Alhamdulillah...

Semalam telah berlalu detik2 yang penuh dramatik saat2 majlis perwakilan pelajar yang baru diumumkan. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang berjaya merebut kerusi di fakulti masing2. Apapun, yang tidak berjaya usah terlalu kecewa kerana anda boleh berbakti di mana sahaja dengan kemampuan yang ada.

Detik2 diangkat menjadi pemimpin pelajar pasti tidak akan luput dalam minda kalian. Diarak di dewan pusat sukan, menerima tepukan paling gemuruh, dan mendapat sorakan kemenangan yang diimpi-impikan segenap calon. Yang pasti, hati yang tenang mula berdebar menanti tugasan dan amanah yang bakal diterima daripada mantan MPP. Apakah akan mampu melaksanakannya?

Harapan yang sangat besar kepada MPP baru untuk sesi 2011/12 UiTM Shah Alam untuk melakar sejarah tersendiri. Kalian membuatkan diri ini terharu kerana sanggup dipilih melalui liku2 ini..