Friday, September 30, 2011

Kalau Berani Tanamlah..


Salam..

Sebut pasal pokok, tak ramai yang suka menanam sebenarnya, walaupun paedahnya banyak samaada dari segi pahala, kesihatan dan kewangan (masyukkk). Kebanyakan lebih suka suasana ber air-cond. Suka hati kamulah.

Tapi ada satu pokok kalau kamu berani tanamlah.

Benih Pokok

benih pokok ni murah aje..ader kat teman kalau kamu nak... nusery ? jangan mimpilah kamu nak jumpe kat situ...kompom tak der nyer... apa susoh...mintak jer ke teman ni..

Only the Strong

Sebenornyer, hanya yang kuat jer layak menanam pokok ni... yang lemah , kamu lupakan jer lah niat murni tu yer buat seketika.. nanti dah kuat, moh sini balik, teman bagi anak pokoknyer...

Hasil Lumayan

Kalau kamu nak tahu, sangat berbaloi tanam pokok ni...lumayan sungguh.. aper idoknyer, buah lebat, besor2 plak tu...raser tak payah cakap ler, sedapp...maniss... kalau kamu nak juai, berebut orang nak beli.. letak jer jawatan gomen kamu tu...ini lagi lumayan....tak cayer? suka hati kamulah... teman memaklumkan ajer...

Cabaran

Nak jadi kayer ni bukan mudah.. banyak cabarannya...tapi kalau kener carenye, kamu boleh tgk sendirilah hasilnyer...kamu raser sendiri nikmatnye...teman tunjukkan jalan aje...
Tapi itulah, sanggup kah mike ? baje dia mahai... mahai sungguh, teman takut kamu tak mampu je...siram 5 kali sehari...kalu nak lagi baik pukul 3 pagi siram sekali sehari... kompom kamu tak sanggup punyer...lagi satu tempoh nak berbuah ni agak lama...itu pun bergantung pada disiplin dan kesungguhan kamu ler... sanggup ke? kalu sanggup teman nak bagi..


Jenis Pokok

Dah ramai yang tanyer teman pokok aper tu? jenis aper ? maner dapat ?....bersemangat benor teman tgk diorang menanyer teman...teman maleh nak bagi tahu, sebab teman tgk semua tu muker pemaleh je.. nak untung cepat jerr....tapi lepas dipakser2 teman pun mengalah ler...teman pun bagi tahu namer pokok tu...tapi teman pesan sebelum tu janganlah marah teman ni kalau miker tak bekenan dengan jawapan teman...

pokok tu namanya pokok
SABAR

Renung Sejenak..


Bismillah...

Jika kita bercinta dengan manusia, bersedialah untuk kecewa.
Kerana manusia itu penuh dengan kelemahan dan kekurangannya.
Tetapi, jika kita bercinta dengan-Nya, kita tidak akan pernah kecewa.
Kerana, Dia tiada kekurangan.

Jika kita berkasih dengan manusia, bersedialah untuk bersendiri di sela-sela waktu sekadarnya.
Kerana, pasti ada orang lain yang mengharapkan kasihnya, samaada keluarganya, sahabatnya, atau jalan juangnya.
Tetapi, jika kita berkasih dengan-Nya, kita takkan pernah merasa sendiri.
Kerana, kasih-Nya Maha Luas dan Melimpahi.

Jika kita mengharap sayang dari si dia, kita perlu memberi sebelum menerima.
Tetapi, jika kita mengharapkan sayang-Nya, kita hanya perlu menjadi peminta, kerana Dia Maha Pemberi segalanya.

Jika kita mohon difahami olehnya, mungkin dia sukar memahami kita, kerana ilmunya terbatas sekadarnya.
Tetapi, jika dengan Dia, kita pasti difahami-Nya.
Kerana Dia Maha Tahu apa keperluan kita.

Jika kita mengadu pada dia dan mereka, sampai satu masa, mereka pasti bosan akhirnya.
Tapi, baiknya Dia, Dia takkan bosan mendengar rayuan kita.
Malah, sering kali kita yang berputus asa dengan rahmat-Nya.

Jika..jika..dan jika...kerana-Dia, di situlah bahagia.
Tiada yang lebih membahagiakan selain mendapat ketenangan dalam mengingati cinta-Nya.

Wednesday, September 28, 2011

Berhati-hati Lebih Baik dari Kecewa di Masa Hadapan

Bismillah...

Assalamualaikum wbt.

Dewasa ini, dengan perkembangan pesat teknologi, pemuda pemudi di serata dunia bebas bermuamalat. Dari sekecil-kecil hal seperti bertanya khabar, sehinggalah bermacam perkara yang ada di dunia. Semuanya hendak dikongsikan. Tiada lagi rahsia.

Jika diteliti, masih ramai muda-mudi yang berpotensi untuk menjadi baik. Tetapi silang pergaulan adalah salah satu perkara yang sukar dielakkan di zaman ini kerana jalan-jalan ke arah itu terlalu mudah. Jika tersalah langkah, kebarangkalian untuk berubah ke arah negatif amatlah tinggi kerana ia berkait soal hati dan perasaan. Sedangkan sampainya ilmu yang bermanfaat ke hati adalah bilamana hati itu bersih dan jernih.

Wanita dan Lelaki Itu Berbeza

Lelaki berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat. Wanita pula berkomunikasi untuk memulakan perhubungan. Tidak hairanlah mengapa dunia lelaki dan wanita sangat berbeza. Penting untuk muslimin dan muslimat yang menerapkan taqwa dalam diri agar berhati-hati dalam soal berhubungan. Tidak kiralah di mana anda berada.

Menjadi sahabat atau tunang antara lelaki dan wanita tidak bermaksud membolehkan berhubungan dalam perkara yang tidak perlu dan tiada batas waktu. Pentingnya, muslimin dan muslimat beringat sebelum terlambat. Soal ikhtilat bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh. Tanpa ada keperluan yang mendesak, elakkan berhubung dengan bukan mahram secara berdua (text messaging, call, email, ym, dan lain-lain). Tarikan antara kedua kutub utara dan selatan sesungguhnya sangat kuat.

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya"- Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih.

p/s-Penulis berpendirian bahawa, dalam soal ikhtilat muslimin muslimat, perlu bersikap berhati-hati. Namun tidak bermaksud tiada langsung ruang untuk bermualamat antara lelaki dan perempuan. Ada, namun perlu dalam suasana yang tidak menimbulkan fitnah dan berdua sahaja tanpa mahram dan hal yang tidak perlu (ym, call, sms, email) kerana lelaki dan wanita itu saling melengkapi dan memerlukan di antara satu sama lain. Wallahua'lam.

Mengharap Ma'sum dari Orang yang Tidak Ma'sum?



Anda pernah dikutuk dan dicaci?
Dikatakan jahil?
Dikatakan jahat?
Dikatakan memandai-mandai?
Tersenyumlah. Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekehkan. Saya juga pernah. Para ulama’ juga pernah. Rasulullah SAW juga pernah. Err, Allah SWT juga pernah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” (Surah al-An’am: 108).
Tatkala dikutuk, anda rasa terhina, marah dan geram?
Tersenyumlah. Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma’sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu. Tahanlah diri dari mengutuk balik. Tahanlah diri dari mencaci-maki. Tahanlah diri dari menghina semula.

Bicaramu Menusuk Kalbu

Berkata Prof. Syeik Dr. Yusuf al-Qaradhawi, “Islam telah mengajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk-ngutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci-maki kebatilan.”
Damainya kata-kata ini. Beliau berkata lagi, “Manhaj saya sepanjang hayat, saya harus membangun dan bukan menghancurkan, dan menghimpun bukan mencerai beraikan. Akan saya biarkan setiap orang memilih sesuai pilihannya.”
Lebih menyejukkan hati, beliau berkata, “ Saya tidak akan pernah memaksa orang lain untuk melakukan apa yang menjadi pendapat dan ijtihad saya. Sebagaimana mereka juga jangan sampai menyuruh saya mengambil pendapat dan ijtihad mereka. Jika Allah telah memerintahkan Rasul-Nya untuk berkata kepada orang-orang kafir dengan firman-Nya, “Untuk kalian agama kalian. Untukku agamaku.” (Al-Kafirun: 6), maka mengapa tidak saya katakan kepada saudara-saudara saya kaum muslimin, “Bagi kalian ijtihad kalian dan bagi saya ijtihad saya. Bagi saya amal saya dan bagi kalian amal kalian.”

Di Mana Penunggang Kuda yang Tidak Pernah Jatuh?

Wahai anak-anak muda yang berkobar-kobar,
Dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan perbincangan kita dibaca oleh seluruh dunia hanya dalam beberapa saat, pelbagai perkara buruk dan baik tersebar cepat. Berhati-hatilah dengan perdebatan tanpa hujung sehingga terheret kepada perbuatan mencela-cela orang lain, apatah lagi mencela ulama’.
Anda kecewa dengan kesalahan insan yang anda kagumi?
Sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Al-Qaradhawi ini, “Sesungguhnya orang-orang yang menjatuhkan nama-nama ulama besar kerana sebahagian kesalahan yang mereka lakukan bukanlah orang-orang yang bersikap adil dan tidak pula termasuk orang-orang yang tepat dalam mengambil sikap. Sebab mereka menuntut kema’suman dari orang yang tidak ma’sum (terpelihara dari kesalahan). Di mana ada penunggang kuda yang tidak pernah jatuh? Di mana ada pedang yang tidak pernah tumpul? Di mana ada bendera yang terus berkibar?”
Jika ada insan yang kita iktiraf sebagai ulama’ itupun menunjukkan contoh suka mencela, ambillah kebaikan daripada ilmunya, hormati dia, sayangi dia, doakan dia dan tinggalkan perbuatan suka mencela itu, jangan diambil sekali. Begitu juga sikap kita terhadap ibu bapa, guru, rakan dan sesiapapun jua. Jika sikap suka ‘meraikan’ ini diaplikasi, dada kita sentiasa lapang dan berbahagia.

Pesan Syeikh Dalam Mensikapi Golongan Muda

Berkata Syeikh Al-Qaradhawi , “Sesungguhnya kekerasan tidak harus dihadapi dengan kekerasan. Hendaknya kita memperlakukan anak-anak muda yang penuh semangat itu dengan semangat kebapaan yang menyejukkan.
Jauh dari kata-kata kasar dan keras.
Tidak banyak menyalahkan mereka.
Jangan menghina mereka.
Jangan pula kita berbicara dengan mereka dari menara-menara yang tinggi menjulang dengan perasaan membanggakan diri kepada mereka atau berlepas diri dari mereka sehingga hanya akan menimbulkan jurang lebar antara kita dan mereka. Sehingga mereka tidak menaruh kepercayaan kepada kita dan tidak mahu mendengarkan perkataan kita.”

Ayuh, Ciptakan Sejarah!

Kita mungkin pernah buat salah dalam tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah.
Kita mungkin pernah buat salah dalam melaksanakan arahan ibu dan ayah.
Ketika baru bertatih di dunia kerjaya, mungkin kita banyak buat salah.
Dalam hidup ini, betul dan salah adalah lumrah. Kita tidak dapat lari daripadanya. Positif pada lumrah kehidupan ini akan menjadikan kita terus bersemangat untuk meneruskan langkah, biarpun kita pernah, sedang atau akan membuat salah. Maka:
Jangan buat salah!
Jangan terlalu kecewa andai tersalah.
Jangan takut nanti salah.
Jangan ulangi perkara salah.
Jangan pula merasakan diri tidak pernah salah.
Jangan cepat mengutuk orang yang bersalah.
Jangan mencari-cari pada orang lain perbuatannya yang salah.
Syeikh al-Qaradhawi berpesan agar memenuhi kalbu kita dan anak-anak kita dengan iman, cita-cita dan tekad serta percaya sepenuhnya kepada Allah SWT dan kepada diri kita sendiri. Kita harus membebaskan dari dari mengharap adanya seorang pemimpin yang mendapat wahyu, seorang pemimpin yang tidak pernah salah. Sedangkan bersandar kepada kekuatan rakyat itulah yang akan melahirkan sejarah. Ayuh!!!

Tuesday, September 20, 2011

My Favourite Song


Keep me away
From the wisdom
Which does not cry,
The philosophy
Which does not laugh
And
The greatest
Which does not bow
before children.

-Kahlil Gibran

Monday, September 19, 2011

Friday, September 16, 2011

New Chapter Begins


Salam Alayk..

I just want to write something beneficial here. But does not touch about my pathetic life or what so ever. Something that my readers could have at least think of. But again, as I wondering around in this blogosphere, not only facts and those out of the box things are beneficial (to me). Sometimes, it can be just experience of others shared in theirs' could be as a quick guide for me. It's a retrospection. Ponder upon what have we done for those years.

Doing Fardhu Kifayah

Of all years, here I am again to do all sorts of 'fardhu kifayah'. I will be teaching English during this approximately six months. Also lead those comrades in my same school of thoughts. Why? I don't think that I am that capable actually. But, I thought of this things happen, because there is no one left to hold the position. I mean, no one bear to stick to what it takes to do those things. I hope I can train my sisters and brothers and friends to replace me. ;p

Learn English is fun, you know. For me, personally I am more positive when I talk in English. But yeah, there must be people out there to say that I must be some sort of lupa diri and what not. But, it's true. I was grown up in fun and positive environment of English, so it shaped my language believe somehow. Even then, I am not denying the important of Arabic language as we need it to recite Quran and perform Islamic obligations.



However, I am still wanting to overcome this shyness of me. Whenever they were no people (especially Malay) who can talk English, I would not talk in English. Because for me, I am not good in tolerating 'rojak'. It's a no-no for me most of the time. Unless I am teaching my students, who need to understand the syllabus and stuffs. So, not many people outside of my jargon would know that I can speak the language. Cause I tend to hide it. There is one moment where, people looking at me as if I am weird, speaking English in front. I know they were admiring my slang for most of them telling me, but it can't be helped for me to feel alienated. :P


*during cairex expo (once upon a time of me)

And yes, there are thousands of them who are even better than me. I am just an educator to be, who still have tons of journey to be explored. Yeah, I am not that good. But just try to be good. For whatever it is, I have Him.

p/s-Always be realistic and stick to your ground in a moderate way. Wishing everybody a good journey ahead.

Sometimes It Helps.



(Just another rambling)

Dunia itu wujud. Jangan tidakkan dunia itu.

Where negative people and their stuffs hidden. In their world, there is no chance people can be happy. No chance people can change. Even if The Powerful said, He is the most merciful, those people still view things and other people as NOT FUNCTION at all. Being over critical and criticize until all things viewed as bad.

There are still thousands people with this attitude. They love it when you down. They love it when you can't be given chance to prove your own enthusiasm. For me, life gives me lots of lessons. To endure my beliefs in hard times, and realize how I can be good with bad things.

All in all, those are my future generations ahead. Full with negative thoughts on others. Or being too perfectionist in life. Well, I leave it to Him. None can judge others, so I must be careful too.

Wassalam.

p/s-hidup tidak selalunya indah, seperti juga kita pernah menempuh kegagalan dalam hidup. Tapi setelah itu kita akan menyedari betapa berharganya pengalaman itu. Memang sukar untuk dihadapi pada mulanya. Namun sedarlah ALLAH tidak akan menzalimi hamba-Nya. Semoga tiada lagi kegagalan yang serupa di masa depan..=)

Thursday, September 15, 2011

Alhamdulillah..


Saya suka orang yang membaca buku. (bukan muka buku)

Saya suka orang yang suka berfikir melalui apa yang dibaca.

Saya suka orang yang suka menganalisis sesuatu isu.

Saya suka orang yang bijak menapis sesuatu lontaran perkara.

Saya suka orang yang mencari panduan dengan Al-Quran dan sunnah, bukan manusia.

Saya suka orang yang pemaaf.

Saya suka orang yang positif dan mempositifkan orang lain.

Saya suka orang yang melihat sesuatu secara jernih.

Saya suka orang yang tersenyum dalam kepahitan.

Saya suka orang yang sabar.

Saya suka orang yang mahu berusaha.

Saya suka orang yang yakin dengan Allah, bukan manusia.

Tapi saya? Adakah saya mampu menjadi itu semua?



p/s-Alhamdulillah, internet dah dipasang. Selamat belajar dan terus belajar! =)




Wednesday, September 14, 2011

Being A Multi Tasker?


A student.

A tutor.

A leader.

A sister.

A daughter.

A loyal servant.

Hm...quite tough this time.

Fight till the end. =)



Saturday, September 10, 2011

Bersederhana Dalam Membenci


Membela orang yang dicintai satu tindakan mulia, namun membela musuh yang sedang dizalimi jauh lebih mulia. Sikap ini cerminan hati yang telah mampu menundukkan nafsunya kepada ketentuan hukum Allah SWT. Menyentuh perkara ini, saya teringat sebuah kisah benar di Mesir beberapa masa dahulu. Ia membabitkan dua orang tokoh ulama di kota tersebut iaitu Ibn Daqiq al-‘Id dan Ibn Binti al-A’azzi. Kerana sebab-sebab tertentu, hubungan mereka diwarnai dengan konflik yang cukup panas.

Suatu hari, Ibn Binti al-A’azzi melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan di mata Sultan dan wazir. Mereka lalu berpakat untuk menghukum mati ulama ini dengan mencipta tuduhan palsu bahawa dia telah murtad.

Tuduhan itu ditulis pada selembar surat yang diedar kepada setiap tokoh besar di Mesir. Satu persatu tokoh tersebut menurunkan tandatangan menyetujui kandungan surat tersebut.

Ibn Daqiq al-‘Id menjadi tokoh terakhir menerima surat yang diedarkan itu. Andai beliau turut bersetuju, maka Ibn Binti al-A’azzi yang selama ini memusuhinya, tidak akan selamat daripada hukuman mati.

Sejurus menerima surat itu, Ibn Daqiq al-‘Id membaca isinya dengan teliti. Semua tokoh yang hadir menggesanya untuk segera menandatanganinya. Namun beliau tidak mengendahkan gesaan tersebut, malah meneruskan bacaannya dengan penuh khusyuk.

Selesai membaca, Ibn Daqiq al-‘Id mengangkat kepalanya dan berkata:”Tidak halal bagiku menandatangani surat ini.”

Kata-kata ini sangat mengejutkan semua orang. Mereka tidak menyangka sikap ini yang ditampilkan Ibn Daqiq al-‘Id terhadap orang yang membenci dan memusuhinya. Mereka menyangka tokoh ini akan menyingkirkan musuhnya selama-lamanya.

Seseorang lalu merayunya dengan berkata:” Tuan, lakukanlah demi Paduka Sultan dan wazir.”

Mendengarnya, Ibn Daqiq al-‘Id menjadi marah. Beliau berkata:”Aku tidak akan ikut serta membunuh seorang Muslim.”

Sikap tegas ini menggagalkan konspirasi jahat itu, menyelamatkan Ibn Binti al-A’azzi sekaligus meninggikan nama Ibn Daqiq al-‘Id dalam lembaran sejarah umat Islam hingga ke hari ini.

Soalan:

Bagaimana menjadi seorang bersederhana dalam mencintai atau membenci, sebagaimana yang ditonjolkan dalam kisah Ibn Daqiq al-‘Id di atas?

Bagaimana kita menerapkan prinsip wasatiyyah dalam membenci? Kita boleh mulai dengan memikirkan kembali sebab kebencian yang kita rasakan terhadap seseorang. Ajukan soalan ini dalam hati:

“Mengapa aku membencinya?”

Seringkali seseorang itu tidak tahu punca ia membenci orang lain. Dia hanya merasakan kebencian setiap kali melihat atau mendengar nama orang itu. Namun jika ditanyakan sebab kebenciannya, ia tidak dapat menjawab dengan jelas dan meyakinkan.

Sikap “membenci tanpa sebab” ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan. Bahkan, orang seperti ini sebenarnya sedang menderita sakit jiwa yang harus segera diubat,

Ada juga orang yang membenci kerana ikut-ikutan. Fenomena ini biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan membabitkan orang awam. Sama seperti sebelumnya, sikap ini pun bukan sikap islami yang layak ditampilkan seorang Muslim.

Sesetengah orang yang lain tahu factor ia membenci orang lain. Mungkin kerana ucapan atau perbuatan orang itu yang pernah melukai perasaannya. Untuk orang seperti ini, soalan berikut harus diajukan kepadanya:” Apakah kebencian itu berpatutan dengan kesalahannya?”

Seringkali, kebencian kita jauh lebih besar daripada sebabnya. Perkara yang sangat remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita. Kita enggan mengalah dan bertolak ansur, padahal sikap ini sangat digalakkan oleh agama kita.

Orang yang lebih dulu bertolak ansur dalam persengketaan petanda kebenaran berada di pihaknya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:” Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang terbaik antara kedua-duanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Daud)

Kebencian Melampau

Apabila kebencian kita melampaui garis wasatiyyah, kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Setiap kali mendengar nama orang yang kita benci itu disebut, fikiran kita menjadi keruh. Jika seseorang memujinya, hati kita seolah-olah terbakar.

Hati kita dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang kita benci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik !

Kita tidak dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil mana pun, kita lebih tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Kita akan sibuk membuka aib dan keburukan orang itu untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikannya.

Pada tahap yang lebih parah, kita bukan hanya membenci orang yang kita benci itu, malah turut membenci setiap orang yang bersamanya. Kita membenci ibu bapa, teman, murid, guru, bahkan haiwan peliharaannya.

Saban hari, semakin bertambah bilangan orang yang kita benci. Dan saban hari juga, semakin berkurang bilangan orang yang boleh kita percayai. Akhirnya, kita hidup di tengah ramai musuh dan sedikit kawan. Dan hati kita selalu dalam keresahan.

Ya, kebencian yang berlebihan hanya akan merosakkan diri sendiri. Oleh sebab itu, al-Hasan al-Basri berkata:” Bersederhanalah dalam mencintai , dan moderatlah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.”(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Imam)

Ibn Daqiq al-‘Id

Batasan wasatiyyah dalam mencintai dan membenci seseorang tidak terlihat oleh semua orang. Ia hanya terbuka apabila emosi dan ego telah tunduk kepada al-Quran dan sunnah seperti yang terjadi pada diri Ibn Daqiq al-‘Id.

Kenalkah anda, siapa tokoh besar ini? Beliau adalah Taqiyyuddin Ali bin Wahb al-Qusyairi. Beliau dilahirkan pada tahun 625H di Hijaz, lalu menghabiskan usianya dengan menuntut ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Beliau terkenal sebagai ulama yang sedikit berbicara namun banyak beribadah. Beliau sangat zuhud, warak dan penuh taqwa kepada Allah SWT.

Beliau pernah berkata:”Tidaklah aku mengucapkan atau melakukan sesuatu, melainkan setelah aku siapkan jawapanku di hadapan Allah SWT kelak.” Tokoh besar ini wafat di Mesir pada tahun 695H.

Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang Engkau timpakan kepada hamba-Mu di muka bumi ini. Amin ya rabbal alamin.

- Petikan Makalah Solusi isu #29,

Saturday, September 3, 2011

Buatmu Bakal Suamiku...


Assalamualaikum wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku..

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang muslimin yang akan bersama-samaku membina Baitul Muslim sebagai melengkapi separuh daripada agamaku. Itulah dia hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar sentiasa menjadi muslimah yang sentiasa menjaga dari setiap aspek diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk bakal suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku.

Aku tidak ingin dipandang baik oleh lelaki. Biarlah aku hanya tampak kebaikan di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi hakmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang perempuan yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti perempuan lain, memiliki seorang lelaki soleh yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, bersamaku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan putera raja yang mampu mendebarkan jutaan wanita untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi..

Aku akan berasa amat bertuah andai kau dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganku. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya kaulah yang ditakdirkan meniup semangat juangku, menghulurkan tanganmu untuk aku berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Dan kau kesat darah dari lukaku dengan tanganmu sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahan kita sekiranya harta itu membuatkan kita lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama kita. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu...


p/s-edited from someone's blog. Masya Allah..bertuahnya andai surat di atas benar-benar wujud di dunia ini..untuk sang suami mahupun isteri..ke arah mencari redha Allah dengan cara yang betul..=)

Friday, September 2, 2011

Random


Salam Alayk..


Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan.

Akibat nya, aku sering terleka.

Aku jadi kurang tidak pandai membaca hidup orang lain.

Dan kini, aku mengimbau kembali.

Detik-detik diriku suatu ketika dulu.

Betapa diriku sudah jadi lain.

Seperti lainnya website-website yang pernah kukunjungi dahulu dan lainnya ia kini. (hm analogi apa ni~)

Masihkah aku insan yang tidak pandai membaca hidup orang lain itu?

Aku tidak mahu menjadi seperti segelintir mereka;

Yang merasakan ijtihad hidupnya perlu digalakkan pula pada orang lain.

Kita semua ada perbezaan.

Perbezaan permasalahan.

Perbezaan status kehidupan.

Perbezaan pendidikan.

Perbezaan perwatakan.

Tiada insan yang sama di dunia ini.

Dan perbezaan yang Allah datangkan bersebab;

Kenapa wujud yang bodoh? Supaya dia perlukan yang cerdik

Kenapa wujud yang miskin? Supaya ada penerima zakat

Kenapa ada orang bawahan? Supaya idea boleh direalisasi

tiada yang boleh melawan sunnatullah

Atau mampu membuatkan manusia 'zero' dosa.

Kita cuma mampu amar makruf nahi munkar, soal hidayah, serahkan pada Allah.

Usaha kita,

perlu cara yang betul; iaitu ilmu

terkadang ada orang merasakan;

bahawa si dia ini berilmu tinggi

tapi sebenarnya; orang ikutannya yang rendah

dari ilmu yang jernih dan pemikiran yang bersih

sekali lagi aku tidak mahu menjadi begitu.

Apa yang kufikir sekarang;

Perbaiki diri sendiri dan

membuat apa yang dikata



Teratak Terpencil
23100 Paka