Thursday, December 15, 2011

My Heart Song

Hear now my heartsong

My heart calls to You

That You guide me, my Lord

Through my soul’s long dark night

I send my heartsong across the empty silences to You

May You fill me with peace and with light


Lost in an ocean of doubt and confusion

And I’m seeking Your budding beacon light

Strengthen my hand and my heart when I’m faulter

For I cannot weaken if You are with me


Thrust me on forth in this path that I wonder

The way of the heart is a long road and hard

Send me a light and a lantern to guide me

This world weary traveller is yearning for hope


Yet still I stumble ever of a wondering soul among the lost

Searching for the way that leads back to You

Would that I had the wings of Gabriel to ban me aloft to the Lord of the Throne

Oh how blessed those who have found You

Their hearts contemplating the Light of Your Love


So let this be the prayer of the traveler who yearns for You

Oh Lord, guide me gently to my journey’s end



Monday, October 10, 2011

9.10.11-Hikmah Kehidupan


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, moga bertambah kecintaan kepada si Dia...


Terima kasih kepada sahabat-sahabat ku yang tersayang, sokongan dan dorongan selama ini yang tidak putus-putus. Cukup bersabar dengan kerenahku...tiada lain, may we meet again in Jannah..amiin.


Tuesday, October 4, 2011

Keinsafan



Bismillah...

Assalamualaikum wbt..

Seorang sahabat pernah berpesan, bila kita rasa diri kita ini hina, kotor dan jijik dengan segala dosa yang pernah dilakukan..mengadaplah Allah. Mengadulah pada-Nya..luahkan segalanya pada Dia. Itu sahajalah penawar terbaik. Bersimpuh di hadapan-Nya, takut dan harap pada Allah...


Janjiku di suatu ketika
Bahawa aku takkan menduakanmu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahagia

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang kutafsirkan
Jalannya beribu
Durinya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal untuk selamanya

Kasih andai cinta yang kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Mungkinkah ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan

Maafkan aku yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Sunday, October 2, 2011

3.10.2011- A Lovely, Meaningful Parcel

Bismillah...

Assalamualaikum wbt..

What more can I say? Alhamdulillah...a lovely, meaningful parcel safely received. Thanks a bunch for my housemate who lend her time and car to have a ride with me to Shah Alam National Courier Service, just to take this parcel! I am deeply indebted to her for her help. ~_~ Well, these are some pictures on what the parcel is about.

p/s-they were not nicely taken plus the camera is not like DSLR or what so ever, so just ignore with the quality..hehe~





..on my way to become a motivator. To my family, in my field, my reality..^_^

Saturday, October 1, 2011

There Are Always Two Sides of The Coin

Bismillah...

Assalamualaikum wbt..

Realiti kita semua berbeza. Realiti saya dan dia berbeza. Saya suka cara begini. Dia suka cara begitu. Tak serupa. Sebab manusia mempunyai pelbagai ragam dan perbuatan yang kadang-kadang sukar diertikan. Setiap orang berbeza dan setiap perbuatan jika dinilai mempunyai maksud yang berbeza, bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Dan kebanyakan orang menilai sesuatu dari kaca mata diri sendiri, tanpa menyiasat atau bertanya terlebih dahulu kepada individu tersebut dengan cara yang sewajarnya.

Seorang manusia itu berbeza dengan manusia yang lainnya. Apa yang dilakukannya juga memberi makna berbeza kepada orang lain. Sebagai contoh, apabila seorang perempuan berkata sesuatu kepada seorang lelaki, mungkin dia sekadar meluahkan apa yang terbuku di hatinya, ketakutannya, rasa tidak percayanya. Tak lama kemudian dia dimarahi kerana dikatakan bersikap terlalu pesimis.

"I'm not a good student. I'm not a good leader...bla..bla..bla"

"Stop it. You're not. Don't be so ridiculous!"

"But I think I'm not." (sambil berharap si pendengar memberi kata-kata semangat)

"You're just being overreacted."

~~~down~~~~

Walhal luahannya itu membantu dia berasa lebih baik sekiranya didengari. Itu sahaja.

Itu baru perbezaan dari sudut gender. Secara sosionya, kehidupan manusia itu sangat banyak perbezaannya. Keluarga, ekonomi, pendidikan, cara didikan, bilangan adik-beradik, siapa ibubapanya dan suasana sekeliling banyak mempengaruhi. Sebab itu, penting bagi kita menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pernyataan yang bakal mengguris perasaan mana-mana pihak.

Jika rasa ingin meluahkan sesuatu, fikir dahulu buruk baiknya. Jika buruknya lebih besar, lupakan sahaja. Cara kita mungkin akan disalahtafsirkan jika dia tidak memahami realiti kita dan kita pula tidak memahami realitinya. Pentingnya, kita sama-sama muhasabah diri masing-masing sebelum menuding jari ke mana-mana pihak. Kadang-kadang apa yang kita lihat itu tak semestinya hakikatnya yang sebenar. Wallahua'lam. ^_^




Friday, September 30, 2011

Kalau Berani Tanamlah..


Salam..

Sebut pasal pokok, tak ramai yang suka menanam sebenarnya, walaupun paedahnya banyak samaada dari segi pahala, kesihatan dan kewangan (masyukkk). Kebanyakan lebih suka suasana ber air-cond. Suka hati kamulah.

Tapi ada satu pokok kalau kamu berani tanamlah.

Benih Pokok

benih pokok ni murah aje..ader kat teman kalau kamu nak... nusery ? jangan mimpilah kamu nak jumpe kat situ...kompom tak der nyer... apa susoh...mintak jer ke teman ni..

Only the Strong

Sebenornyer, hanya yang kuat jer layak menanam pokok ni... yang lemah , kamu lupakan jer lah niat murni tu yer buat seketika.. nanti dah kuat, moh sini balik, teman bagi anak pokoknyer...

Hasil Lumayan

Kalau kamu nak tahu, sangat berbaloi tanam pokok ni...lumayan sungguh.. aper idoknyer, buah lebat, besor2 plak tu...raser tak payah cakap ler, sedapp...maniss... kalau kamu nak juai, berebut orang nak beli.. letak jer jawatan gomen kamu tu...ini lagi lumayan....tak cayer? suka hati kamulah... teman memaklumkan ajer...

Cabaran

Nak jadi kayer ni bukan mudah.. banyak cabarannya...tapi kalau kener carenye, kamu boleh tgk sendirilah hasilnyer...kamu raser sendiri nikmatnye...teman tunjukkan jalan aje...
Tapi itulah, sanggup kah mike ? baje dia mahai... mahai sungguh, teman takut kamu tak mampu je...siram 5 kali sehari...kalu nak lagi baik pukul 3 pagi siram sekali sehari... kompom kamu tak sanggup punyer...lagi satu tempoh nak berbuah ni agak lama...itu pun bergantung pada disiplin dan kesungguhan kamu ler... sanggup ke? kalu sanggup teman nak bagi..


Jenis Pokok

Dah ramai yang tanyer teman pokok aper tu? jenis aper ? maner dapat ?....bersemangat benor teman tgk diorang menanyer teman...teman maleh nak bagi tahu, sebab teman tgk semua tu muker pemaleh je.. nak untung cepat jerr....tapi lepas dipakser2 teman pun mengalah ler...teman pun bagi tahu namer pokok tu...tapi teman pesan sebelum tu janganlah marah teman ni kalau miker tak bekenan dengan jawapan teman...

pokok tu namanya pokok
SABAR

Renung Sejenak..


Bismillah...

Jika kita bercinta dengan manusia, bersedialah untuk kecewa.
Kerana manusia itu penuh dengan kelemahan dan kekurangannya.
Tetapi, jika kita bercinta dengan-Nya, kita tidak akan pernah kecewa.
Kerana, Dia tiada kekurangan.

Jika kita berkasih dengan manusia, bersedialah untuk bersendiri di sela-sela waktu sekadarnya.
Kerana, pasti ada orang lain yang mengharapkan kasihnya, samaada keluarganya, sahabatnya, atau jalan juangnya.
Tetapi, jika kita berkasih dengan-Nya, kita takkan pernah merasa sendiri.
Kerana, kasih-Nya Maha Luas dan Melimpahi.

Jika kita mengharap sayang dari si dia, kita perlu memberi sebelum menerima.
Tetapi, jika kita mengharapkan sayang-Nya, kita hanya perlu menjadi peminta, kerana Dia Maha Pemberi segalanya.

Jika kita mohon difahami olehnya, mungkin dia sukar memahami kita, kerana ilmunya terbatas sekadarnya.
Tetapi, jika dengan Dia, kita pasti difahami-Nya.
Kerana Dia Maha Tahu apa keperluan kita.

Jika kita mengadu pada dia dan mereka, sampai satu masa, mereka pasti bosan akhirnya.
Tapi, baiknya Dia, Dia takkan bosan mendengar rayuan kita.
Malah, sering kali kita yang berputus asa dengan rahmat-Nya.

Jika..jika..dan jika...kerana-Dia, di situlah bahagia.
Tiada yang lebih membahagiakan selain mendapat ketenangan dalam mengingati cinta-Nya.

Wednesday, September 28, 2011

Berhati-hati Lebih Baik dari Kecewa di Masa Hadapan

Bismillah...

Assalamualaikum wbt.

Dewasa ini, dengan perkembangan pesat teknologi, pemuda pemudi di serata dunia bebas bermuamalat. Dari sekecil-kecil hal seperti bertanya khabar, sehinggalah bermacam perkara yang ada di dunia. Semuanya hendak dikongsikan. Tiada lagi rahsia.

Jika diteliti, masih ramai muda-mudi yang berpotensi untuk menjadi baik. Tetapi silang pergaulan adalah salah satu perkara yang sukar dielakkan di zaman ini kerana jalan-jalan ke arah itu terlalu mudah. Jika tersalah langkah, kebarangkalian untuk berubah ke arah negatif amatlah tinggi kerana ia berkait soal hati dan perasaan. Sedangkan sampainya ilmu yang bermanfaat ke hati adalah bilamana hati itu bersih dan jernih.

Wanita dan Lelaki Itu Berbeza

Lelaki berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat. Wanita pula berkomunikasi untuk memulakan perhubungan. Tidak hairanlah mengapa dunia lelaki dan wanita sangat berbeza. Penting untuk muslimin dan muslimat yang menerapkan taqwa dalam diri agar berhati-hati dalam soal berhubungan. Tidak kiralah di mana anda berada.

Menjadi sahabat atau tunang antara lelaki dan wanita tidak bermaksud membolehkan berhubungan dalam perkara yang tidak perlu dan tiada batas waktu. Pentingnya, muslimin dan muslimat beringat sebelum terlambat. Soal ikhtilat bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh. Tanpa ada keperluan yang mendesak, elakkan berhubung dengan bukan mahram secara berdua (text messaging, call, email, ym, dan lain-lain). Tarikan antara kedua kutub utara dan selatan sesungguhnya sangat kuat.

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya"- Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih.

p/s-Penulis berpendirian bahawa, dalam soal ikhtilat muslimin muslimat, perlu bersikap berhati-hati. Namun tidak bermaksud tiada langsung ruang untuk bermualamat antara lelaki dan perempuan. Ada, namun perlu dalam suasana yang tidak menimbulkan fitnah dan berdua sahaja tanpa mahram dan hal yang tidak perlu (ym, call, sms, email) kerana lelaki dan wanita itu saling melengkapi dan memerlukan di antara satu sama lain. Wallahua'lam.

Mengharap Ma'sum dari Orang yang Tidak Ma'sum?



Anda pernah dikutuk dan dicaci?
Dikatakan jahil?
Dikatakan jahat?
Dikatakan memandai-mandai?
Tersenyumlah. Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekehkan. Saya juga pernah. Para ulama’ juga pernah. Rasulullah SAW juga pernah. Err, Allah SWT juga pernah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” (Surah al-An’am: 108).
Tatkala dikutuk, anda rasa terhina, marah dan geram?
Tersenyumlah. Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma’sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu. Tahanlah diri dari mengutuk balik. Tahanlah diri dari mencaci-maki. Tahanlah diri dari menghina semula.

Bicaramu Menusuk Kalbu

Berkata Prof. Syeik Dr. Yusuf al-Qaradhawi, “Islam telah mengajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk-ngutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci-maki kebatilan.”
Damainya kata-kata ini. Beliau berkata lagi, “Manhaj saya sepanjang hayat, saya harus membangun dan bukan menghancurkan, dan menghimpun bukan mencerai beraikan. Akan saya biarkan setiap orang memilih sesuai pilihannya.”
Lebih menyejukkan hati, beliau berkata, “ Saya tidak akan pernah memaksa orang lain untuk melakukan apa yang menjadi pendapat dan ijtihad saya. Sebagaimana mereka juga jangan sampai menyuruh saya mengambil pendapat dan ijtihad mereka. Jika Allah telah memerintahkan Rasul-Nya untuk berkata kepada orang-orang kafir dengan firman-Nya, “Untuk kalian agama kalian. Untukku agamaku.” (Al-Kafirun: 6), maka mengapa tidak saya katakan kepada saudara-saudara saya kaum muslimin, “Bagi kalian ijtihad kalian dan bagi saya ijtihad saya. Bagi saya amal saya dan bagi kalian amal kalian.”

Di Mana Penunggang Kuda yang Tidak Pernah Jatuh?

Wahai anak-anak muda yang berkobar-kobar,
Dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan perbincangan kita dibaca oleh seluruh dunia hanya dalam beberapa saat, pelbagai perkara buruk dan baik tersebar cepat. Berhati-hatilah dengan perdebatan tanpa hujung sehingga terheret kepada perbuatan mencela-cela orang lain, apatah lagi mencela ulama’.
Anda kecewa dengan kesalahan insan yang anda kagumi?
Sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Al-Qaradhawi ini, “Sesungguhnya orang-orang yang menjatuhkan nama-nama ulama besar kerana sebahagian kesalahan yang mereka lakukan bukanlah orang-orang yang bersikap adil dan tidak pula termasuk orang-orang yang tepat dalam mengambil sikap. Sebab mereka menuntut kema’suman dari orang yang tidak ma’sum (terpelihara dari kesalahan). Di mana ada penunggang kuda yang tidak pernah jatuh? Di mana ada pedang yang tidak pernah tumpul? Di mana ada bendera yang terus berkibar?”
Jika ada insan yang kita iktiraf sebagai ulama’ itupun menunjukkan contoh suka mencela, ambillah kebaikan daripada ilmunya, hormati dia, sayangi dia, doakan dia dan tinggalkan perbuatan suka mencela itu, jangan diambil sekali. Begitu juga sikap kita terhadap ibu bapa, guru, rakan dan sesiapapun jua. Jika sikap suka ‘meraikan’ ini diaplikasi, dada kita sentiasa lapang dan berbahagia.

Pesan Syeikh Dalam Mensikapi Golongan Muda

Berkata Syeikh Al-Qaradhawi , “Sesungguhnya kekerasan tidak harus dihadapi dengan kekerasan. Hendaknya kita memperlakukan anak-anak muda yang penuh semangat itu dengan semangat kebapaan yang menyejukkan.
Jauh dari kata-kata kasar dan keras.
Tidak banyak menyalahkan mereka.
Jangan menghina mereka.
Jangan pula kita berbicara dengan mereka dari menara-menara yang tinggi menjulang dengan perasaan membanggakan diri kepada mereka atau berlepas diri dari mereka sehingga hanya akan menimbulkan jurang lebar antara kita dan mereka. Sehingga mereka tidak menaruh kepercayaan kepada kita dan tidak mahu mendengarkan perkataan kita.”

Ayuh, Ciptakan Sejarah!

Kita mungkin pernah buat salah dalam tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah.
Kita mungkin pernah buat salah dalam melaksanakan arahan ibu dan ayah.
Ketika baru bertatih di dunia kerjaya, mungkin kita banyak buat salah.
Dalam hidup ini, betul dan salah adalah lumrah. Kita tidak dapat lari daripadanya. Positif pada lumrah kehidupan ini akan menjadikan kita terus bersemangat untuk meneruskan langkah, biarpun kita pernah, sedang atau akan membuat salah. Maka:
Jangan buat salah!
Jangan terlalu kecewa andai tersalah.
Jangan takut nanti salah.
Jangan ulangi perkara salah.
Jangan pula merasakan diri tidak pernah salah.
Jangan cepat mengutuk orang yang bersalah.
Jangan mencari-cari pada orang lain perbuatannya yang salah.
Syeikh al-Qaradhawi berpesan agar memenuhi kalbu kita dan anak-anak kita dengan iman, cita-cita dan tekad serta percaya sepenuhnya kepada Allah SWT dan kepada diri kita sendiri. Kita harus membebaskan dari dari mengharap adanya seorang pemimpin yang mendapat wahyu, seorang pemimpin yang tidak pernah salah. Sedangkan bersandar kepada kekuatan rakyat itulah yang akan melahirkan sejarah. Ayuh!!!

Tuesday, September 20, 2011

My Favourite Song


Keep me away
From the wisdom
Which does not cry,
The philosophy
Which does not laugh
And
The greatest
Which does not bow
before children.

-Kahlil Gibran

Monday, September 19, 2011

Friday, September 16, 2011

New Chapter Begins


Salam Alayk..

I just want to write something beneficial here. But does not touch about my pathetic life or what so ever. Something that my readers could have at least think of. But again, as I wondering around in this blogosphere, not only facts and those out of the box things are beneficial (to me). Sometimes, it can be just experience of others shared in theirs' could be as a quick guide for me. It's a retrospection. Ponder upon what have we done for those years.

Doing Fardhu Kifayah

Of all years, here I am again to do all sorts of 'fardhu kifayah'. I will be teaching English during this approximately six months. Also lead those comrades in my same school of thoughts. Why? I don't think that I am that capable actually. But, I thought of this things happen, because there is no one left to hold the position. I mean, no one bear to stick to what it takes to do those things. I hope I can train my sisters and brothers and friends to replace me. ;p

Learn English is fun, you know. For me, personally I am more positive when I talk in English. But yeah, there must be people out there to say that I must be some sort of lupa diri and what not. But, it's true. I was grown up in fun and positive environment of English, so it shaped my language believe somehow. Even then, I am not denying the important of Arabic language as we need it to recite Quran and perform Islamic obligations.



However, I am still wanting to overcome this shyness of me. Whenever they were no people (especially Malay) who can talk English, I would not talk in English. Because for me, I am not good in tolerating 'rojak'. It's a no-no for me most of the time. Unless I am teaching my students, who need to understand the syllabus and stuffs. So, not many people outside of my jargon would know that I can speak the language. Cause I tend to hide it. There is one moment where, people looking at me as if I am weird, speaking English in front. I know they were admiring my slang for most of them telling me, but it can't be helped for me to feel alienated. :P


*during cairex expo (once upon a time of me)

And yes, there are thousands of them who are even better than me. I am just an educator to be, who still have tons of journey to be explored. Yeah, I am not that good. But just try to be good. For whatever it is, I have Him.

p/s-Always be realistic and stick to your ground in a moderate way. Wishing everybody a good journey ahead.

Sometimes It Helps.



(Just another rambling)

Dunia itu wujud. Jangan tidakkan dunia itu.

Where negative people and their stuffs hidden. In their world, there is no chance people can be happy. No chance people can change. Even if The Powerful said, He is the most merciful, those people still view things and other people as NOT FUNCTION at all. Being over critical and criticize until all things viewed as bad.

There are still thousands people with this attitude. They love it when you down. They love it when you can't be given chance to prove your own enthusiasm. For me, life gives me lots of lessons. To endure my beliefs in hard times, and realize how I can be good with bad things.

All in all, those are my future generations ahead. Full with negative thoughts on others. Or being too perfectionist in life. Well, I leave it to Him. None can judge others, so I must be careful too.

Wassalam.

p/s-hidup tidak selalunya indah, seperti juga kita pernah menempuh kegagalan dalam hidup. Tapi setelah itu kita akan menyedari betapa berharganya pengalaman itu. Memang sukar untuk dihadapi pada mulanya. Namun sedarlah ALLAH tidak akan menzalimi hamba-Nya. Semoga tiada lagi kegagalan yang serupa di masa depan..=)

Thursday, September 15, 2011

Alhamdulillah..


Saya suka orang yang membaca buku. (bukan muka buku)

Saya suka orang yang suka berfikir melalui apa yang dibaca.

Saya suka orang yang suka menganalisis sesuatu isu.

Saya suka orang yang bijak menapis sesuatu lontaran perkara.

Saya suka orang yang mencari panduan dengan Al-Quran dan sunnah, bukan manusia.

Saya suka orang yang pemaaf.

Saya suka orang yang positif dan mempositifkan orang lain.

Saya suka orang yang melihat sesuatu secara jernih.

Saya suka orang yang tersenyum dalam kepahitan.

Saya suka orang yang sabar.

Saya suka orang yang mahu berusaha.

Saya suka orang yang yakin dengan Allah, bukan manusia.

Tapi saya? Adakah saya mampu menjadi itu semua?



p/s-Alhamdulillah, internet dah dipasang. Selamat belajar dan terus belajar! =)




Wednesday, September 14, 2011

Being A Multi Tasker?


A student.

A tutor.

A leader.

A sister.

A daughter.

A loyal servant.

Hm...quite tough this time.

Fight till the end. =)



Saturday, September 10, 2011

Bersederhana Dalam Membenci


Membela orang yang dicintai satu tindakan mulia, namun membela musuh yang sedang dizalimi jauh lebih mulia. Sikap ini cerminan hati yang telah mampu menundukkan nafsunya kepada ketentuan hukum Allah SWT. Menyentuh perkara ini, saya teringat sebuah kisah benar di Mesir beberapa masa dahulu. Ia membabitkan dua orang tokoh ulama di kota tersebut iaitu Ibn Daqiq al-‘Id dan Ibn Binti al-A’azzi. Kerana sebab-sebab tertentu, hubungan mereka diwarnai dengan konflik yang cukup panas.

Suatu hari, Ibn Binti al-A’azzi melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan di mata Sultan dan wazir. Mereka lalu berpakat untuk menghukum mati ulama ini dengan mencipta tuduhan palsu bahawa dia telah murtad.

Tuduhan itu ditulis pada selembar surat yang diedar kepada setiap tokoh besar di Mesir. Satu persatu tokoh tersebut menurunkan tandatangan menyetujui kandungan surat tersebut.

Ibn Daqiq al-‘Id menjadi tokoh terakhir menerima surat yang diedarkan itu. Andai beliau turut bersetuju, maka Ibn Binti al-A’azzi yang selama ini memusuhinya, tidak akan selamat daripada hukuman mati.

Sejurus menerima surat itu, Ibn Daqiq al-‘Id membaca isinya dengan teliti. Semua tokoh yang hadir menggesanya untuk segera menandatanganinya. Namun beliau tidak mengendahkan gesaan tersebut, malah meneruskan bacaannya dengan penuh khusyuk.

Selesai membaca, Ibn Daqiq al-‘Id mengangkat kepalanya dan berkata:”Tidak halal bagiku menandatangani surat ini.”

Kata-kata ini sangat mengejutkan semua orang. Mereka tidak menyangka sikap ini yang ditampilkan Ibn Daqiq al-‘Id terhadap orang yang membenci dan memusuhinya. Mereka menyangka tokoh ini akan menyingkirkan musuhnya selama-lamanya.

Seseorang lalu merayunya dengan berkata:” Tuan, lakukanlah demi Paduka Sultan dan wazir.”

Mendengarnya, Ibn Daqiq al-‘Id menjadi marah. Beliau berkata:”Aku tidak akan ikut serta membunuh seorang Muslim.”

Sikap tegas ini menggagalkan konspirasi jahat itu, menyelamatkan Ibn Binti al-A’azzi sekaligus meninggikan nama Ibn Daqiq al-‘Id dalam lembaran sejarah umat Islam hingga ke hari ini.

Soalan:

Bagaimana menjadi seorang bersederhana dalam mencintai atau membenci, sebagaimana yang ditonjolkan dalam kisah Ibn Daqiq al-‘Id di atas?

Bagaimana kita menerapkan prinsip wasatiyyah dalam membenci? Kita boleh mulai dengan memikirkan kembali sebab kebencian yang kita rasakan terhadap seseorang. Ajukan soalan ini dalam hati:

“Mengapa aku membencinya?”

Seringkali seseorang itu tidak tahu punca ia membenci orang lain. Dia hanya merasakan kebencian setiap kali melihat atau mendengar nama orang itu. Namun jika ditanyakan sebab kebenciannya, ia tidak dapat menjawab dengan jelas dan meyakinkan.

Sikap “membenci tanpa sebab” ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan. Bahkan, orang seperti ini sebenarnya sedang menderita sakit jiwa yang harus segera diubat,

Ada juga orang yang membenci kerana ikut-ikutan. Fenomena ini biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan membabitkan orang awam. Sama seperti sebelumnya, sikap ini pun bukan sikap islami yang layak ditampilkan seorang Muslim.

Sesetengah orang yang lain tahu factor ia membenci orang lain. Mungkin kerana ucapan atau perbuatan orang itu yang pernah melukai perasaannya. Untuk orang seperti ini, soalan berikut harus diajukan kepadanya:” Apakah kebencian itu berpatutan dengan kesalahannya?”

Seringkali, kebencian kita jauh lebih besar daripada sebabnya. Perkara yang sangat remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita. Kita enggan mengalah dan bertolak ansur, padahal sikap ini sangat digalakkan oleh agama kita.

Orang yang lebih dulu bertolak ansur dalam persengketaan petanda kebenaran berada di pihaknya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:” Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang terbaik antara kedua-duanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Daud)

Kebencian Melampau

Apabila kebencian kita melampaui garis wasatiyyah, kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Setiap kali mendengar nama orang yang kita benci itu disebut, fikiran kita menjadi keruh. Jika seseorang memujinya, hati kita seolah-olah terbakar.

Hati kita dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang kita benci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik !

Kita tidak dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil mana pun, kita lebih tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Kita akan sibuk membuka aib dan keburukan orang itu untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikannya.

Pada tahap yang lebih parah, kita bukan hanya membenci orang yang kita benci itu, malah turut membenci setiap orang yang bersamanya. Kita membenci ibu bapa, teman, murid, guru, bahkan haiwan peliharaannya.

Saban hari, semakin bertambah bilangan orang yang kita benci. Dan saban hari juga, semakin berkurang bilangan orang yang boleh kita percayai. Akhirnya, kita hidup di tengah ramai musuh dan sedikit kawan. Dan hati kita selalu dalam keresahan.

Ya, kebencian yang berlebihan hanya akan merosakkan diri sendiri. Oleh sebab itu, al-Hasan al-Basri berkata:” Bersederhanalah dalam mencintai , dan moderatlah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.”(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Imam)

Ibn Daqiq al-‘Id

Batasan wasatiyyah dalam mencintai dan membenci seseorang tidak terlihat oleh semua orang. Ia hanya terbuka apabila emosi dan ego telah tunduk kepada al-Quran dan sunnah seperti yang terjadi pada diri Ibn Daqiq al-‘Id.

Kenalkah anda, siapa tokoh besar ini? Beliau adalah Taqiyyuddin Ali bin Wahb al-Qusyairi. Beliau dilahirkan pada tahun 625H di Hijaz, lalu menghabiskan usianya dengan menuntut ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Beliau terkenal sebagai ulama yang sedikit berbicara namun banyak beribadah. Beliau sangat zuhud, warak dan penuh taqwa kepada Allah SWT.

Beliau pernah berkata:”Tidaklah aku mengucapkan atau melakukan sesuatu, melainkan setelah aku siapkan jawapanku di hadapan Allah SWT kelak.” Tokoh besar ini wafat di Mesir pada tahun 695H.

Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang Engkau timpakan kepada hamba-Mu di muka bumi ini. Amin ya rabbal alamin.

- Petikan Makalah Solusi isu #29,

Saturday, September 3, 2011

Buatmu Bakal Suamiku...


Assalamualaikum wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku..

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang muslimin yang akan bersama-samaku membina Baitul Muslim sebagai melengkapi separuh daripada agamaku. Itulah dia hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar sentiasa menjadi muslimah yang sentiasa menjaga dari setiap aspek diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk bakal suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku.

Aku tidak ingin dipandang baik oleh lelaki. Biarlah aku hanya tampak kebaikan di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi hakmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang perempuan yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti perempuan lain, memiliki seorang lelaki soleh yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, bersamaku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan putera raja yang mampu mendebarkan jutaan wanita untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi..

Aku akan berasa amat bertuah andai kau dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganku. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya kaulah yang ditakdirkan meniup semangat juangku, menghulurkan tanganmu untuk aku berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Dan kau kesat darah dari lukaku dengan tanganmu sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahan kita sekiranya harta itu membuatkan kita lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama kita. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu...


p/s-edited from someone's blog. Masya Allah..bertuahnya andai surat di atas benar-benar wujud di dunia ini..untuk sang suami mahupun isteri..ke arah mencari redha Allah dengan cara yang betul..=)

Friday, September 2, 2011

Random


Salam Alayk..


Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan.

Akibat nya, aku sering terleka.

Aku jadi kurang tidak pandai membaca hidup orang lain.

Dan kini, aku mengimbau kembali.

Detik-detik diriku suatu ketika dulu.

Betapa diriku sudah jadi lain.

Seperti lainnya website-website yang pernah kukunjungi dahulu dan lainnya ia kini. (hm analogi apa ni~)

Masihkah aku insan yang tidak pandai membaca hidup orang lain itu?

Aku tidak mahu menjadi seperti segelintir mereka;

Yang merasakan ijtihad hidupnya perlu digalakkan pula pada orang lain.

Kita semua ada perbezaan.

Perbezaan permasalahan.

Perbezaan status kehidupan.

Perbezaan pendidikan.

Perbezaan perwatakan.

Tiada insan yang sama di dunia ini.

Dan perbezaan yang Allah datangkan bersebab;

Kenapa wujud yang bodoh? Supaya dia perlukan yang cerdik

Kenapa wujud yang miskin? Supaya ada penerima zakat

Kenapa ada orang bawahan? Supaya idea boleh direalisasi

tiada yang boleh melawan sunnatullah

Atau mampu membuatkan manusia 'zero' dosa.

Kita cuma mampu amar makruf nahi munkar, soal hidayah, serahkan pada Allah.

Usaha kita,

perlu cara yang betul; iaitu ilmu

terkadang ada orang merasakan;

bahawa si dia ini berilmu tinggi

tapi sebenarnya; orang ikutannya yang rendah

dari ilmu yang jernih dan pemikiran yang bersih

sekali lagi aku tidak mahu menjadi begitu.

Apa yang kufikir sekarang;

Perbaiki diri sendiri dan

membuat apa yang dikata



Teratak Terpencil
23100 Paka

Tuesday, August 30, 2011

Man Jadda Wajada



Salam Alayk~

"Man jadda wajada, wa man zara'a hasoda."

Maksudnya, sesiapa yang berusaha maka dialah yang akan mendapatnya, sesiapa yang bercucuk tanam maka dialah yang akan menuainya.

This is one of Arabic's saying that my father used to tell me, and this is actually his favourite one. Whenever I feel bad about my progress in life, or exams, or I feel hesitate about future, he would always say those words to me.

I do feel that most of us have things in mind which sometimes could not be clarified with words. Our hardship which sometimes could easily bring us down. Or hard situations which we face in our 'checkpoint' in life which we believe none would face the same that he/she would understand what we are going through.

So, there would always be the time when we feel helpless or clueless. We start to ponder upon what we did but things are so irrelevant and impossible to be rewind. Yet we could not stop to where we are. We must face the challenge and strive forward. We must believe although it seems to be too hard. In front of us, there are what we call FUTURE.

Never give up hope. Allah still allow you to breathe at this moment, and I'm sure He would allow you to take many breathes ahead, plus the barakah you search if you are keen enough to find your peace in remembering Him in every breathe you take. Just do whatever you can, and leave the rest to Allah.

Hm..actually,I was worried with my final semester. This is what I call 'Episod Getir' in my life. After this, I am not sure of what I would bring up in future. Where will I end up to, or when I would end my career to pursue my dream in life. Cause I once had this dream to open a tuition centre, and paying all those debts before I pass away. But till now, I'm not sure about it cause my path seems to be very bushy so far.

But in my journey, at every steps that have been taken, I did found many inspiring people. Apart from my parents, there are few of them who had also lighten up my trail. Who are they? They are people who seldom critics but encourage. Seldom order but nurture. And through their figures they bring up more spirit in people to be better.

I hope I can be such person too. To raise future caliphs, no matter who they are. Although I am pretty sure today's challenge is not like those days..where there were no internet, no cellphone invented, no facebook and such. As a future educator, I am aware that there are some biased, impolite, and many weirdo persons in this incredibly webbies, that making teaching attitude is another mission impossible. But, I believe there are still many muslims who are good at hearts and wanting to see their future leaders are among those who making good deeds, for in Islam, Allah loves those who make good deeds.

Sincerely,

Sunday, August 28, 2011

Muhasabah Diriku


~credit to: sini~

hari ini hatiku tergerak menyapa,
tersapa membicara tentangmu,
kerna jiwa ini sudah bosan dengan mainan lakonanmu,
gah berdiri dihadapan manusia,
dengan hebatnya dalil tuhanmu,
dengan main kata-kata seiring dusta,
mencorak insan yang hanya tipuan belaka,
dan nantikanlah suatu masa
dihadapan tuhanmu untuk berbicara..

wahai pengelar pejuang,
kau kata hidupmu kerna yang Atas,
kau bicara cita-citamu syahid dijalanNya,
kau ungkap dirimu, hanya untuk jihad kepadaNya,
namun wahai pengelar pejuang,
angananmu itu kosong belaka,
hanya debu yang berterbangan,
dibawa angin lakonan,
kerna kau sebenarnya patung hidup,
yang berbicarakan kosong,
dengan jiwa yang lompong..

dengarlah pejuang,
tatkala kau hebat bermain dimedanmu,
di saat kau berbicara petah membenarkan hadis Rasulmu,
kau sudah lupa akan dirimu,
membiarkan dirimu terkapai-kapai,
terumbang ambing dibawa kealpaan,
hanya kerna satu hamparan ujian, diberi kabar keduniaan,
hingga kau lentuk dengan bayangan keindahan,
dibuai bisikan si laknat yang durjana,
hingga kau tersujud melayan cinta leka,
membuai si nafsu saat itu menjadi tuhan,
tanpa ingat akan dalilmu jua,
yang kau bicara dahulu,
pada insan yang bernama manusia,
dengan gahnya kau bernama pejuang..
yang sebenarnya hanya sia-sia...

pasang pemikiranmu wahai pelakon kosong,
dalam masa kau petah berbicara mencorak ummat,
dalam masa kau hebat membetulkan kesalahan insan,
dalam masa lidahmu mengatakan aku pejuang,
sedarkah dirimu kau hanya penentang dirimu sendiri,
kau hanyalah insan yang merobek tubuhmu sendiri,
kau hanyalah jiwa yang membunuh jiwamu sendiri,
kerna apa wahai pelakon kosong,
kau hanya pandai berbicara tanpa berbuat,
kata-katamu pada manusia tidak pernah seiring perbuatanmu,
dalil tuhanmu pada manusia tidak mengambarkan dirimu,
kerna wahai pejuang, kau sebenarnya hanyalah seorang pelakon kosong,
yang membodohkan dirimu sendiri,
yang menyumbat hatimu saat mengetahui ayat yang Maha hidup,
iaitu "wahai orang beriman,mengapa kamu berkata,
tetapi kamu tidak melakukan?"

telitikan ini wahai pembunuh diri,
saat tuhanmu mengujimu dengan dunia,
mulalah kau menjadi lupa,
diberi harta, anak dan isteri untuk menghias hidup,
tapi kau jadikan ia tujuan hidup,
kau sudah lupa urusan dakwahmu,
kau terleka dibuai cinta si pesona dunia,
kau termakan dengan harapan si cahaya,
kau tertidur mengejar si harta dunia,
hingga hilang pemikiran dakwahmu,
hingga hilang izzah kehidupan pejuangmu,
apa ini wahai pejuang? inikah perjuanganmu?,
mana letaknya janji-janji manismu?
inikah yang kau katakan cita-citamu?
sungguh Allahlah sebaik-baik pembalas wahai dai,
bukankah firman tuhanmu jelas yang mereka pemfitnah,
kau juga yang sentiasa ingatkan manusia,
tapi kau alpa dengannya,
mengejar mimpi ke arah neraka,
hingga hilang arah ke syurga...

perhatikan ini wahai si penipu diri,
aku bosan dengan jalan layar tipuanmu,
yang pandai menipu manusia dengan lakonanmu,
yang hebat didepan pentas keduniaan,
yang dihadapan insan, teratur sekali ibadahmu,
di hadapan insan, gah sekali dirian solatmu,
di hadapan insan, hebat sekali dalil tuhanmu,
hinggakan si alam juga terpukau melihat lakonanmu,
tapi bila di belakang insan,
mulalah terbuka tembelang si penipu diri,
di belakang insan mula terlerai aturan ibadahmu,
di belakang insan mula hilang kusyuk solatmu,
di belakang insan mula hancur binaan imanmu,
hingga membenarkan kau sebagai pembohong ummat..

dan wahai pengelar pejuang,
wahai pelakon kosong,
wahai penipu diri,
hatiku sentiasa sedih dengan karaktermu,
sering hampa dengan lakonan tipuan dirimu,
sering lemah melihat mainan cinta teratasmu,
hingga terkadang menitis air mata memikirkan dirimu,
yang hanya suratannya indah tapi siratannya punah..

tapi wahai pejuang,
kata-kataku bak bilahan pedang yang tajam dihadapanku,
yang sentiasa menanti untuk menikamku semula,
kerna aku jua wahai pejuang,
adalah sepertimu,
memikul urusan ummat dibahuku,
hingga cukup takut dengan diriku,
andai diri ini hanya menjadi pengelar,
andai diri ini hanya menjadi pelakon,
andai diri ini hanya menjadi penipu diri..

namun wahai pejuang,
aku juga mengetahui fitrahnya insan terleka,
lumrahnya manusia itu pelupa,
tapi itu bukan alasannya, malah sebagai pengingat alpa,
untuk tidak menyamai lagi dengan pengelar itu,
yang hanya pandai mengelar dirinya pejuang,
untuk tidak menyamai lagi dengan pelakon itu,
yang hanya suka berlakon kosong dihadapan manusia,
untuk tidak menyamai lagi dengan penipu itu,
yang hanya hebat menipu diri sendiri,
tapi wahai pencinta kebenaran,
jadikan dirimu bak cahaya suci yang memberi sinar erti pejuang,
jadikan dirimu seperti rama-rama yang menghiasi dihati ummat,
jadikan dirimu seakan manusia yang berdiri teguh,
memandang tepat ke arah syurgaNya,
dengan mengalir darah cinta teratas,
tanpa pernah merasa tempias keduniaan,
sambil berkata...
aku menjual diri ini untukMu, wahai kekasih hati..
saksikan cintaku untuk agamaMu....


ayuh selamatkan ummatmu wahai pejuang...

Friday, August 26, 2011

Facebook

Just sharing...=)

"Knape enti deactivate facebook enti?"

Hm...susah sebenarnya nak jawab.

Ada sesiapa boleh tolong?

Mungkin ini antara sebabnya:-

Sebab ana seorang yang pendiam dengan orang yang baru kenal, jadi facebook bukanlah sesuatu yang sesuai untuk orang macam ana. Itu kalau ukhwah lah tujuannya. Sebab seriously ana rasa awkward sangat bila di luar sebenarnya ana seorang yang tak pandai manapun nak balas usikan orang kalau ana tak rapat dengan orang tu..paling pun ana akan senyum je. Tapi ana kena jadi orang yang ramah tiba-tiba bila ada orang yang tegur di facebook walaupun ana lupa siapa dia sebenarnya. Maafkan ana~(-__-")

Satu lagi, ana boleh jadi overreacted gila-gila dengan teman yang sangat-sangat rapat, jadi bila kitorang bergurau senda di wall, orang yang mengenali ana dengan watak berbeza mungkin akan sampai ke tahap, "eh, apa kena dia ni?" Bukan bermaksud kita ada banyak watak atau hipokrit, tapi siapa yang belajar bahasa dan sosiologi akan tahu benda ni. Semua faktor persekitaran--siapa, di mana, untuk apa dan macam-macam lagi akan mempengaruhi cara seseorang tu berinteraksi. Dan bagi ana kadang-kadang tak semua usikan, lawak, ke'sengal'an tu sesuai untuk dipamerkan. Tambah-tambah untuk seseorang yang sangat-sangat menghargai privacy macam ana. Sebolehnya ana senang sisi ana yang agak peribadi tidak diketahui umum. Simple~ Padahal ana pemalu


Sebab ana nak concentrate pada akademik selama 5 bulan yang masih tinggal ni (-,-). Lepas tu ana akan freak-out gila-gila..online facebook 24/7..(harapan je ni) sebab ana memang jenis yang akan addicted to things I have my passion into it jadi ianya sedikit masalah bila ana melebihkan masa untuk alert pada notification(s) pada facebook berbanding benda-benda lain seperti belajar, memasak, berkebun, tanam sayur, mengemas, bergembira dengan keluarga yang lebih mustahak (<--ya Allah lama tak dengar perkataan ni)

Sebab facebook banyak sangat info yang kalau ana tahu ana rasa nak share pada semua orang jadi masa dah banyak terguna untuk tujuan tu daripada membuat assignment dan kerja yang bertimbun-timbun.

Sebab nak kosongkan kotak email dari notifications alert yang beratus-ratus dalam sehari. Tak annoying sangat. (Okay, ana memang tak tahu nak setting disabled email notifications).

Lastly, sebab nak jaga apa yang perlu dijaga as in niat posts everything. For me there's too much things to handle, like at first ana dah niat sebolehnya sebab ni aku post. Tapi last-last, things turn unlike it should be. So ke manakah niat asal itu? uhuh~ mungkin tak berapa penting untuk awak tapi penting untuk saya.

~Bak kata Aman Wan, semuanya salah facebook..facebook yang salah ! xD

p/s-
Facebook and webby is the 'fatamorgana' to the reality.
And reality is the 'fatamorgana' to the hereafter.

Oh well, fight for real ! =)


Thursday, August 25, 2011

Ku Belajar Darinya...


Bila dada terasa sesak
dengan permintaan yang tiba-tiba
akalku yang pendek
tak dapat mencerna

Serata sudut ku mencari penawar
ilham yang mampu
mengusir celaru

ku benar-benar dalam kecelaruan
antara salah dan benar
aku terkeliru

manusia bukan robot
tiada rasa tiada jiwa
tapi iman yang paling berharga
dengan ujian yang bertimpa-timpa

sungguh ku keliru
kerna anganku setinggi langit
menginginkan kosong keliru
dan kosong celaru
dalam episod hidupku
dan mereka yang bakal bersamaku

jika tak mahu berjuang
jangan menjadi pencelaru
pada perjuangan

seperti anai-anai
pemusnah dalam senyap

sudah cukup tak perlu
dicelaru yang sudah celaru

Dalam hiba tangis jiwa,
dia datang
mengukir senyuman
menyulam salam penuh hikmah
tanpa rasa amarah
jauh dari keji dan nista

Bagai malaikat
dia datang
mengusir jauh kekeliruan
katanya "jangan cepat menisbahkan orang !"

pernahkah kau bersama dengannya
dalam kehidupan ini?
sedang kau cuma membuat telahan
dari suara hati
yang mudah dihuni nafsu sangka buruk dan godaan syaitan
dari pemerhatian permukaan
yang mudah disalahtafsirkan

dia datang membawa rindu
membuatku selamat dalam syahdu
selagi dipagar iman dan kejernihan ilmu
pesannya ku ingat selalu
hanya diri sendiri dan Tuhan yang lebih tahu

Pakailah terompah kehidupannya
jika kau mahu menyelami rasa
perjuangan memerlukan kesabaran jiwa
bukan imbal balik yang sia-sia

Jangan terkeliru wahai sang jiwa,
untukmu terbentang luas peluang
selagi kau sabar dengan ujian
selagi kau senang dengan keperitan

usia mu masih hijau
engkau masih mentah
kerana itu perlunya kau belajar
agar engkau tidak mudah melatah

masa kini
banyak penghalang
yang menyukarkan perjalanan
duri-duri yang diwarnai kesenangan
dan penipuan

tapi berjuanglah
selagi mampu
kuatkan keazaman mu
masih berbaki sisa kehidupan

fahamilah
hidupkan kehidupan pada Tuhan
dan negeri ketenangan
pasti suatu hari
kau kan beroleh kejayaan

Wednesday, August 24, 2011

Puisi Buat Mujahid & Mujahidah


Dunia gelap dan gulita
Yang kuasa hanya patung dan berhala
Buatan tangan si penyembah itu
Daripada kayu dan batu
Filsafat Yunani tak berpengaruh lagi
Hukum Rumawi telah bangkrup dan rugi
Hikmat benua Cina telah padam lena;
Tetapi bahu Muslimin kuat
Telah membungkar ilhad, dan seluruh jagat
Telah memancarkan sinar baru,
Tauhid dan Ijtihad

Diwaktu itu
Ya Ilahi
kebun kebun didalam alam telah kehilangan nyanyi
Dan kembang tidak lagi menyebarkan harumnya
Kalau ada angin menderu, hanyalah pancaroba
Kalau suara terdengar hanyalah suara dan guruh tuhur;
Sampai datang utusan Tuhan dinegeri Mekah itu
Dia adalah ummi - telah mengajar isi bumi
Akan erti kehidupan langit
Dia telah menunjukkan kepada isi alam
Apa ertinya fana’ dalam menuju yang baqa
Maka kamilah yang harum dalam kebun itu
Kami hapuskan tanda kegelapan malam
Dengan sinar cahaya subuh
Sehingga Iman kami telah laksana kegilaan dan
orang yang asyik

Kami hadapi seluruh kemanusiaan,
Ya Tuhan dengan Nur
Dalam saat yang singkat,
selonjak bola melayang
Untuk mengenal Kebenaran, Cahaya dan Keindahan
Dunia dikala itu telah penuh oleh bangsa-bangsa dan kerajaan Saljuki, Turani dan Cina
Ada kerajaan Bani Sasan
Ada peninggalan Ruma dan Yunan
Maka kami kibarkan bendera Tauhid
Kami kumpulkan segala anak manusia dan turunannya demi turunan
Dalam satu kekeluargaan;
Percaya akan diKau,
mentauhidkan Engkau

Kami perbaiki yang rosak,
kami tegakkan yang condong
Kami pun berjuang didarat dan dilaut
Menggetar suara azan kami ditempat-tempat menyembah di Eropah
Berbekas sujud kening kami dipasir Sahara Afrika
Kami tidak takut pada Kaisar,
atau kekuasaan adikara,
Atau kemarahan raja-raja
Kami pendengarkan kepada alam, seluruhnya
Kalimat Tauhid

Tak ada lagi kekayaan kami yang tinggal, Ya Rabbi
Kecuali satu, iaitu kemiskinan
Tak ada lagi kekuatan kami yang tinggal, Ya Rabbi
Kecuali satu, iaitu kelemahan;
padahal
Jika Muslim tak ada lagi didunia
Dunia itu sendiri pun akan hilang hancur
Kami memohon Baqa didunia ini
Kerana ingin Fana, dalam cinta akan diKau

Kesetiaan Siddiq, keadilan Umar, musyaf Othman, Taqwa Ali, kejujuran Salman
Keindahan suara Bilal didalam azan
Semuanya masih tetap kami simpan, dihati yang am
Didalam keteguhan Iman dan penyerahan bulat bulat
Bangunkanlah Ya Rabbi kami kembali
Dengan itu suara genta yang pertama kali

Telah Engkau bangunkan Agama ini mulanya dipuncak Faran
Maka terangilah hati si asyik ini dengan hembusan Iman
Bakar habis cintakan dunia
Dengan cetusan api cinta Mu

.
.
.
.

Telah kami hamparkan tikar kurnia
Tapi, siapakah yang datang bertanya?
Telah kami rentangkan jalan raya kemuliaan
Tapi, siapakah yang terlengkup untuk melaluinya
Sungguh cahayanya telah kami pancarkan dari
Fitrat
Tetapi permata tidak menyambut sari cahaya dirinya
Seakan akan sejemput tanah ini, tidak terjadi
Dari tanah Insaniah yang pertama di tempa…..

Benarkah kamu telah bersedia dizaman baru
Menjadi Abid Allah tentera Muhammad
Dan menjadi permata berlian menyinar cahaya dari
Agama ini?
Mana boleh, pelupuk mata mu telah berat
Buat menyambut cahaya subuh dengan takbir
salatmu dan rintihan hidup mu.

Seakan-akan perangaimu telah turut tidur dengan
pelupukmu
Apakah bezanya terang siang dengan gelap malam
Bagi orang yang tidur mendengkur ditengahari?
Bukanlah Ramadhan tidak mengikut kemerdekaanmu
Tidak memutar belitkan kebudayaanmu.

Wahai umat bercakap terus teranglah, inikah yang namanya setia
Kepada sejarahmu yang lampau dari agamamu? Wujudnya suatu kaum adalah kerana wujud agamanya
Agama pada suatu umat adalah tulang tempat ia berdaulat.
Kalau agamanya telah pergi
Agamalah yang telah menyusun jadi satu barisan
Kalau tak ada sandar-menyandar, di antara bintang dan bintang
Tidaklah terbentang suasana indah di langit
Maka bulan pun taklah akan sanggup memancarkan
keindahan sinar

Lihatlah Masjid Allah,
yang meramaikannya hanyalah orang-orang miskin
Mereka hanya yang puasa, mereka yang sembahyang
Merekalah yang abid, merekalah yang berzikir
Merekalah yang menutup malumu sekalian di hadapan mata
dunia
Adapun yang kaya mabuk dalam kelalaian dan menolak seruan
Adalah suatu hal yang menghairankan
Bahawa agama itu yang masih suci, masih teguh binaannya
Kerana nafas orang yang kafir
Kekuatan semangat tak ada lagi dalam susunan katamu yang telah basi
Ajaran yang telah diberikan tidak lagi menarik hati
Kalaulah tidak ruh Bilal yang masih ada didalamnya
Azan itu sendiri pun telah kehilangan keindahannya
Masjidmu telah mati kerana kekurangan saf-saf
Mihrab dikerut lawah kerana kematian Iman
Mimbarmu berlumut dan menimbulkan jemu
Khatib dihantarkan kesana dengan pedang dan pada kayu

Tetapi rumahmu?
Rumahmu penuh dengan alat kebanggaan
Dengan pangkat dan gelar-gelar,
Tun, Tan sri, dato’ dan lain-lain
Aku tak berjumpa Muslim didalamnya

Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup!
membangunkan zaman yang baharu memperbaru kekuatan Iman
menyalakan pelita hidayat
menyebarkan ajaran Khatimul Anbiya

Ditengah medan pokok ajaran Ibrahim
api ini akan hidup kembali dan akan membakar
janganlah mengeluh jua,
hai orang yang mengadu janganlah putus asa,
melihat lengang kebunmu
cahaya pagi telah terhampar bersih
dan kembang-kembang telah menyebar harum narwastu
kumbang dan lebah telah mulai mendengung mengedar
dari Syuhada,
telah mengelegak dimulut kuntum
tak kah kau lihat langit,
alangkah jernih
tak kau lihat ufuk,
burhan telah menyatakan diri hari yang baru telah pasti datang
dan syamsu akan datang dengan cahaya gemilang.

Dan pandang pulalah kebumi
tidakkah engkau lihat satu kaum memetik buah dan yang lain menghapus tangan
memang banyak pohon kurma yang telah masanya berbuah
tetapi benih-benih yang baru bergerak di pelipis bumi,
memecahkan sendiri tempurungnya,
melonjakkan tunas
hendak melihat cahaya dibumi,
asalkan dia sentiasa disiram dan disiram dengan ajaran asli Islam,
dia akan tumbuh
dengan suburnya
dan dunia mendapat nafas baru.

Khalaifafuladli akan diserahkan kembali ketanganmu
Bersedialah dan sekarang Tegaklah,
untuk menetapkan ENGKAU ADA
Denganmulah Nur Tauhid akan
disempurnakan kembali

Engkau minyak athar itu,
meskipun tersimpan dalam kuntum yang akan mekar.
Tegaklah, dan pikullah amanat ini atas pundakmu
Hembuskan panas nafasmu diatas kebun ini
Agar harum-haruman narwastu meliputi segala

Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas dipantai
Tetapi jadilah kamu air bah, mengubah dunia dengan amalmu

Kipaskan sayapmu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
Kirimkan cahaya dengan kuat yakinmu
Patrikan segala dengan nama Muhammad
Dan tarikan nafas Bismillah.

Pesan Terakhir


Wahai MUJAHID DAKWAH !

Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.

Engkau sekarang telah jadi.

Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lama.

Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti.

Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat, menjinjing yang ringan, membawa batu-bata untuk membangun gedung Ummat ini.

Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan.

Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi.

Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau
ditinggalkannya di daerah kesepian.

Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau.

Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu.

Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu.

Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-menguntum.

Eva dan Sofia akan memetiknya kelak, akan mempersuntingnya menghias sanggulnya.

Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah penolong engkau di medan bakti?

Wahai MUBALIGH ISLAM!

Tanganmu telah ikut menulis sejarah. Sejarah perjuangan Umat, sejarah menegakkan Cita dan Agama,

Benang yang engkau sumbangkan telah memperindah sulaman tarik dari Umat ini.

Engkau kini telah menemui bentukmu, sesuai dengan bakat dan kudratmu.

Engkau tidak lagi anak kelmarin, tetapi anak kini dan akan pulang lagi meninggalkan bengkalai ini.

Sebagai seorang jurubicara Umat Islam, engkau telah mempunyai ukuran dan alat penilai; sampai di mana kita dan hendak ke mana lagi. Pengalaman yang engkau perolehi dan perjalanan yang jauh, akan berguna dan bermakna dalam mencari kemungkinan bagi langsungnya perjuangan Cita ke depan.

Keyakinan yang engkau miliki, jalan panjang yang engkau tempuh selarut selama ini, getir yang engkau derita, segala itu dapat engkau pakai untuk merumuskan bagaimana lagi perjuangan Umat Islam ke depan— setelah ini.

Paparkanlah semua itu kepada generasi muda yang akan mengganti engkau!

Ambillah kesimpulan dan kekeliruan dan kegagalan masa lampau.

Belajar dari masa lalu, terutama belajar dari kekeliruan dan kegagalan yang engkau alami sendiri, dan teman seiringmu juga.

Bukankah kerap engkau benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan?

Benar dalam prinsip tapi keliru dalam cara?

Kejujuran dalam perjuangan memesankan, agar kita mengakui terus terang kekeliruan dan kelemahan diri.

Yang demikian itu penting untuk menyusun paduan masa datang, mengendalikan kehidupan Cita dan Agama.

Dalam kekeliruan, kita dapat mengambil makna dan guna.

Kita keliru kerana kita telah berbuat. Ruh-intiqadi yang engkau miliki, janganlah pula engkau pakai untuk melenyapkan segala harga dan nilai, dan angkatan lama yang telah berbuat itu.

Mereka adalah anak dan zamannya, dan telah memenuhi tugasnya pula.

Cahaya dan pelita lilin yang lemah serta lembut itu perlu juga dihargai, kerana ia teiah berjasa memecahkan sudut-sudut yang gelap.

Wahai si JURU DAKWAH!

Kini engkau telah sampai ke tonggak sejarah. Di atas pendakian sunyi tidak kesibukan, terletak
pesenggarahan lama, patilasan orang lalu setiap waktu. Dan tempat itu hidup kenangan lama.

Masa lalu penuh keharuan dan kenangan.

Duri dan derita, dera dan kepapaan, keringat dan airmata.

Tapi ia indah dalam kenangan dan lukisan kalbu.

Engkau pandanglah masa depan dengan Basyirah, dengan horizon yang tajam.

Memanjang jauh ke muka, sampai ke kaki langit.

Tahukah engkau, bahawa engkau hanyalah sebuah mata dan rantai sejarah yang panjang itu?

Telah lalu beberapa kafilah dan kehidupan yang sayup, dan mereka telah berbuat sesuai dengan zamannya.

Sungai airmata dan titisan darah sepanjang jalan yang membentang dan pangkal hingga ke hujung yang tidak kelihatan, adalah kalimat yang memberitakan, bahawa angkatan silam telah mengembangkan sayap kegiatan mereka dengan segala kesungguhan dan kepenuhan.

Romantik dan heroik zaman silam masih menggemakan genta suara di tengah sahara kekinian, meninggalkan pesan kehidupan yang penuh dan menyeluruh kepada angkatan kemudian.

Daftar para Syuhada’ itu telah panjang, dan dalam perut bumi telah memutih tulang sebagai saksi kepada yang hidup, bahawa mereka telah datang dan telah pulang tidak sia-sia.

Dan celah-celah kuburnya kedengaran jua suara halus memuat amanat perjuangan kepada generasi kita yang masih hidup.

Dan lihatlah pula kafilah hidup yang sudah mendesak juga ke batas perhentian.

Masa kini rupanya “lah laruik sandjo” bagi mereka, dan waktu pamitan tak lama lagi.

Wahai si TUKANG SERU!

Entah berapa lagi jatah umur engkau yang masih tinggal, kita tak tahu.

Tahukah engkau, pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau?

Sejarah berjalan terus, lampau dan datang, kini dan nanti.

Tahukah engkau, bahawa dibelakang kalimat sejarah itu belum ada titik?

Masa yang akan datang penuh rahsia, tersimpan dalam kandungan ghaib, misteria gelap bagi kita.

Masa silam dapat engkau baca dalam halaman sejarah; masa yang akan datang masih gelap tak ada yang tahu?

Tahukah engkau, kumandang zaman datang dapat juga kita ketahui dan puncak zaman sekarang?

Dalam kekinian mengandung juga roman zaman yang akan tiba.

Engkau kini berada di antara dua ufuk yang bertentangan, dua kutub yang tidak serupa.

Engkau kini berada antara idealisme dan realisme dunia.

Idealisma yang engkau miliki dan realisme dunia yang engkau hadapi.

Antara kedua kutub itu engkau tetap dalam lensa sorotan. Lensa sorotan sejarah yang berjalan terus dan sentiasa.

Sanggupkah engkau lalu di tengah-tengah dua kutub yang bertentangan ini?

Masih kuatkah kaki engkau berjalan di antara dua dunia yang saling bertentangan itu?

Wahai MUSAFIR yang sedang lalu!

Jalan ini masih panjang, rantau masih jauh!

Dengan Al-Quran ditangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskanlah perjalanan ini.

Berjalan dan melihat ke muka, menggunakan sisa umur yang masih ada.

Entah bila akan sampai ke tempat perhentian, engkau tak tahu, — aku pun tidak.

Di tengah laut lepas dan luas, pencalang ramping itu telah jauh ke tengah.

Awan menyerang kiri dan kanan, gelombang mengganas dan badai menghempas.

Pencalang ramping itu naik turun mengikut amukan air. Jurumudi mendapat ujian.

Berpirau melawan arus, pesan seorang pemimpin, dijadikan pedoman dalam hati.

Kemudi dan pimpinan bertanggungjawab atas keselamatan pelayaran ini.

Kini kita telah jauh berada ditengah. Pelabuhan tempat bertolak tiada kelihatan lagi, sedang ranah-tanah belum jua tampak.

Wahai MUJAHID ISLAM!

Akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai, berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan. Engkau dan Umat ini kini harus berjalan kaki, menggunakan tenaga diri sendiri.
Tak ada penolong selain Dia semata, yang melindungi kita dari awal mula sampai hari ini.
Jalan masih panjang, rantau Cita masih jauh. Ufuk-ufuk baru kelihatan juga, tambah dijelang tambah jauh rasanya.

Kafilah itu lalu dan berjalan terus, menempuh laut sahara tiada bertepi.

Sunnah perjalanan alam membawa kata pasti: setelah malam kelam ngeri ini fajar pagi yang indah akan menyingsing.

Di atas asap yang tebal, terbentang langit cerah yang biru.

Gelap dan gelita alam, lapisan kabus tebal dan berat.

Di halaman langit tak ada bintang.

Berfikirlah sejenak dan melihatlah ke atas ada sebutir terang mengirim sinar ke bumi.

Sebuah bintang itu jadilah, kerana ada pedoman bagi kafilah di tengah sahara luas.

Pelaut yang arif selalu mendapat alamat dan sebutir terang di halaman langit.

Wahai UMAT RISALAH!

Dengarlah suara Bilal bergema dari ufuk ke ufuk!

Dengarlah seruan azan bersahut-sahutan dari menara ke menara!

Renunglah suara Takbir berkumandang di mana mana, memanggil Umat ini dengan kalimat sakti: Hayya ‘alas-Shalah! Hayya ‘ala! Falah! Marilah Sembahyang, marilah Menang!

Engkau pandanglah Umat Jama’ah itu berdiri bersaf-saf di belakang seorang Imam, Ruku’ dan Sujud bersama-sama.

“Suatu pandangan dari udara atas dunia Islam pada saat sembahyang, akan memberikan pemandangan dari sejumlah lingkaran konsentrasi yang terdiri dari kaum Muslimin, dengan jari-jarinya yang bertitik-pusat di Ka’bah di Mekah, dan yang terus mengambil tempat yang lebih luas, dari Sierra Leone sampai ke Kanton dan dari Toboisk sampai Tanjung Pengharapan”, — demikian Philip K. Hitti melukiskan kaum Muslimin dikala menyembah Tuhannya.

Engkau lihatlah mereka di dalam Masjid yang sudah tua tidak terurus, surau yang hampir roboh kerana tekanan masa, dengan sepi di tengah sawah; dengan pakaian yang compang-camping dan tenaga lemah, masih berdiri menegakkan Solat.

Kaum Muslimin itu masih tetap melakukan ‘ibadah kepada Tuhannya, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga segera datang tangkisan ghaib dan udara menolong kaum yang lemah.

Wahai Tuhanku, kalaulah ada di antara Umat ini yang berhak menerima Redha dan Ma’unahMu, —kalau adalah di antara Umat ini yang berhak menerima bantuanMu, mereka itulah dia!

Merekalah yang berhak menerima gemilang sayang Mu dan arahan Rahim Mu: menegakkan yang lemah, mengangkat kaum yang tertindas!

Wahai UMAT DAKWAH!

Amanat perjuangan itu kini jatuh ke tangan kaum yang lemah Dhu’afa dan Fuqara; tenaga lemah dan dana tak ada.

Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan Umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan, bulat seluruhnya dalam genggaman mereka.

Innama tunsyaruna wa turzaquna bidlu ‘afaikum! (Hadis).

Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah di antara kamu.

Bimbinglah tangan Umat ini kembali, bawa mereka ke jalan yang benar!

Jangan dibiarkan Umat ini ditelan kesepian; jangan dibiarkan Umat ini ditakuti oleh hantu-kesangsian, tanpa pimpinan.

Hidupkan terus api idealisme dan kembangkan sentiasa optimisma dan enthusiasme. Sinarkan apatisme dan fatalisme, lenyapkan defaitisme, menyerah kepada keadaan atau menjadi budak dari kenyataan!

Denyutkan kembali jantung Umat ini!

Wajarkan kembali aliran darah Tauhid mereka!

Tuhan telah menjanjikan kurnia dan bantuan kepada kaum yang lemah, kaum yang tertindas di bumi.

( إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ یَهْدِي مَن یَشَاء وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِینَ ( 56
“Dan Kami hendak menumpahkan budi atas mereka yang ditindas di bumi, dan Kami hendak menjadikan mereka Pemimpin, dan Kami hendak menjadikan mereka mewarisi bumi. Dan Kami hendak meneguhkan kekuasaan untuk mereka di bumi.”
Al Qashash: 516.

Wahai UMAT PILIHAN !

Kamu adalah kaum Muslimin, nama pilihan dan panggilan kehormatan yang diberikan Tuhan dari dahulu sampai hari ini.

Kamu bukanlah golongan “mustalimin” kaum yang menyerah — kalah kepada kenyataan.

Sebagai Umat yang beriman, hadapi kenyataan hidup ini dengan kesedaran dan keinsafan, kewaspadaan dan keperwiraan.

Hadapilah kenyataan di bumi dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup!

Hanya dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup, hanya dengan Sakinah dan Muthmainah itulah kamu bermakna dan berguna hidup di tengah-tengah manusia di dunia.

Hanya dengan ‘Aqidah yang kuat dan qa’idah yang jelas, kamu dapat menempuh kehidupan ini.

Hanya dengan Wijhah hidup yang tegak dan khitah perjuangan yang cerah serta terang, kamu dapat membawa Umat ini ke tepi ufuk ke Redhaan Ilahi.

Tegakkan ‘Aqidah Islamiah dalam dada Umat, suburkan “Ibadah!”

Susun Umat ini dalam pola Jama’ah menurut tauladan Sunnah, akhini Firqah!

Jama’ah adalah kekuatan dan kesatuan; Firqah adalah kelemahan, remuk dan kehancuran.

Hamparkan kembali tikar Ukhwah Islamiah dan Ukhwah Imaniyah di kalangan Umat Islam ini, tanamkan Mahabbah dan Marhamah!

Wahai ANGKATAN KINI!

Tak lama lagi engkau akan kembali pulang, memberi laporan kepada Tuhan, mempertanggungjawabkan segala amal, jasa dan karyamu di dunia.

Tinggalkan bengkalai ini kepada generasi muda yang akan datang mengganti.

Hidupkan dinamik muda Islam, yang akan menggantikan kamu setelah kamu tak ada, yang
akan meneruskan pekerjaan yang belum selesai ini.

Janganlah kamu hendak hidup seperti pohon beringin besar, yang ingin hidup sepanjang abad, dan tidak memberi kesempatan kepada tunas-tunas baru tumbuh dan menguntum di sekeliling.

Risalah dan Amanah ini tidak akan selesai di tangan engkau sendiri.

Susun dan sediakan tenaga baru, yang berbakat dan berkarakter, yang akan melanjutkan perjuangan ini dengan segala keyakinan dan keperwiraan.

Tahukah engkau, salah satu sebab dan kelemahan Umat Islam ialah tiadanya atau kurangnya kadar yang berwatak, kadar pemikir dan pejuang yang sanggup menggantikan angkatan lama?

Tulang dan tenagamu yang sudah semakin lemah, jatah umurmu telah semakin kurang memesankan kepadamu supaya mencari ganti dihari kini.

Patah tumbuh hilang berganti; jangan ada “vacuum” pimpinan atau fathrah pedoman kelak terjadi di kalangan Umat Islam.

Wahai ANGKATAN BARU!

Siapkanlah dirimu untuk menggantikan angkatan tua, mereka akan pulang tak lama lagi.

Janganlah engkau menjadi pemuda kecapi suling, yang bersenandung meratapi tepian yang sudah runtuh, mengenangkan masa silam yang telah pergi jauh.

Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah dilakukan oleh angkatan yang engkau gantikan.

Teruskan perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri.

Dada bumi cukup luas untuk menerima kehadiranmu.

Penuhilah segenap udara ini dengan kegiatan dan ketekunan, sungguh dan penuh.

Hadapilah tugas maha berat ini dengan jiwa besar, dengan daya juang api semangat yang nyalanya kuat dan keras.

Pupuklah Ruhul-Jihad, semangat revolusioner, radikal dan progressif dalam jiwamu, dan bertindaklah sebagai laki-laki dengan perhitungan yang nyata dan pertimbangan yang matang.

Perkayalah dirimu dengan meneladan kepada masa silam, di mana ada yang rebah dan ada yang bangun, ada yang jatuh dan terus berdiri lagi.

Kamu tidak boleh menjadi “plagiator” dari angkatan lama, dan tidak boleh pula menepuk dada serta menidakkan segala harga dan nilai, jasa dan karya dan angkatan lama.

Mereka kaya dengan pengalaman, engkau kaya dengan cita-cita.

Padukanlah pengalaman angkatan lama dengan nyala citamu!

Sejarah ini telah lama berjalan bergerak dan berkembang. Kamu hanyalah tenaga penyambung
menyelesaikan bengkalai yang belum selesai. Meneruskan pekerjaan besar, sudut bersudut, dan
keturunan yang satu kepada keturunan yang lain, angkatan kemudian angkatan.

Kafilah hidup ini adalah ibarat gelombang di lautan; menghempas yang satu, menyusul yang lain; memecah yang pertama datang yang kedua.

Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan lakukanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran!

Insafilah kedaulatanmu sebagai Pemuda Angkatan Baru, yang hendak menggantikan manusia tua angkatan lama. Tidaklah sama dan serupa antara kedua angkatan zaman itu, kerana sejarah berjalan sentiasa menurut hukum dinamika dan hukum dialektika.

Wahai UMAT QURAN!

‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkhutbahkan, “Suara Langit” di bumi.

Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan.

Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan.

Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit tidak patah atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat.

Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran.

Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dari urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan azab, siksaNya yang akan menimpa.

Tiada harapan selain dan ke-RedhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh jua amanah dan risalah ini dapat engkau jalankan.

Risalah dan amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda.

Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini.

Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusia menempuh tugas dan beban berat ini.

Thahirum muthahir: suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati.

Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia.

Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dari erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat! Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah
riwayatmu.

Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat,

Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi.

Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dari maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda.

Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembah kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya.

Makruf yang harus tegak dari mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu.

Al-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dari jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!

Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dan manusia ramai.

Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material.

Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan iman, kepercayaan dan, pegangan?

Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita?

Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?

Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.

Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke-Redhaan Tuhanmu jua.

(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!

Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan.

Sabar menerima musibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti.

Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.

Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang
dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan.

Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki.

Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.

Haza dzikrun!
Inilah enam peringatan dan enam arahan!

Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru.

Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke-Redhaan Tuhanmu jua.

-Usrah & Dakwah (Al-Imam Hassan Al-Banna)