Sunday, April 22, 2012

Puisi Seorang Pejuang


Aku sampai pada keadaanku yang sekarang
adalah dengan perjuangan
Dan selama nafas ini terus menghembus
Selama itu pula aku dan semua manusia
akan terus berjuang
berjuang dan terus berjuang

Kehidupan dunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti
Sejak lahir hingga akhir hayat
Semua dari kita berjuang

Tengok saja
Seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan
lingkungan asing yang belum pernah ia kenal sebelumnya
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya menjadi
generasi yang tangguh
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu

Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak
Yang sedang jatuh cinta
Berjuang untuk menahan rindu
Yang baru bertudung
Berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya

Suami isteri berjuang mengarungi bahtera rumahtangga
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihi
berjuang dengan sabar dan tabah
menjalani kehidupannya
Yang berselisih berjuang untuk berdamai

dan

Setiap hamba Allah
berjuang untuk kembali kepada Allah
dan memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah
Menyebarkan kebaikan dan kasih sayang
kepada seluruh makhluk bumi.

Credit:Oki Setiana Dewi

Tuesday, April 10, 2012

Bulatan Gembira Saya ^_^


"Assalamualaikum..nama siapa? Dari mana? Belajar di mana? Umur berapa?"

Kalau dulu, ana paling tidak suka diterpa soalan bertubi-tubi sebegitu, sekarang ana merasakan soalan daripada mereka itulah yang memberitahu bahawa ana telah memaknakan salah satu firman Allah SWT:

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan lainnya). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya." (Q.S.al-Hujurat : 13)

Ayat di atas diterjemahkan lagi dalam kehidupan seharian dengan sesi bulatan gembira.^^ (Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bulatan gembira ni sila tanya Kak Dina aka Wardina Safiyyah) *_*

Ok, basically dalam bulatan gembira ni, setiap orang kena bagi pendapat. Berkongsi idea dan pengisian. Jadi dalam masa memberi, kita akan menerima.

If you share an apple to people, you got half of it. But if you share an idea to others, you might get tons of ideas back ! Isn't it amazing?

Dalam sesi bulatan gembira ni juga, kita dapat banyak peluang nak tambah pahala. Best kan? Di saat tangan menggenggam erat jari jemari sahabat, hati berkali-kali terasa indahnya tautan ini kerana memikirkan pahala yang diperolehi. Bukankah Allah telah berjanji bahawa setiap kebaikan walau sebesar zarah akan dibalas oleh-Nya? Setiap salam yang disulami dengan perasaan kasih kepada sahabatnya kerana Allah. Teringat adegan setiap kali berjumpa sahabat,

"Bukan tadi dah salam?"

"Tak apa salam banyak-banyak kali...dapat banyak pahala !"

....Kali ni bulatan gembira ana dipenuhi wajah-wajah baru setelah wajah-wajah lama ditinggalkan di Shah Alam. Rupanya tuan rumah adalah senior ana suatu masa dahulu. (Kecilnya dunia!). Pertama kali duduk di hadapan wajah-wajah baru ini, terasa sangat mendamaikan. Bertaaruf di antara kami dengan satu kefahaman mengapa ianya penting untuk kami. Teringat dahulu ana cuba memahami pelbagai karakter sahabat dan dalam masa yang sama menerima mereka seadanya.

Kali ini mungkin perlu diluaskan maknanya kerana ana juga perlu menerima kehadiran anak-anak yang turut serta mengikuti bulatan gembira ummi mereka. Di tengah-tengah bulatan tersedia tilam kecil berwarna biru buat hamparan tidur bayi-bayi bulatan gembira. Suasana yang baru untuk diriku. Harus membiasakan diri dengannya; ketika memberi pengisian tudung labuh yang dipakai sang ibu ditarik si anak kecil, air ditumpahkan ketika sedang rancak bergurau senda dengan sahabat, atau sedang fokus berbicara tiba-tiba muncul si kecil di sebelahku meminta pen di tangan. =,=

Hari ini juga, ana dapat sesuatu. Niat sebelum ke bulatan gembira, atau mana-mana sahaja sangat penting. Allah Maha Mengetahui. Kadang, Allah nak kita muhasabah dengan cara yang kita sendiri tak pernah sangka. Baiknya Allah, masih bagi ana peluang untuk meningkatkan amalan diri.

Dan pengisian yang ana perolehi hari ini, terlalu besar ertinya untuk diri yang lebih kecil dari zarah di hadapan Tuhannya. Ana kongsikan sedikit, iaitu mengenai r.e.z.e.k.i. Ada lima point utama tentang rezeki :

1. Rezeki terbuka dengan taubat dan istighfar

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(An-Nur: 31)

“Rasulullah bersabda: Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitanya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka” Hadis yan diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas.

2. Rezeki tak disangka dengan taqwa

“Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 3)

3. Rezeki bertambah dengan bersyukur

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih” (Surah Ibrahim:7)

4. Tawakkal mencukupkan rezeki

Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.

5. Tersumbatnya rezeki

>Hilang tawakal dalam hati
>Adanya dosa atau maksiat
>Lalai dari Allah
>Malas bersedekah

Perihal rezeki ini juga, sahabat ada menceritakan mengenai kisah di antara seekor semut dan Nabi Sulaiman AS:

"Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum.

Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?"

Bijak betul semut tu...

Renung-renungkan...selamat beramal ! :)

Monday, April 9, 2012

Pilihanraya di Malaysia?

Bismillah..asif sudah lama tidak menukilkan sesuatu di sini. (berhabuk dan bersawang di sana-sini) Ibarat pernah murabbi Ustaz Nasruddin nasihatkan, "kalau tak update blog, baik tutup je..."


Anyway, ana ingin kongsikan sedikit info yang diperoleh dari sini. (read on your own risk)

Antara perkara utama yang dapat diambil dari penjelasan artikel tersebut, jelas memberi maksud:

1. Pilihanraya merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan menjadi 'senjata' kepada kerajaan yang memerintah untuk mengekalkan kuasa sekalipun mereka sudah tidak menjadi pilihan rakyat. Bagaimana? Di sini sistem pilihanraya menjadi persoalan penting. Sebelum itu, penting untuk kita fahami perbezaan di antara kerajaan memerintah dengan parti politik. Di Malaysia, sistem yang diamalkan ialah sistem demokrasi yang membolehkan rakyatnya memilih pemimpin yang mereka inginkan. Namun, pendedahan di atas seolah-olah tidak memungkinkan impian majoriti rakyat Malaysia untuk melihat pemimpin dari parti pembangkang (now) menguasai kerajaan (soon).

2. Ilusi demokrasi Barisan Nasional

Mari kita teliti jadual di bawah bagi menghuraikan satu persatu misteri keadilan pilihanraya di Malaysia:


Persoalan pertama untuk minda dan akal yang sihat, mengapa parti komponen Pakatan Rakyat dipisahkan, tetapi Barisan Nasional tidak?

Sekarang, mari kita lihat kiraan sebenar berdasarkan jumlah undian popular dan jumlah kerusi dewan rakyat:

Klik sini

Lupakan mengenai sedikit perbezaan dari segi angka dengan sumber SPR, tetapi berikan fokus kepada table yang ketiga, iaitu perbandingan jumlah undian popular dengan jumlah kerusi Dewan Rakyat. Sekarang cuba anda fikir, pada PRU 12, hanya 1% membezakan jumlah undi yang diperoleh Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Ya, jika dinilai dari segi undian popular, kemenangan Barisan Nasional adalah amat tipis sekali. Akan tetapi, mengapa dengan kemenangan yang sebegitu tipis ini, Barisan Nasional masih boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah walaupun dinafikan majoriti 2/3?

3. Strategi, Taktik, dan Magik

Negara sudah lebih dari 54 tahun merdeka, dan parti pemerintah pasca merdeka adalah parti yang sama. Selama tempoh ini, pastinya pelbagai strategi telah diambil kira dan diaplikasikan bagi memastikan mereka terus berkuasa. Sebagaimana yang telah dibincangkan, Barisan Nasional mempunyai advantage yang begitu besar dalam pilihan raya, menyebabkan adalah agak mustahil untuk mereka ditumbangkan. Jadi, bagaimanakahadvantage ini boleh dimiliki oleh Barisan Nasional?

Jawapannya mudah. Advantage ini dimiliki melalui dua sebab utama, iaitu (1) sedikit percaturan basic math dan (2) kelonggaran doktrin pengasingan kuasa di Malaysia. Mari kita huraikan sebab yang kedua dahulu, iaitu mengenai kelonggaran doktrin pengasingan kuasa. Sebagaimana yang anda sudah sedia maklum, kuasa pemerintah di Malaysia terbahagi kepada tiga badan, iaitu eksekutif, legislatif, dan judisiari. Kelemahannya pula, istilah pengasingan kuasa itu hanya pada nama sahaja, kerana ketiga-tiga badan ini sebenarnya berfungsi secara relatif, terutamanya di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Melalui sistem yang sebegini, kelebihan parti pemerintah adalah mereka mempunyai akses terhadap ketiga-tiga badan tersebut. Kuasa eksekutif yang dimiliki oleh Perdana Menteri membolehkan beliau mendapat akses terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya. Memang benar bahawa menurut Perlembagaan, anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan Majlis Raja-raja, akan tetapi, menurut Perlembagaan juga Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri dan mesti mendapatkan nasihat Perdana Menteri dalam semua perkara.

Sekarang anda boleh bayangkan situasi ini, sejauh manakah ketelusan pilihan raya sekiranya parti pemerintah mempunyai akses terhadap suruhanjaya yang menguruskan dan menentukan daftar pemilih dan proses penyempadanan semula? Ya, kunci kepada jaminan kejayaan Barisan Nasional dalam pilihan raya adalah akses mereka dalam proses daftar pemilih dan penyempadanan semula. Ini pastinya adalah advantage kepada Barisan Nasional, dan sekarang kita akan meninjau bagaimana dengan kelebihan ini dan sedikit percaturan basic math menjamin Barisan Nasional mendapat majoriti kerusi di Dewan Rakyat.

Untuk memahami strategi ini, terdapat beberapa terminologi yang perlu anda fahami, iaitu gerimander (wiki), wasted vote (wiki), first-past-the-post voting (wiki), dan malapportionment(wiki). Gerimander merupakan taktik yang digunakan oleh Barisan Nasional bagi memperalatkan SPR dalam proses penyempadanan semula, di mana proses penyempadanan semula dilakukan untuk memastikan kemenangan calon parti tersebut di sesebuah bahagian.

Tambahan lagi, bagi memastikan gerimander ini berfungsi, SPR dengan sesuka hati memindahkan pemilih dari kawasan mereka. Buktinya, menurut Penyata Minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas baru-baru ini, di antara bulan Mac dan suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar dari kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen dimana mereka mengundi pada PRU 12 tanpa keizinan mereka (baca di sini). Persoalannya, untuk tujuan apa kalau bukan demi memberi advantage kepada calon-calon Barisan Nasional?

Sebab inilah jumlah pemilih di bahagian-bahagian pilihan raya adalah sangat tidak setara. Taktik ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana Malaysia mengamalkan sistem first-past-the-post voting, di mana calon yang menang adalah calon yang mendapat undi tertinggi. Kelemahan sistem ini pula adalah ianya akan meningkatkan jumlah wasted vote. Sebelum saya terangkan, sila lihat jadual di bawah:


Anda boleh lihat sendiri bagaimana perbezaan angka yang begitu ketara antara kedua-dua bahagian tersebut. Ini dinamakan sebagai malapportionment. Logiknya, setiap undi daripada pemilih di P.55 Lenggong adalah hampir sekali ganda nilainya berbanding dengan undi daripada pemilih P. 56 Larut. Hal ini berlaku kerana, sebagaimana yang telah dibincangkan tadi, sistem ini mementingkan jumlah kerusi berbanding dengan jumlah undi. Jadi dengan perbezaan yang begitu ketara dalam jumlah pemilih antara sebuah bahagian dengan bahagian yang lain, adilkah sistem ini?

Keadaan ini yang membolehkan Barisan Nasional menguasai 63% daripada jumlah kerusi di Parlimen walaupun pada hakikatnya, peratusan undian popular mereka hanya 51%, iaitu 1% mendahului Pakatan Rakyat. Mengapa ini berlaku? Kerana lambakan wasted vote yang tidak memberi kesan apa-apa terhadap proses pembentukan kerajaan. Bagi menjelaskan kesan wasted vote, sila teliti keputusan P.63 Tambun, Perak pada PRU-12.


Dalam contoh di atas, calon Barisan Nasional, Ahmad Husni menang dengan majoriti 5, 386. Secara automatik, jumlah undian sebanyak 22, 556 yang diperoleh calon PKR menjadi wasted vote untuk peratusan undian popular Pakatan Rakyat, kerana ianya tidak mampu mengubah apa-apa, terutama kepada jumlah kerusi di Parlimen. Namun, jumlah undian tersebut masih termasuk dalam 49% undian popular yang diperoleh Pakatan Rakyat pada PRU-12.

Jadi sekarang, fahamkah anda bagaimana manipulasi politik yang dilakukan oleh Barisan Nasional? Dengan menggunakan taktik sebegini, mereka tidak memerlukan politik wang atau bantuan pengundi hantu pun untuk menang. Malah pengundi zombie ini boleh dibawa masuk pada bila-bila masa sahaja untuk memastikan Barisan Nasional sekurang-kurangnya memperoleh 50% daripada jumlah peratusan undian popular. Magik, bukan?

Dan untuk pengetahuan anda, kelemahan sistem sebegini menyebabkan beberapa negara yang jauh lebih liberal mengambil pendekatan sistem undian secara proportional representation, iaitu dengan menyelarikan jumlah undian popular dengan jumlah peratusan kerusi. Misalnya, sebuah parti yang memperoleh undian popular sebanyak 40% akan memperoleh 40% daripada jumlah kerusi di dewan. Antara yang mengamalkan sistem ini ialah Israel dan Belanda. Beranikah kerajaan Malaysia menggunakan pendekatan ini untuk mewujudkan suasana pilihan raya yang lebih adil?