Tuesday, April 27, 2010

Al-Fatihah...

Salam Alaik!

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah 2010..24/4/2010

[Galeri Gambar]


Al-Fatihah kepada beliau..sukarelawan sebagai model solat jenazah, saudara Zairi
peserta bergambar kenang-kenangan


peserta muslimat..=)
jangan sampai putus pulak kain tu! he he he
Ustaz Idris memberikan penerangan kepada para peserta
tenang sebelum disemadikan...
a: aku rasa dah ok la saiz ni..
b: betul ke, aku rasa macam kena panjang kat bahagian atas ah sikit agi..
c:aah la,betul3x..

"meh2 cepat...laa, lewat dah ni. tak elok kebumi jenazah lambat"
~ustaz, nak wat baju raya sekali boleh?
~kamu duk diam2, susah nak ukur ni..takpe, kejap lagi kamu dapat baju baru kamu.


"macam ni ye anak-anak..."

"oh, begituuuuuuu....."
barang-barang persiapan untuk digunakan sewaktu demonstrasi pengurusan jenazah





sesi taklimat ringkas sebelum demonstrasi...

Sekian dulu, sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan mesej anda. Syukran jaziilan.

p/s-sepatutnya post kali ni ada diselitkan cara-cara memandi, mengkafankan jenazah, tapi tak dapat disertakan lagi buat masa ni, atas kekangan tertentu. Mungkin di masa akan datang. Akhir kata, salam mujahadah di musim peperiksaan ini.. wassalam.

Saturday, April 24, 2010

Ada Apa Dengan Allah? Siri 1

"Siapa kat sini petang tadi main bolasepak pakai seluar pendek?" Begitu ustaz memulakan ceramah beliau. Hafiz yang baru masuk ke dalam dewan, kurang jelas dengan maksud soalan ustaz. Kelihatan ramai pelajar memasuki dewan Cengal pada malam itu. Semuanya ingin mendengar ceramah Ustaz Ridhaudin. Hafiz kurang ingat tajuk ceramah Ustaz pada malam itu. Tetapi niat yang sudah terpasang sejak petang tadi untuk mendengar pengisian agama, menyebabkan dia mengikut rakan sebiliknya, Afiq yang merupakan Exco Kerohanian Kolej Cengal pada malam itu ke sana.

Semua pelajar lelaki terdiam. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Tak kurang juga yang menyambut pertanyaan pak Ustaz dengan ketawa kecil. "Begini, Ustaz tak mahu tekankan sangat soal pakai shortpant tu..sebab ia merupakan kekhilafan. Tapi, ada kaitan dengan pakai seluar pendek, dengan prinsip dalam akal tunjang seseorang." Ustaz Ridha menuju ke arah skrin slideshow. Punat controller ditekan. "Semua yang dilakukan di atas mukabumi ini, oleh seorang Muslim seperti solat, puasa, zakat, dan haji...kita boleh andaikan ia sebagai OUTPUT. Dan akidah serta kepercayaan sebagai INPUT. Ibarat komputer, komputer ada hardware dan software. Ada benda yang nampak dan tak nampak. Di sini ada benda yang menjadi asas, dan diprogram sebelum dikeluarkan sebagai produk."

Hafiz khusyuk mendengar. Walaupun sebelum ini dia pernah mendengar ceramah seumpama itu, tapi dia bersyukur kerana terpilih mendengar peringatan sebegitu sekali lagi. Baginya, bukankah manusia itu sifatnya pelupa? Jadi wajarlah kalau dia mendengar lagi. Lagipun pengisian pak ustaz kali ini sangat menarik, tidak seperti kebanyakan penceramah yang lain. Hafiz terbaca satu kolum artikel di dalam suratkhabar tempatan beberapa hari yang lepas. "USTAZ MUDA PERLU GLOBAL". Begitu tajuknya, yang membuatkan dia terfikir sesuatu. Benar, zaman sekarang sangat berlainan dengan zaman dulu. Semuanya di hujung jari. Malanglah kalau seorang Ustaz itu ketinggalan dalam isu-isu dan pengetahuan global. Tambah pula, negara dihangatkan lagi dengan pencarian IMAM MUDA yang mendapat liputan rasmi Astro Oasis, tentulah hal-hal keagamaan ini semakin menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai untuk menilai sejauh mana keprihatinan dan keterlibatan golongan agama dalam masyarakat.

"Siapa hari ini masuk neraka?" tanya Ustaz. Terpinga-pinga kelas pada pagi itu. Semua diam, tanda tidak mahu mengaku.
"Baik, siapa hari ini solat Subuh tadi...dia solat pukul 7.30pagi?" barulah masing-masing jelas dengan pertanyaan pertama tadi.
"Nabi bersabda, beza orang kafir dengan orang Islam adalah solat. Barangsiapa yang tidak solat, maka..ia keluar dari agama kerana solat membezakan seorang Muslim dengan yang bukan Muslim" Ustaz membacakan sepotong hadith sahih dalam bahasa Arab.

Seorang demi seorang mengangkat tangan. Masya Allah...Kemudiaannya, keesokan harinya sehingga habis semester pengajian, Ustaz tidak lupa bertanyakan soalan yang sama setiap pagi kepada kelas tersebut. Sehinggalah hari terakhir, hanya seorang yang mengangkat tangan. Itupun selang seli, ahli syurga, neraka bila ada masa solat awal, dan kadang-kadang terlajak 7.30pagi.

"Baiklah, mari kita lihat..apakah hujah yang boleh digunapakai untuk mengajak non-Muslim mengakui kewujudan Allah? " Masing-masing menunggu jawapan Ustaz, walaupun Ustaz bertanya kepada pendengar. "Kalau berjumpa dengan orang atheis, atau free thinker, tanyalah dia...apa masalah sosial yang terbesar di Malaysia?" "Mesti dia akan jawab, rompak, curi, bunuh, culik, dsb..." Ustaz pernah pergi ke balai polis di sini dalam kejadian lepas, dan bertanya pada pegawai polis di sana. Setiap hari, hampir 300 kes jenayah yang berlaku dan mesti ada kes bunuh yang dilaporkan. Dan menurut kajian, 1 kes yang dilaporkan bersamaan 4 kes yang tidak dilapor. Di Wangsa Maju bertanyakan hal yang sama, ada lebih kurang 250kes jenayah yang berlaku setiap hari."

"Siapa di sini pernah hilang motor?"
"Kalau hilang motor, apa yang ditanya polis selalunya?"beberapa orang menjawab I/C, bila dan mana, keterangan..
"Ya, itu sudah semestinya. Polis akan tanya juga tentang nombor casis kan?"
"Begitu juga halnya dengan agama-agama yang ada di dunia ini."
"Masing-masing mempunyai buku-buku utama sebagai rujukan. Kalau kita bandingkan buku-buku utama ini, kita akan mendapat kebenaran yang jelas. Takkanlah buku rujukan utama nak menipu. Kalau ia menipu, kita nak percaya lagi?"

"Kenapa kita boleh percaya yang kita ini anak mak dan ayah kita?"
"Siapa di sini yang dah buat ujian DNA dengan parents dia? Kalau ada saya nak bagi hadiah" Tiada pelajar yang mengangkat tangan. Semua mendongak dagu mencari gerangan yang 'pelik' itu.
"Jadi, bagaimana kamu semua boleh yakin dan percaya kamu semua anak mak, dan ayah kamu?"
"Baik, di sini.,.siapa boleh berikan satu benda yang semua agama boleh terima?"
Seorang pelajar lelaki memberikan jawapan.
"SAINS!"
"Kamu betul...ini dia hadiah dari ustaz". Buku MEMBINA CINTA SAYANG karya HM TUAH ISKANDAR dihulur kepada pelajar berkenaan.Masing-masing hampir ketawa mendengar dan melihat tajuk buku yang langsung tidak berapa 'sesuai' dengan penerima.

"Sekarang, teori BIG BANG. Hanya Islam yang membenarkannya...surah Al-Anbia.."(Ustaz membacakan sepenuhnya ayat Al Qur'an dan menerangkan maksud perkataan yang menggambarkan 'bukti' jelas mengenai BIG BANG tersebut)

bersambung..








Credit to: Ustaz Ridha dan Exco Kerohanian Cemara/Akasia

Friday, April 23, 2010

Of Voluntary Attitude:Fed Up or Fade Up?

Salam Alaik!

Saya terbaca ini. Dan fikir kamu pun patut akan suka membacanya.

p/s-after all, the title for my research proposal was is Voluntary Attitude among Students.

Semakin Dilupakan


Kaki kiri masih lemah.

Kerja masih banyak...

Panggilan yang menggembirakan datang.

Dan aku semakin melupakan.

Melupakan sesuatu yang menyakitkan.

Tiba-tiba ia datang!

Baru ku ingat,

rupa-rupanya..

kaki kiri masih lemah.

Wednesday, April 21, 2010

Apa Yang Difikir, Itu Yang Terzahir

buat peringatan bersama

Sunday, April 18, 2010

Tawaran Menjadi PM


Salam Alayk!

Tawaran menjadi PM (Pembantu Mahasiswa) UiTM Shah Alam kembali lagi...sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut.



Semoga Berjaya!

Thursday, April 15, 2010

Though I Was Left Far Away Behind...

Guess what is this

Yes, 2 meters long bandage just for my ankle..:)

Salam Alayk!

Last week, was a very static week for me (and I do not like it). Three days in a row, I was doing nothing, just bedridden. It was because the accident (?) I was in and it had given impact to my leg. Pain in my left ankle, and couldn't walk at all. I am grateful to have all princesses around me to help and do the 'day care' for me. To go to the bathroom, to perform my solah, to wash hands before eating, to carefully wrapped my left foot with the bandage...to have my 'pesanan' on food and etc..I was very thankful. I remember when Farah helped me to stand up, I couldn't bare the pain and was about to shed my tears. But she said, "Please do not cry..if not, I will cry too." And I kept myself strong, though it was really hard for me to walk.

The day after, I went to the health center, with Sis Adilah and Diyana, where it was my first experience using the wheelchair. And oh Allah! It was so unbelievable. I kept asking myself, "Am I really disabled or something?" (because I never thought I will be using one). It was really a lame-person-experience when every pair of eyes around looking at you, as if you were an alien. Since on that particular day, I was the only patient who using wheelchair at that particular time, so you can imagine how other people perceive me. But it's ok, as long as I have Sis Diyana with me at that time.(yeah, you must have a companion like her^^)

Sis Diyana was there, every single time, and helped me with the unfamiliar-looking-and-features of wheelchair. As the time passed by and my left leg was x-rayed and diagnosed, it was still a tough moment to handle. Then I realised, there were so many things I have to put aside. The day after, after a good care from the princesses, the pain slowly gone. Yet, things and jobs come to me in such 'mushrooms after the rain', since I already paused my activity for a while. I managed to do only few things when I was bedridden. So, I know I was left far away behind. Nevertheless, I want to get back into the track. I know most of my friends are in front, but the time is not over yet. As I write this, there are still numerous academic things to do:-

1.Read for CNI and School Counselling Test
2.Research Proposal
3.E-Portfolio
4.Course Design
5.Learning Excursion

then i'm off to final examination...i will chase after what i was left behind before..my classmates, missing all the times that we should spend together (LOL)..

wassalam.

Wednesday, April 14, 2010

Terapi Tekanan (Musim Peperiksaan)

"Assalamualaikum, abuya.."

"Waalaikumsalam wbt..ye kakteh..apa khabar?"

"Sihat, alhamdulillah..abuya tak balik kerja lagi ke?"

"Dah nak balik ni...kejap lagi abuya keluar ofis.."

"Abuya, esok kakteh ade 2 tests. Doakan kakteh.."

"InsyaAllah.."

"Micro teaching tadi kakteh dapat markah sikit ja...banding ngan kawan-kawan lain.."

"Ye ke? Kenapa?"

"Hm...ntah, kakteh tiba-tiba *tergagap masa present.."

"La..macamana boleh tergagap?"

"Ntah la.."

"Abih tu berapa dapat?"

"16 per 20.."

"OKAY lah tu!..."

*****

"Ummi, doakan kakteh. Esok kakteh ade 2 tests.."

"InsyaAllah..takpe, kakteh kan pandai..."

"Ummi..semester ni lain...blablabla"

*****

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu(Muhammad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)


1.BERDOA.Kita di galakkan untuk berdoa di penghujung solat ketika sujud yang terakhir kerana sujud merupakan satu tempat paling DEKAT dengan Allah s.w.t.Ketika inilah peluang kita untuk MEMINTA KEJAYAAN yang diberkati Allah s.w.t.Selain itu juga kita di galakkan untuk melafazkan DOA pada satu pertiga malam kerana waktu ini lah yang waktu terapi tekanan yang paling sesuai untuk kita.

2.ZIKIR.Firman Allah s.w.t di dalam surah al-ra'd ayat ke-28 yang bermaksud:

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang/tenteram"

Secara psikologinya kita hanya mampu untuk fokus dalam study hanya
45minit sahaja.Alangkah bijaknya kita sekiranya kita berhenti seketika sebelum sambung belajar balik selepas 45minit itu dengan BERZIKIR.Dalam hadith sohih Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ada dua kalimah yang mudah untuk kamu sebut dengan lidah,tetapi berat timbangan di sisi Allah dan dua kalimah yang sangat dikasihi Allah s.w.t,dua kalimah itu ialah subhanallah wa biham dihi,Subhanallah hil a'zim"

InsyaAllah kita akan mendapat gelaran orang yang cemerlang di sisi Allah s.w.t dengan mengamalkan zikir ini kerana di samping kita mengejar dunia kita juga melihat potensi diri kita di akhirat.


3.MEMBACA AL-QURAN kerana al-Quran dapat membuka pintu HIKMAH,KETENANGAN dan juga pintu HIDAYAH.Rasulullah s.a.w membuat 4 perbandingan:

1)Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah limau yang baunya sedap dan rasanya sedap.Nabi bandingan dengan buah limau kerana buah limau di luarnya nampak cantik dan di dalamnya juga cantik.

2)Orang mukmin tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma,rasanya manis tapi tiada bau.Dia mampu untuk menjaga dirinya tapi tak mampu untuk memberi manfaat pada orang lain.

3)Orang munafik baca al-Quran adalah seperti minyak wangi,baunya wangi tetapi tak boleh hendak di makan (tidak bermanfaat).

4)Orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah peria yang rasanya pahit serta tidak mempunyai bau.Kepada dirinya pun dia tidak memberi kebaikan.

4.MENGEKALKAN DIRI DENGAN WUDHUK kerana kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dalam wudhuk.Para malaikat juga suka pada orang yang berwudhuk dan akan berdoa memohon keampunan pada Allah terhadap orang yang berwudhuk. InsyaAllah, diri kita akan berada dalam keadaan tenang. Jadi,sebelum nak mengulang kaji pelajaran,sama-sama kita latih diri kita untuk berwudhuk terlebih dahulu supaya kita mendapat ketenangan dan mudah untuk ingat apa yang kita baca.

Akhir sekali,marilah sam-sama kita berdoa agar kita menghadapi peperiksaan dengan penuh ketenangan dan keyakinan serta diberkati dan di beri pertolongan dari Allah s.w.t. Dalam satu hadith qudsi Allah berfirman yang bermaksud:

"Aku ini berada pada sangkaan hambaKu padaKU"

Kalau baik sangkaan kita pada Allah,maka baiklah Allah pada kita. Andai kata kita tak yakin maka itulah yang kita akan perolehi. Adab kita berdoa hendaklah penuh dengan pengharapan dan keyakinan.

Wallahua'lam

*tergagap: terhenti sebentar dek kehilangan perkataan untuk diucapkan..hehe

Friend Can Come With This Too, You See

Delicious and tasty creamy chocolate cake given by Azni yesterday. You can see (and even nicer-sense the delightful smell and taste) the chocolate rice on the edge of the delicious chocolate topping, decorated with even creamy and balanced light chocolate cream.


The layers inside of it. It has three layers which were coated by creamy vanilla cream (alternately layered with the chocolate mixture) and was topped with a chocolaty topping at the outside. Perfetto de creammo!

p/s-Thanks Azni. Im very thankful to have friends--especially the rajin-to-treat-me like this..(hoho..dahsyat) Next time I will looking forward to cook (or make??) my own cheesy wedges and hand you some to taste them...:D. Pray for me to successfully do so. So...That's a BIG CHALLENGE to myself!

Tuesday, April 13, 2010

Sekitar I-SIS: Forum & IPSC 2010

Salam Alayk!

Alhamdulillah, PMH bersama MPP UiTM Shah Alam berjaya menganjurkan I-SIS (Ihtifal Sinar Islam Sejagat) buat julung-julung kalinya di UiTM Shah Alam. Mungkin pada tahun-tahun akan datang ia akan diadakan lagi dengan tema dan aktiviti yang lebih menarik. Saya sangat berbesar hati selaku Pengarah II I-SIS, atas kerjasama serta semangat berpasukan yang ditonjolkan oleh semua AJK I-SIS. Semangat para peserta dan pelajar yang menyertai sebarang aktiviti I-SIS juga patut dipuji. Ke arah membentuk individu Melayu Muslim yang berkualiti insaniah dan fizikal, I-SIS merupakan platform utama yang perlu digunakan oleh semua pelajar UiTM Shah Alam.

***

......

Sekitar I-SIS 2010.. (IPSC & Forum)

I-SIS: IPSC 2010 (Dataran Cendekia). Jurufoto: Mohd Irfan Mohamad/Suria Muhammad

Para tetamu VIP yang kelihatan

Peserta dari fakulti Undang-undang yang menjuarai pertandingan
Peserta ini tidak kurang hebatnya

Peserta lelaki pertama pada pertandingan IPSC.

Menyampaikan pidato berkenaan tokoh Islam yang wajar diingati

Peserta dari fakulti sains gunaan

Peserta dari fakulti undang-undang...memberikan saingan hebat

~~~
I-SIS: Forum.(Dataran Mawar) Jurufoto: Munirah Alias/Suria Muhammad

Sebahagian pelajar siswi yang hadir untuk mendengar isi forum


Para panel jemputan (di sebelah kiri dan kanan) bersama moderator yang asyik meneliti persoalan yang ingin diutarakan

*****

p/s-I-SIS menganjurkan pelbagai aktiviti lain yang menarik seperti pertandingan futsal, bola jaring, tilawah al-Qur'an, persembahan nasyid, dan ceramah. Buat masa ini, hanya gambar-gambar di atas yang ada dalam simpanan saya.

Sekian..wassalam.

~RISE FOR ISLAM~^_^

Monday, April 12, 2010

Terapi Tidur #1

1.Baca buku

2.Baca buku

3.Baca buku pelajaran

ZZZZZZzzzzz

p/s-Jangan lupa ambil wudhu', baca doa tidur, ucap 2kalimah syahadah,baca '3qul',selawat, istighfar/tahmid/bertasbih/bertahlil/bertakbir sebelum mengamalkan terapi ini....
(siapa yang tidak tahu maksud sebenar sebarang istilah di atas, boleh google sekarang)

Selamat mencuba!

Saturday, April 10, 2010

Bagaimana Ingin Menghasilkan Muka Tersenyum Walaupun Kita Sedang Marah?

Mujahid

Salam Alayk..

Alhamdulillah 'ala kulli hal...hanya itu yang mampu ku ucapkan.
Meniti minggu-minggu terakhir semester ini..banyak yang ku alami, banyak yang ku tempuhi, namun tak sempat untuk dicoretkan di sini untuk tatapan dan pengetahuan insan tersayang..(chewah)..

Angah, minta maaf sem ni bukan macam sem lepas..saban minggu dapat ziarah angah dan buat mahallah angah macam mahallah kakteh, dan sleepover tanpa disedari pak/mak guard di sana..(pak guard takkan baca belog kakteh kan?)..

~~~

Setiap kali, aku terfikirkan sesuatu yang aku alami, dan bertanya "akukah itu?". memang berbeza. Kalau dulu, tak pergi kelas cuma sekali dalam satu semester, aku dah frust yang amat. Tapi sekarang, kalau satu minggu, pergi satu kelas, ibarat sesuatu yang patut aku syukuri. 'Ala kulli hal, ada sebab kenapa perkara itu berlaku. (dan aku malas nak cerita di sini)..

Hm..minggu ini, ada beberapa kerja yang perlu aku selesaikan. Alhamdulillah, minggu lepas selesai sudah Voice of Student Leaders, Ihtifal Sinar Islam Sejagat, dan Dinner DL. Minggu ini aku diamanahkan untuk menjadi AJK bagi program MPP yang akan tiba. Terasa semester ini hidupku penuh dengan program.(-.-")

Dan Maryam tanya, kenapa masuk sume benda ni? (mungkin agak frust sebab tak dapat jumpa kakak dia sepanjang semester ini). Hmmmmm....