahan. Enak tenggelam dibuai hiburan melampau. Maka, suburlah penyakit dalam hati yang disebut Nabi sebagai wahan. Cintakan dunia dan takutkan mati. Percaya atau tidak, ideologi inilah yang mengunci bicara, memaku gerak tindak para pemimpin Islam hari ini. Menikus di hadapan Israel kerana bimbang untuk maju ke hadapan membantah. Khuatir segala keselesaan yang dikecap akan lenyap,” suara Safiyya sedikit keras.

Renungannya tersimpan amarah yang tidak terungkap. Fateh terus selesa mengambil sikap mendengar. Fateh hampir lupa, Safiyya mahasiswa tahun akhir dalam bidang sosiologi dan sejarah di universiti Islam Gaza. Sebelum sempat menamatkan pengajian, bangunan kuliah ranap tersungkur di dada bumi.

“Jihadmu bukan di sini, Fateh,” lemah kedengaran di hujung suara gadis dari desa Jebaliya itu.

Otot dahi Fateh tegang. Mulutnya yang sedikit ternganga cepat-cepat digetap.

“Apa salahkah aku ingin menjadi Salahuddin Al-Ayubbi?” Fateh akhirnya menzahirkan rasa tidak puas hati yang bergulat dalam diri. Safiyya tersengih.

Fateh rasa seolah-olah cita-citanya diperkecil-kecilkan. Seolah-olah dia tidak layak untuk menyimpan impian setinggi itu.

“Aku lebih suka engkau menjadi Al-Fateh. Sesuai dengan namamu Fateh,” ujar Safiyya dalam nada berseloroh.

“Sultan Muhammad Al-Fateh?” Fateh ingin kepastian.

“Aku hargai pengorbananmu datang menjejakkan kaki di bumi Palestin ini untuk membantu kami. Ya, sememangnya di sini kami memerlukan bantuan pakar perubatan sepertimu. Namun, antara sedar atau tidak, umat Islam di luar sana jauh lebih sakit dari kami yang sedang terlantar di hospital ini. Mereka lebih perlukan rawatan dan perhatian, Fateh” Safiyya kembali serius.

“Kota Konstantinopel hanya berjaya dibuka setelah 800 tahun dikhabarkan Rasulullah SAW. Sultan Muhammad berjaya membuktikan kebenaran sabda baginda dengan usaha yang tidak sedikit. Sejak kecil baginda telah disuguhkan bahawa bagindalah yang akan membuka Konstantinopel. Malah kelahiran Salahuddin sendiri telah dirancang seawal zaman Imam Al-Ghazali. Inilah jihadmu, Fateh. Di bahumu tergalas satu tanggungjawab untuk merancang dan melahirkan generasi sehebat Al-Ayyubi dan secekal Al-Fateh. Hanya generasi berjiwa besar seperti mereka sahaja yang dapat membumikan cita-cita seluruh umat Islam yakni melihat masa depan menjadi milik Islam,” berdiri bulu roma Fateh mendengar hujah Safiyya. Lafaz takbir perlahan-lahan mercup di tubir bibirnya.

“Aku akan pulang ke Turki dalam tempoh masa terdekat ini,” Fateh menelan air liur. Fateh nekad pagi itu dia akan berterus terang tentang isi hatinya.

“Safiyya, sudikah engkau mengikut aku?” kerongkongnya perit.

Awalnya, Safiyya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Lambat-lambat Safiyya mengangkat muka, memandang tepat wajah Fateh.

“Maafkan aku, Fateh, aku harus terus tinggal di sini. Di sini jihad aku bermula dan bertapak. Pulanglah engkau ke tanah airmu. Aku ada perjuangan aku dan engkau ada perjuangan engkau.Biarpun perjuangan berbeza tetapi matlamat kita sama. Setiap kita harus menjadi secekal Al-Fateh dan segagah Al-Ayyubi andai kita mahu menawan kembali Baitul Maqdis. Anggaplah Palestin hari ini ibarat Konstantinopel."


"Setiap umat Islam seharusnya bercita-cita untuk menjadi Al-Fateh dan paling tidak pun menjadi seperti tentera-tenteranya. Bukankah Sultan Muhammad Al-Fateh itu sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera?” Safiyya tega dengan keputusannya.

Fateh tahu dia tiada upaya mengubah fikiran Safiyya. Dari awal lagi dia boleh mengagak apa jawapan yang bakal diterima. Biarlah. Sekurang-kurangnya dia tidak terus berteka-teki dan menyimpul andaian sendiri.

“Aku hormati keputusanmu,” awan pilu berarak menyelubungi wajah Fateh. Fateh berlalu sambil membujuk kalbu.

Fateh tidak menyangka itu pertemuan terakhir mereka. Safiyya menghilangkan diri sejak itu. Tiada siapa nampak kelibatnya lagi di musytasyfa. Fateh dirundung rasa bersalah. Namun, Fateh yakin Safiyya pergi bukan kerana jauh hati dengannya.


“Abi! Abi!” Fateh menoleh.

Seorang kanak-kanak lelaki menerpa ke arah Fateh yang sedia mendepangkan tangan. Seorang wanita ayu dalam jilbab hijau pucuk pisang mengekori kanak-kanak itu di belakang. Jubahnya beralun-alun ditiup angin. Tubuh kecil itu dirangkul Fateh. Bertubi-tubi ciuman Fateh singgah di pipinya.

“Siapa yang akan menawan Baitul Maqdis?” Fateh separuh menjerit. Soalan itu seringkali singgah di cuping telinga anaknya.

“Saya, abi!” sambut anak kecil seperti biasa. Tangannya dijulang tinggi-tinggi. Satu ciuman singgah dipipi munggilnya.
“Kamu pasti, anakku?” Si wanita mengangkat kening sambil merapatkan wajahnya ke wajah si kecil sehingga dahi mereka mencecah antara satu sama lain.

“Saya pasti ummi kerana saya Salahuddin Al-Ayubbi zaman ini!” Salahuddin petah membalas walaupun sedikit pelat. Gelak tawa mereka beranak pinak.

‘Terima kasih, Safiyya. Moga perjuanganmu dan perjuanganku tidak sia-sia,’ bisik hati Fateh.

Tangan isterinya Welma dirangkul. Salahuddin menggeliat kecil dalam dukungan Fateh. Beriringan mereka berjalan meninggalkan Selat Bosphorus bersama adunan semangat Al Fateh dan Al-Ayubbi.

Glosari:

1. Bosphorus = Selat Istanbul, sebuah Selat yang memisahkan Turki pada bahagian Eropah dan Asia; menghubungkan Laut Marmara dan Laut Hitam
2. Konstantinopel = nama lama bagi Istanbul
3. bersipongang= bergaung, bergema
4. jihat = arah, pihak, sisi
5. atma = jiwa, nyawa
6. musytasyfa = hospital
7. pandak = pendek
8. ghazwah = perang
9. at-tayyar = yang terbang
10. cekatan = cekap, cepat membuat kerja
11. tempo = irama, rentak
12. pundak = bahu
13. biah = persekitaran
14. syariat samawi = agama langit
15. doktrin = prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan dapat diterima
16. disuguhkan = ditonjolkan, disediakan, dipaparkan
17. mercup = timbul atau lahir tiba2
18. membujuk = memujuk
19. abi = ayah saya
20. ummi = ibu saya

p/s= originally taken and edited from : here

The Big Difference


The boss drives his men
The leader inspires them

The boss depends on authority
The leader depends on goodwill

The boss evokes fear
The leader radiates love

The boss says "I"
The leader says "We"

The boss shows who is wrong
The leader shows what is wrong

The boss knows how it is done
The leader knows how to do it

The boss demands respect
The leader commands respect

So be a leader
Not a boss

(author unknown)

Wednesday, August 4, 2010

Antara Sabar dan Mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,

"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,

"Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah..

Wallahua'lam.

Sunday, July 18, 2010

Kita Nanti Macamana Ek?

"Sesungguhnya padang mahsyar itu benar, hari akhirat itu benar, adanya syurga dan neraka itu benar..."


"...Allah Tuhan ku, Nabi Muhammad Rasul ku, Al-Qur'an kitab pedoman ku..."

"..adakah di sana kita akan bertemu lagi? .."

"sahabat yang amat kucintai..susah senang kau di sampingku..walau kini hilang di mata..namun kau tetap di hatiku.."

Dulu-dulu, masa belajar i'dadi..ingat lagi satu ayat ni,

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi Tuhan-Nya dengan mendapat rezeki, mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikanNya kepada mereka dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka bahwa tidak ada kekawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahal orang-orang yang beriman" (Ali Imraan:169-171)

Alhamdulillah...hajat untuk melihat wajahnya buat kali terakhir dimakbulkan Allah SWT. Hati begitu teringin melihat arwah buat kali terakhir..arwah yang banyak membantu orang lain..semoga arwah berbahagia di sana..

Allah sempat menitipkan kenangan bersama arwah kepada saya walaupun cuma seketika.


Terasa seperti baru semalam bersembang panjang dengan dia..

Terasa seperti baru semalam dia menumpangkan saya menaiki kereta kancilnya..

Terasa seperti baru semalam dia menolongku mengangkat barang2 ku ke kolej.

Terasa seperti baru semalam dia menungguku habis meeting dan pulang bersama...


Ya Allah, belum puas aku mengenalnya..dek kerana rindu mungkin ...aku menjadi nanar beberapa hari ini..masih terbayang2 wajahnya..ketika lecturer mengajar di hadapan, papan putih seolah2 menayangkan kembali wajah beliau..tersenyum mesra..sebak tiba2...


Pada wajahnya, tergambar ketenangan sekilas saya terpandang dia sebelum pemergian untuk selama-lamanya itu..



Sahabat...

Jika hari ini aku terlalu gembira,

Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...

Jika aku bersedih tanpa kata,

Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta...

Jika ku lemah tak berdaya,

Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,

Ajaklah aku meleraikannya segera...

Jika pernah hatimu terluka,

Luahkanlah agar aku berubah...

Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,

Iringlah lenaku dengan kalungan doa...


Dalam kenangan: Anis Amirah Ahmad Lutfi

Al-Fatihah...

Wednesday, July 14, 2010

Chasing Back My Beautiful Dream


Salam ALayk!


It is like, something touch and wake me up. Now I am holding back to it. A dream where I kept it away, not so long time ago. How I spend my time thinking of what it will be if I ever painted my way on that path. But today, I am pretty sure, that this time, I decided to get back to where I should be. Thanks a lot my deary educators who bring me back the memory of my passion!



p.s Having Friends That Make You Feel Better When You Think You Are A Mess or stupid is A Blissful Thing.


But Think of It Again.


Thing can be upside down. Vice Versa.

So Just Be Careful.



p.s.s I should thank numbers of my supportive friends around me..(they know who they are)
THANKS!! *^_^*


Still survive,
Teacher To Be

Tuesday, July 6, 2010

Ada Hikmahnya.

"Setiap sesuatu yang berlaku, ada hikmahnya."

Pernah tak anda semua dengar orang cakap macam tu bila anda ditimpa kesusahan atau kesedihan? Mesti pernah kan. Kadang-kadang, kita ambil masa yang lama untuk menerima sesuatu. Kadang-kadang kita berpura-pura tidak kisah. Padahal hati hanya Dia yang tahu. Hati manusia, bukan hati lembu atau hati ayam. Bukan sekadar yang difikir sebagai organ. Seperti sabda nabi SAW, hati manusia mewakili buruk atau baik keseluruhan jiwa raga manusia itu. Jika buruk hatinya, maka buruklah perangainya. Demikian pula jika hati itu baik, maka baiklah manusia itu. Namun kadang-kadang kita berjumpa dengan orang yang mempamerkan sikap yang biadap, celupar, tetapi mengatakan bahawa hatinya baik. Saya cukup tidak faham dengan manusia sebegini. Mungkin, sudah terbiasa menyakitkan hati orang lain namun baginya itu tiada apa-apa. Saya bukanlah orang yang selayaknya menulis begini, lantaran diri sendiri juga masih banyak kekurangan. Namun coretan ini sedikit sebanyak diharapkan mampu menjadi peringatan supaya diri ini tidak melakukan perkara yang serupa.

Berbalik kepada kata-kata di awal entri, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Betapa sering kata-kata ini menjadi penawar di kala hati sudah buntu. Galau segala fikiran dan perasaan. Pernah tak bila anda berdepan dengan seseorang yang anda rasakan dialah punca segala kejadian sedih yang berlaku, lalu menyalahkannya sedangkan dia sedikit pun tidak tahu perkara tersebut? ataupun dia sedikit pun tidak menyangkakannya? lalu anda tidak dapat menahan hati daripada memandangnya dengan perasaan prejudis yang menebal? Astaghfirullah..bila tahu itu terjadi, cepat-cepat usir fikiran sebegitu, walaupun memakan masa..satu minit..dua minit..atau berbulan-bulan lamanya sekalipun. Oh, betapa sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan..

Kadang-kadang, rasa bersalah muncul setiap kali berjumpa dengan orang yang berbuat baik walaupun cuma di depan kita. (Boleh faham tak ayat ni?) Orang yang paling baik sebenarnya bagi saya bukanlah yang bermulut manis senantiasa di hadapan kita sedangkan dia tahu kesalahan kita dan membiarkan kebaikannya seolah-olah menutupi kesalahan kita. Namun, dia bukan pula seorang yang begitu senang merendahkan harga diri kita dengan menegur kesalahan kita itu di hadapan orang lain. Orang yang paling baik adalah yang boleh menegur kita tanpa kita berasa dimalukan, dalam masa yang sama kita tahu dia ikhlas melakukannya..bukan kerana 'menjaga' sesuatu yang keduniaan. Dan paling bahagia apabila dia dan kita sama-sama berkongsi perasaan yang sama. Menjadi 'begitu' tidak salah, tidak perlu terlalu 'begini'. Pendek kata, ketidaksempurnaan itu dapat dihargai dan anda sendiri tidak lelah dengan selalu melihat ke'sempurna'an yang cuba dipamerkan.

"..tidak Allah bebankan/menguji seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

p/s-berlaku beberapa ketidaksempurnaan kebelakangan ini. Namun ku harap dapat mengatasinya dengan baik..amiin.

Monday, July 5, 2010

Semester Terakhir Sebagai Pelajar Bermula

Cliche punya tajuk. (Tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya)

Hafizah dan saya, roommates untuk semester ini. Hafizah di Fakulti Sains Komputer dan Matematik manakala saya di Fakulti Pendidikan, di Seksyen 17. Fakulti Hafizah di dalam kawasan kampus induk, tetapi kampus saya di luar. Pagi ini saya terpaksa menapak hampir satu kilometer dari Kolej Kenanga sebelum sampai ke perhentian bas yang menjadi destinasi transit untuk ke kampus saya di Seksyen 17. Sampai sahaja di sana, ramai lagi rupanya pelajar lain yang sedang menunggu bas untuk ke destinasi yang sama. Jam hampir menunjukkan pukul 8.05 minit pagi. Saya mula risau, kalau-kalau bas sampai lewat. Kelas pagi ini bermula jam 8.30 pagi. Bermakna saya masih ada masa kurang setengah jam untuk perjalanan dari Seksyen 2 ke Seksyen 17 itu.

Kebanyakannya pelajar lelaki lengkap bertali leher ber'sadai' di bus stop. Syukur pagi ini tidak hujan. Kalau tidak, mungkin kami terpaksa berhimpit di bawah bus stop yang sempit itu untuk berteduh. Saya terus menelefon sahabat senior sefakulti saya, Adilah memandangkan bas tidak juga muncul-muncul. Beg kuliah dilepaskan dari bahu. Mencari-cari telefon bimbit di celah-celah buku dan pencil case. Jumpa. Handphone murah itu saya dail nombor Kak Adilah. Alhamdulillah, talian bersambut. Kak Adilah berjanji akan menyuruh sahabat kami, Kak Aini yang kebetulan kelas di fakulti yang sama pagi ini. Tersenyum sebentar mendengar suara kedua-duanya. Teringat kenangan manis kami ketika menghuni Villa Indah Permai. Saya yang paling bongsu di rumah sewa kami dulu. Kak Aini dan Kak Adilah kerap juga menyakat saya disebabkan faktor itu. Namun, sekarang masing-masing sudah berpindah ke tempat tinggal baru. Dan saya juga sudah menjadi kakak kepada ramai pelajar junior yang baru. Hanya sekali-sekala saya dimanjakan oleh kakak-kakak ini apabila berjumpa mereka. Kenangan yang sungguh indah.

Bas rapid T529--bas yang ditunggu-tunggu saya pagi ini. Dengan tidak disangka-sangka, lalu sebuah bas rapid yang dimaksudkan. Namun bas tersebut tidak berhenti di bus stop apabila kami semua mengangkat tangan dan berdiri mahu menghampiri bas. Kecewa sungguh. Rupa-rupanya bas tersebut rosak dan pemandunya memberhentikan bas di bahu jalan. Saya melihat sekilas jam di tangan: pukul 8.20 pagi! Saya menelefon kembali Kak Aini tetapi beliau masih berada di rumah sewa kerana ada sedikit hal. Akhirnya, setelah puas menunggu, lalu sebuah lagi bas rapid. Nak tak nak, terpaksa ucapkan maaf pada Kak Aini dan naik bas yang berhenti ini. Saya berdoa semoga sempat sampai sebelum pensyarah masuk kelas. Jam sudah pukul 8.26 pagi. Di dalam bas, walaupun ianya bas awam, pagi ini begitu penuh dengan pelajar. Saya dan beberapa orang yang lain terpaksa berdiri. Beberapa orang pelajar perempuan yang duduk di barisan hadapan tersenyum melihat saya.

"Kak Adda!" Panggil salah seorang daripada mereka.
"Mawar ke?" saya bertanya.
"A'ah.."
Patutlah mereka tersenyum melihat saya. Tentulah mereka ini junior yang baru mendaftar seminggu yang lepas di Kolej Mawar.

Setelah bas berhenti di hentian Seksyen 17, saya mempercepatkan perjalanan kaki ini. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Sampai di blok L tingkat 3, saya dapati sudah ramai rakan-rakan sekelas yang menunggu di tembok kaki lima--maksudnya, pensyarah belum tiba!-Alhamdulillah..

#########

Kelas bersama Madam Shiha pukul 2 petang itu dibatalkan. Jadi saya terus ke perpustakaan INTEC, mencari buku untuk dibaca. Bosan. Saya belek beberapa buah buku di rak fiction. Akhirnya, 2 buku dibawa pulang.

Pukul 3.30 petang, setelah menaiki bas untuk kembali ke Seksyen 2 dari Seksyen 17, saya ke foodcourt pelajar. Setelah membuat bayaran untuk minuman..tiba2, seseorang yang saya tidak kenali menegur.

"Baca novel apa tu?" "Boleh saya tengok?" sambil menghulurkan tangannya, meminta novel yang berada di atas meja yang saya letakkan tadi. Saya menyuakan novel yang diminta, agak pelik dengan 'keramahan' tiba-tiba begitu. Novel Lisa Jewell, A Friend of The Family bertukar tangan. Dia memberikan novel itu kembali.

"Pernah baca Bagaikan Puteri?" dia menyoal tiba-tiba. Macam tahu2 sahaja saya peminat baru novel-novel karya Ramlee Awang Murshid.
"Pernah", saya menjawab sepatah sambil tersenyum. Terbayang cerita tersebut yang sangat menarik.
"Cinta Sufi?" dia bertanya lagi.
"Aa..dah baca."

Dia menyoal lagi,"baca semua siri ke?"
"Satu yang belum..Hijab Sang Pencinta." "Pernah baca 9 Nyawa?", saya menyoalnya pula, kerana 9 Nyawa bagi saya novel yang mesti dibaca. Pendek kata, semua novel karya R.A.M mesti dibaca oleh hati yang mencari kedamaian.
"Belum."
"Bacalah. Best!"
Saya mengakhiri perbualan dan berlalu.

Dalam fikiran saya menyoal, macamana dia boleh terus bertanya tentang novel yang saya minati? Hm...(adakah dia agen RAM?--MENGARUT!)

####################



Alhamdulillah, hari pertama kuliah untuk semester 6 di sebuah universiti.


Sunday, July 4, 2010

Meeting My Childhood Girl...

It was almost fifteen years by the moment the last time she greeted me. The last time I knew I saw her was when we saying goodbye to each other, I gave her a bunch of roses. I wish I could have more time to play around, like what we always had when it was recess. The pillars along the sidewalk were our 'playground'. Now, when both of us already 22, we meet again but in a more structured way--via internet. I don't really know her, and I guess, she doesn't really know who I am either after almost fifteen years. At this moment, I always wish to meet her eye-to-eye.

Waiting to Meet You Again, Husnul.

Sincerely,
Adda~

Perasaan Perpisahan

"Adik semua dah makan?"

"Ada sape2 yang sakit??"

"Macam tak sihat jer..akak tau ada yang tak makan ni..."

"Action??" tanya seorang Pemimpin Mahasiswa (PM) kepada adik-adik pelajar baru sesi Jun/Julai 2010.

"REACTION...!!" jawab pelajar-pelajar baru serentak.

Sesi pendaftaran dan minggu orientasi pelajar baru, baru sahaja berlalu. Pengalaman saya sebagai Pengarah Minggu Destini Siswa Kolej Mawar masih segar dalam ingatan. Kenangan bersama adik-adik PM terutamanya. Bilik gerakan Mawar yang sering dipuji kebersihan dan kekemasannya. Gelak ketawa kami semua selepas penat bekerja di siang hari, mengambil tempat masing-masing untuk sesi post-mortem di dalam bilik gerakan yang dimulakan 'seawal' 12 malam. Kadang-kadang lewat dari itu. Hasilnya, ada adik-adik PM yang 'syahid' semasa post-mortem. Tertidur dengan tudung masih kekal di kepala.. Seminggu seakan cepat berlalu. Masih terasa keakraban dengan mereka, insan yang sempat kukenali sepanjang hampir 2 minggu lepas. Masih teringat juga pertama kali bertemu dengan adik-adik PM di Perak, membuat halaqah sambil memilih setiap biro..from strangers to followers~~

Wani~si comel yang suka menyakat
Fatikah~setiausaha yang sangat efisien. Tak sia2 dilantik~
Atikah~sorang lagi yang kerjanya suka mengusik
Mimi~krew yang meriuhkan suasana
Hafsah~paling tegas antara semua adik-adik PM
Billa~paling ceria walaupun banyak kerja
Ummu~si comel yang pendiam
Mila~tinggi2 si pohon kelapa
Azizah~jarang nampak kat kolej sebab selalu keluar jaga hal ehwal pengangkutan
Mar~PM yang paling ditakuti dan diperhati adik-adik..hehe
iQa~teman baik Mar waktu MDS..jangan main2~
uMmI~biro program..'akak, saya takde suara dah ni'~
nAiM~susah nak ingat nama sebab..
nAd~tak tau kenapa masih teringatkan soal kain hitam..haish..trauma
hAnA~si 'doktor' di Mawar..suka kerutkan muka waktu bercakap..terhibur semua orang~
zEHAn~biro sukan Mawar..senam seni~
raRA~sume pelajar Mawar sihat cergas dan ceria~
nAJAH~nasib baik bagitau kak adda cepat2 masa asma...haish
NAImah~ke hulu..ke hilir..sibukny dia..
SuRaYa~dia ada blog rupanya...hehe
aiNAa~suka ngusik ainaa time breakfast hari tu.."kak ainaa, makan la banyak sikit".."ye adik..eh??!"
diBA~"tolong la makan.."-dba
noORie~"saya TTK..production.."
fiQAh~biro multimedia yang selalu dikerah ke pusat..
ainAA~sama nasib dengan fiqah..~
azI~"azi tak tau dah nak wat camne ni.."
AisyAH~"penat..penat"~~

Adik-adikku,

Terima kasih atas kenangan yang dicurahkan bersama selama seminggu ini. Kak Adda sangat terharu atas pengorbanan dan semangat kalian. Di mana pun kita, keep in touch Ok. Sayang semuanya. Selamat masuk kelas! Selamat menempuhi pengalaman baru~

Wassalam.

p/s-kali ini paling banyak dapat junior...tak menang tangan nak reply semua msg. Maaf ya adik-adik..*^_^*

Thursday, June 10, 2010

Kenali Musuh Ketat Anda

Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

Antaranya, dalam Surah Faatir ayat ke enam ;

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Maksudnya :
Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Kita haruslah sedaya upaya berusaha menjauhi amalan-amalan yang diwarisi daripada syaitan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi pengikutnya. Walaupun kita berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat, hadis-hadis Rasulullah SAW banyak mendedahkan hakikat sebenar syaitan dan cara-cara untuk menghindari tipu muslihatnya.

Di sini dinyatakan hadis-hadis mengenai perkara ini untuk panduan kita bersama. Iaitu ;

1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri :

Sabda Rasulullah SAW ;

" Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "
( Riwayat Imam Muslim)


Berusahalah sedaya-upaya makan dengan tangan kanan walaupun anda seorang yang kidal. Sekiranya anda makan dengan menggunakan sudu dan garpu, suaplah ke mulut dengan tangan kanan agar tidak menyerupai syaitan yang makan dengan tangan kiri.

2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri :

Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri.

Baginda menegur, " Jangan begitu! "

Orang itu bertanya, " Mengapa? "

Rasulullah menjawab, " Adakah kamu suka minum bersama kucing? "

Orang itu menjawab, " Tidak. "

Rasulullah SAW meneruskan:

" Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. "
( Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)


Oleh itu, elakkan minum sambil berdiri kecuali dalam keadaan yang tidak mengizinkan seperti keadaan yang sesak dengan orang ramai atau kawasan yang kotor.

3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi :

Sekiranya anda menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan.

Sabda Nabi Muhammad SAW ;

" Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah syaitan. "
( Riwayat Imam Al-Bukhari)


Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis ;

" Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). "
( Riwayat Imam Muslim)

4. Syaitan kencing di telinga :

Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud ;

" Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya. "

Rasulullah SAW berkata demikian apabila diceritakan kepada baginda tentang seseorang yang tidur sehingga pagi.

5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam :

Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud ;

Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya ;

" Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. "

Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan kepada golongannya ;

" Kalian telah mendapat tempat bermalam. "

Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya ;

" Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam. "

Menyebut nama Allah ( Bismillah) ini dituntut juga ketika keluar dari rumah, menutup bekas-bekas makanan dan minuman, ketika menutup pintu dan tingkap agar terselamat daripada gangguan syaitan.

6. Syaitan makan sisa-sisa makanan :

Apabila Rasulullah SAW makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali.

Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda ;

" Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. "

Anas melanjutkan ;

" Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan. "

Baginda berpesan ;

" Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. "
( Riwayat Imam Muslim)


Tidak usahlah anda menjadi pemurah kepada syaitan dengan membiarkan sisa-sisa makanan. Entah berapa ramai yang tamak ketika makan sehingga menyebabkan makanan berlebihan dibiarkan untuk santapan musuhnya sendiri.

7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan:

" Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?. "

Allah sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya.

Firman Allah SWT ;

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan.
(Surah Al-Isra' ayat 27)


8. Syaitan mengganggu ibadat manusia :

Sahabat bernama ‘Uthman bin Abi al-‘Ash mengadu kepada Rasulullah SAW ;

" Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku. "

Maka Rasulullah menjawab ;

" Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; " Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. "
(Imam Muslim)

9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan :

Kadang-kadang kita bersikap terburu-buru di dalam melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kita menghadapi kerugian, kualiti kerja yang merosot dan sebagainya. Sikap gopoh dan terburu-buru ini adalah antara hasutan syaitan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;

" Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. "
( Imam Al-Baihaqiy)

10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan :

Cemburu di sini ialah cemburu membabi-buta tanpa bukti dan usul periksa. Seperti hadis Aishah R.A. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud ;

" Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu? "

" Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti anda? "


Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan ;

"Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"

" Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? "

" Ya. "

" Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? "

" Ya. "

" Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? "

" Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya. "


11. Perasaan marah adalah daripada syaitan :

Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara ini boleh diatasi dengan membaca 'istiqhfar' .

Sulaiman Bin Surd berkata ;

Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul.

Maka Nabi SAW bersabda ;

" Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang. "
( Imam al-Bukhari)

12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja :


Kita sering dilarang oleh ibu bapa kita supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja.

Pesanan ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud ;

" Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya', maka lepaskanlah mereka. "
(Imam Al-Bukhari)

13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan :

Tempat-tempat seperti ini merupakan tempat syaitan melepak.

Rasulullah SAW bersabda ;

" Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan. "
( Imam Muslim)


Pada masa kini pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam hadis di atas.

14. Syaitan boleh membesar seperti rumah :


Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata , " Tunggangan Nabi SAW tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan. "

Nabi SAW bersabda :

" Janganlah kalian menyebut 'Celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' . Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. "

Demikian sebahagian himpunan hadis-hadis yang berkaitan dengan syaitan. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian agar selamat dan terpelihara daripada musuh nombor satu. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT daripada muslihat, godaan dan tipu daya syaitan.

Sumber: Klik Sini