Sunday, March 28, 2010

Apa tu ISIS?


Program IHTIFAL SINAR ISLAM SEJAGAT (ISIS), buat julung-julung kalinya bakal diadakan di UiTM Shah Alam. Semua warga UiTM dijemput hadir!

Saturday, March 27, 2010

Allah Sayang Kita


Seorang itu...terlalu banyak untuk dia mengukirkan, sampai jadi lumpuh sebentar di depan komputer. Saat-saat lalu dia sangat gembira bercerita itu ini, tapi setelah semakin banyak yang dilalui, semakin banyak ilmu yang diperoleh, baru dia tahu dia sebenarnya banyak berbuat silap.

Hari-hari, aku memikirkan sampai jadi sakit kepala. Sakit kepala? Bagaimana ni..manusia terutamanya muslim sekarang, tidak begitu memahami tentang dosa, pahala, hukum hakam. Tentu saja aku pun begitu. Namun, mengatakan sesuatu yang haq(benar)itu sangat sukar. Bertambah sukar apabila kita sendiri pernah atau sedang melakukannya. dan kita tahu ianya salah. Yang lebih sukar, bila dosa pahala hukum hakam ditolak ketepi. Semua itu hanya wujud di dalam surau, masjid dan musolla. Ada lagi, dosa itu cuma bila kita mengambil haq orang lain, membunuh merompak, menyamun, me..me..

Jadi, bagaimana? persoalannya bagaimana? untuk menyedarkan diri sendiri dan juga kawan-kawan, sahabat handai, teman-teman, saudara sepupu sepapat, adik-beradik, ibu bapa, pakcik makcik, dan semua umat manusia. Telah jelas, agama memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan sahsiah diri manusia. Kalau tidak masakan Allah berfirman dalam kalam-Nya yang mulia, bahawa Dia mengutuskan seorang Nabi dari kalangan kita untuk menjadi contoh teladan? Dan risalah yang dibawanya mencakupi seluruh aspek kehidupan.

Sangat bimbang. Mendengar presentation rakan sekelas mengenai keruntuhan akhlak pelajar dan masyarakat. Media? Apakah salah media 100%? Mana pergi tapisan kita? Adik-adikku di luar sana..ku perhatikan,ramai yang meliuk lentuk badannya mendengar lagu dari Barat yang setiap hari menjadi halwa telinga mereka. Kadang-kadang aku juga jadi terikut. Lagu itu? Tak perlu dinyatakan melodi dan liriknya di sini. Sesetengah masih lagi memandang enteng. Tunggu sahajalah kesannya di masa akan datang. Tapi apabila diperdengarkan lagu yang mendidik jiwa jika dihayati, mereka mengatakan itu lagu orang tua, lagu yang membosankan. Berbeza dengan zaman aku, hari Jumaat tengahari adalah masa yang dinanti-nantikan untuk mendengar nasyid.

Aku teringat pendidikan di zaman aku dan kini..sangat berbeza. Pendidikan lebih berorientasikan peperiksaan. Ibubapa dan guru juga kulihat semakin materialistik..pertandingan-pertandingan pada masyarakat banyak yang menawarkan wang tunai dan hadiah yang sememangnya makin mengajar umat bersifat kebendaan..artis; penyanyi dan pelakon lebih dipandang tinggi daripada profesor yang mencipta nama di pertandingan antarabangsa..remaja mula menjadikan artis sebagai role-model. Siapa Salahuddin Al-Ayubi? Sultan Muhammad Al Fateh?

Zaman sekarang..di mana perkembangan teknologi semakin pesat..aku tidak mampu menahan implikasinya terhadap adik-adikku. Ada kebaikannya, namun penciptaan satu-satu teknologi itu akan datang bersama-samanya 100 keburukan yang lain. Hasilnya nilai-nilai akhlak remaja makin terhakis.

p/s-Apakah pihak berkenaan tidak mahu melakukan sesuatu terhadap sistem pendidikan sekarang? Kerana bukankah mencorakkan akhlak manusia sebaik-baiknya dengan agama?

Wednesday, March 24, 2010

Stand Up



"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other


Thursday, March 18, 2010

Entri Sedih...


Ini adalah cebisan diari seseorang, Ana Munirah (bukan nama sebenar):

"....disebabkan perasaan sayang yang semakin hari semakin menebal, aku rasa aku tak boleh kalo takde dia. Aku sayang sangat kat dia. Bangga aku dapat memilikinya..bertambah-tambah bangga aku bila ada orang yang memujinya..."

"Tapi itu semua cerita dulu..sekarang semua dah berlalu. Semua dah jadi kenangan. Tapi kadang-kadang aku tak boleh membohongi diri aku sendiri. Kalau aku terserempak dengan wajah yang seiras dengan dia, aku akan menoleh kembali ke arah wajah itu. Perasaan rindu datang menerpa tanpa dapat dihalang. Kalaulah masa boleh diputar kembali..."

"Tapi tak mungkin. Semuanya sudah tertulis di dalam loh mahfuz. Hari ini 18 hb Mac 2010, genap setahun aku kehilangannya. Mungkin sebab aku terlalu sayang dia, maka Allah hilangkannya supaya aku tak lalai. Pada Allah jua aku berdoa dan terus berdoa, semoga kehilangan ini menjadi ujian yang sekiranya aku bersabar dengannya, Allah akan meringankan bebanku di akhirat kelak, insya Allah..."

Sedih betul entri kali ni..hmmm..


Wallahua'lam~


Tuesday, March 9, 2010

Asbab Sahaja...


Salam alayk!

Terima kasih buat yang sudi meluangkan masa, membaca serba sedikit coretan di laman yang saya cipta dengan izin-Nya ini.

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang suka untuk bercerita perihal diri sendiri, pengalaman dan sebagainya. Namun, atas nasihat dan pandangan daripada individu yang rapat dengan saya, saya mengubah sedikit pembawaan laman ini, supaya sedikit santai.

Ada yang mencadangkan supaya diwujudkan satu blog khusus pengemaskini aktiviti dan program terbaru yang dilakukan exco kerohanian sesi 10/11(UiTM). Namun, memikirkan kesan bagi jangka masa panjang, saya rasa elok sahaja segala aktiviti terkini saya letakkan di bawah tag 'My Field' di dalam laman ini.

Saya lebih suka mengetahui tentang salah satu cabang dari perkara yang kurang diambil peduli oleh remaja atau pelajar di universiti sekarang, iaitu politik. Secara peribadi, saya meletakkan sasaran kepada diri saya untuk menimba dan menambah ilmu dalam tiga cabang utama dunia kepimpinan iaitu politik, sejarah dan undang-undang.

Namun hingga ke saat ini, hari ini, saya merasakan saya masih lagi di takuk yang lama. Kenapa? Banyak jawapan yang boleh dikemukakan. Namun, ia hanyalah lebih kepada alasan. Straight to the point, saya belum terdesak. Ya, terdesak untuk mengetahui semua itu, dan saya sangat kecewa sebenarnya kerana masih belum mempunyai skil untuk mencuri waktu melakukan semua untuk tujuan itu. Atau, peluang ada di depan mata, cuma belum diraih?

Kenapa guna perkataan terdesak? Mudah. Tak lama dulu saya menyertai satu program dalam dunia kepimpinan. Dan kami sebagai peserta disuruh memikirkan isu-isu terkini negara, masalah dan penyelesaiannya dengan FAKTA. Habis...sayalah yang paling mengeluh dalam hati pada waktu itu. "Padan muka..sebelum ini aku tak ambil cakna sangat." Mungkin selepas ini, lain pula bentuk tekanannya untuk insan seperti saya mendalami ilmu-ilmu tersebut. Ya, manusia memang akan bertindak sekiranya dia ditekan. Dan yang paling berjaya adalah manusia yang berani dan bijak bila membuat keputusan. Saya masih ingat, saya cuba juga untuk memberikan pendapat dalam satu sesi debat, walaupun pada awalnya saya memang menjangkakan apa yang akan terkeluar dari mulut saya hanyalah kata-kata tanpa fakta. Akibatnya, selepas itu terus saya hilang mood untuk berdebat. Sekarang pun kalau boleh saya akan elakkan perdebatan. Lebih-lebih menggunakan bahasa Melayu, kerana sedar kapasiti saya untuk menghasilkan satu-satu ayat BM dalam berdebat sangat lemah.

Hidup sebagai seorang yang menggalas tanggungjawab yang lebih daripada pelajar biasa sememangnya berlainan, namun tidaklah sampai perlu kepada penghormatan dan pandangan luar biasa dari semua pihak, terutama yang dahulunya adalah rakan taulan yang selalu bergurau dengan kita. Jadi, saya anggap diri saya biasa saja..setahun pun tidak lah lama mana. Tapi, seorang sahabat seperjuangan selalu berpesan, berilah perkhidmatan yang terbaik kepada rakan-rakan yang telah memberikan kepercayaan kepada anda, walaupun cuma beberapa bulan lagi (hakikatnya).

Cuma sekarang, ada macam-macam peristiwa dalam sehari...yang tak sempat saya ceritakan semuanya kepada sahabat-sahabat walaupun rapat.

Ada kalanya perlu menghadiri tiga meeting penting dalam satu waktu yang sama. Di saat itu mulalah terfikir, "alangkah bagusnya kalau dapat mengklonkan diri dalam satu masa seperti naruto?", atau "ada poket doraemon yang boleh keluarkan pintu suka hati?"

Tapi semua itu, mustahil terjadi kepada saya (dan anda juga?). Jadi, saya akan terus berbakti, kerana sudah sunnah orang berjuang(?) akan menempuh kepahitan. Saya berbakti atas kapasiti saya sebagai wakil pelajar, anak, dan lain-lain title yang dipegang. Saya cuba lakukan apa yang saya terdaya. Cabaran sentiasa ada...Siapa kata senang? Tapi bukan juga sangat sukar..sehingga perlu mati atau berhenti (?). Cuma, kesan-kesannya dapat dirasakan. Makin kurang teratur masa untuk makan, minum, tidur, dan lain-lain aktiviti peribadi yang selalunya diberi perhatian teratas oleh kebanyakan pelajar lain.

Sesungguhnya, cabaran-cabaran itu sentiasa ada...

Wallahua'lam.

Monday, March 8, 2010

Stuck, bukan SETAQUE


Orang kelantan cakap, 'sumbak!'.

Itulah yang terjadi bila...

* program makin dekat,
* kerja semakin banyak,
* test & assignment,
* presentation,
* appointment
* meeting

When I need some space to breathe, I hope I can change the climate at the end of this weekend. Pray for me ya my friends out there!

Thanks like a million times..Allahurabbuna ~_~

wallahua'lam.

Sunday, March 7, 2010

Perjumpaan MPP Bersama BHEPP



pagi sebelum taklimat: wideeya, liana, dan firdaus...
bersama izzatul, sahabat seperjuangan dalam MPP

Salam Alayk!

Kelmarin merupakan satu pengalaman baru bagi insan kerdil seperti saya apabila berpeluang menyertai satu program bersama semua MPP IPTA. Kesemua 20 IPTA termasuk di Sabah dan Sarawak menyertai program ini yang diadakan di ESSET, Bangi pada 6 Mac 2010.

Kami diberikan peluang untuk membawa suara mahasiswa ke peringkat atasan melalui kertas kerja yang dibentangkan. Macam-macam isu yang dibawa, yang pasti semuanya mempunyai manfaat kepada mahasiswa. Akan tetapi, daripada berbelas-belas isu yang finalised, hanya 3 isu yang akan dikemukakan kepada YAB TPM, selaku pengerusi MPPK (Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan).

Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan untuk membentangkan isu masing-masing. Pastinya, peluang ini tidak saya siakan. Saya di dalam kumpulan 5, bersama-sama 36 MPP daripada universiti lain seperti UDM, UMT, UIAM, UTHM, UPNM, UPSI, UMS, dan lain-lain. Ketua kumpulan kami, saudara Firwan, YdP UIAM. Memang banyak isu yang dikeluarkan oleh sahabat-sahabat MPP dalam kumpulan saya sendiri sebelum kami membuat keputusan untuk memilih isu mana untuk dibentangkan di hadapan dewan. Antaranya, 'pendidikan dan taraf hidup luar bandar', pembentukan personaliti mahasiswa', 'perpaduan dan persefahaman agama', 'mekanisma dalam pembentukan akidah dan sahsiah mahasiswa', kesukarelaan mahasiswa terhadap masyarakat', 'keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat: di manakah kecaknaan mahasiswa?', 'kebebasan berpolitik di kalangan mahasiswa', dan lain-lain lagi.

Walaupun begitu, kami harus cepat dan tepat memilih tajuk untuk dibentangkan disebabkan kekangan masa serta banyak topik telahpun diutarakan pada perjumpaan bersama BHEPP yang lepas. Akhirnya, kami sebulat suara untuk memilih tajuk, "Suara Perwakilan Mahasiswa di Peringkat Parlimen." Saudara Hadi dan Firwan serta saya sendiri sebagai '3 stooges' bersama-sama ahli kumpulan lain menyiapkan tugasan tersebut. Kumpulan lain tidak kurang pekanya terhadap isu mahasiswa apabila berjaya datang dengan pelbagai isu hangat seperti 'kemiskinan dalam konteks mahasiswa', 'diskaun untuk pelajar bagi kenderaan awam', 'gejala sosial di kalangan mahasiswa', 'pertahanan di Malaysia', 'mahasiswa lesu' dan sebagainya.

Saya di peringkat mahasiswa UiTM sangat berharap isu yang dipilih nanti dapat diselesaikan dengan berkesan oleh YAB TPM dan pihak kerajaan sendiri.

Yang Berkhidmat,
Rabiatul Adawiyah Rayah

Saturday, March 6, 2010

KPO UiTM Seluruh Malaysia

Salam Alayk!

Alhamdulillah, minggu lepas telah diadakan KPO (Kursus Pengurusan Organisasi) UiTM seluruh cawangan Malaysia . (Zon Selatan, Utara, Timur , Barat, serta Sabah & Sarawak). Kursus yang dijalankan selama 3 hari menerima penyertaan seramai 95 daripada 210 YB-YB MPP yang baru dilantik bagi sesi 2010/11.

Shah Alam sendiri mempunyai seramai 50 MPP yang terdiri daripada 2 wakil MPP di setiap fakulti di setiap kampus; Puncak Perdana, Puncak Alam, Shah Alam, dan Seksyen 17.

peserta-peserta kursus sedang mendengar taklimat...
saf ajk prog...:)
slot pengurusan stres dan tekanan yang diwarnai dengan lukisan 'inovatif' dan 'kreatif'...


Dato' VC, Ir. Prof Dato' Dr. Sahol Hamid Abu Bakar membuat lawatan mengejut...
menyampaikan amanat ringkas beliau kepada para peserta
"from a very poor child, the officer change my goal in life...as once I intend to become a bank robber since I was nobody back then. "



sempat merakamkan gambar kenangan sebelum bertolak balik..


Yang Berkhidmat,
Rabiatul Adawiyah Rayah

Wednesday, March 3, 2010

Should We Ignore?


Salam alayk~

Kali ni banyak nak update..tapi masa tak berapa mengizinkan. Alkisah, sekejap tadi seorang rakan sekelas saya, hafiz ym dan suruh tengok apa yang ditulis seorang hamba Allah ni. Mungkin si hamba Allah ni pukul rata, mungkin tidak.

dia tidak mendatangkan fakta, statistik, dan bukti sahih.

*Facebook doesn't count until it is proven to be true*

mungkin, dia:

1)Sekadar meluahkan
2)suka2
3)tabiat
4)suka cetuskan provokasi

berhati2.itu saje.

p/s-hairan dengan manusia yang sukakan publisiti murahan.

nauzubillah.

-cabaran masa depan-

Tuesday, March 2, 2010

Kadang-kadang...


Kadang-kadang..

kita merasakan kita telah memberikan yang terbaik..

padahal

kita belum menjadi yang terbaik..

kita belum atur masa dengan sebaiknya

belum membuat strategi dengan paling tersusun

belum....

belum....

belum...

hingga kadang-kadang menyusahkan orang lain...padahal...

"Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meringankan seseorang Muslim dari salah satu kesedihan dunianya, maka Allah akan meringankan salah satu kesedihan di akhirat nanti. Barangsiapa memudahkan jalan bagi orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan jalan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi rahsia seorang Muslim, maka Allah akan menutupi celanya di dunia dan di akhirat. Dan Allah tetap menolong seseorang selama seseorang itu menolong saudaranya." (HR MUSLIM)

....maafkan aku sahabat, sekiranya terlalu banyak menyusahkanmu....

Monday, March 1, 2010

'Hidup Mesti Bercinta'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW

Salam Alayk..Kolej Mawar akan menganjurkan program seperti berikut:

FORUM "HIDUP MESTI BERCINTA"

TEMPAT: DATARAN KOLEJ MAWAR

TARIKH: 2 MAC 2010 (SELASA)

WAKTU: 8.00 MALAM

Moderator: YdP KOLEJ PERINDU

Panel 1: UST HASRIZAL ABD JAMIL [saifulislam.com]
Panel 2: UST AKHWAN AFANDY [adnintc.blogspot.com]

Semua warga kampus dijemput hadir...


Dia Bukan Malaikat...


....dia bukan malaikat.

yang imannya bisa turun dan naik.

dan, aku tahu itu.

sangat.

tapi aku akan mengembara lagi.

berjumpa dengan bukan malaikat ini.

tapi, dia juga bukan cuma manusia.

dan aku akan mengembara lagi.

berjumpa dengan bukan cuma manusia ini.

harus.

aku tahu, setiap watak itu berganti.

kadang.

dia cuba.

bukan menjadi malaikat.

tetapi,

menjadi

bukan cuma manusia.

bukan cuma manusia.

kerana

ketika dekat dengan-Nya

dia akan menjadi

lebih dari malaikat.




Rabiatul Adawiyah
1 Mac 2010 / 15 Rabiul Awal 1431H
Cemara