Tuesday, December 8, 2015

Kaya atau Miskin?

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak jumpa manusia yang mengerling kedengkian pada kesenangan orang lain?
Pernah tak terlintas dalam hati untuk berperasaan seperti itu?
Jika pernah, beristighfar selalu. Entri kali ini untuk meluahkan sedikit kekecewaan dengan manusia yang terlampau negatif dengan orang yang lebih darinya. Jangan bimbang, ia tiada kaitan dengan MLM dan yang sama waktu dengannya, yang sememangnya diharamkan.

---Dan sebagai manusia, kita tak akan terlepas dari diuji.-----

Apapun, seperti dapat meneka sebahagian manusia, yang wajahnya keruh tatkala melihat kelebihan manusia lain, hatta insan terdekat dengannya, lalu bibirnya berkata-kata; untungnya menjadi manusia itu, yang hidupnya tak perlu bersusah-payah.

Tanpa sedar, dia itu cuma adalah secebis bahagian dari semua bahagian yang telah dilalui manusia yang menjadi punca kedengkiannya.

Bahagian masam, payau, perit, ngilu, luluh, sedih, retak, perit manusia itu tidak pernah difikir atau mahu diambil kiranya.

Lantas, yang dilihat cuma getus hatinya; pada betapa tidak adilnya hidup ini, yang baginya cuma dia menderita. Cuma dia miskin harta. Dari kecil hingga ke dewasa, yang tiada sudah-sudahnya.

Jelas, dia mahu semua manusia sepertinya. Merasai perit bergelar miskin dulu. Biar orang itu tahu rasa terperosok dalam mukim sendiri. Merasai tiada insan sudi menghampiri.

Tapi dia tidak tahu, bahawa manusia itu, dahulunya pun sama sahaja. Cuma rasa dengki itu dikesampingkan dari jiwa.  Kerana dengki itu sama sekali pemusnah rasa.

Jadi miskin? Tidak miskin jika tiada hutang. Lebih-lebih lagi hutang dengan beban kejiwaan yang akan dipikulnya.

Miskin yang kaya--yang tidak sampai terlintas di hatinya mahu orang-orang yang tidak bersalah terperosok dalam dunianya. Kerana betapa dia terlebih dahulu mengetahui racau kehidupan dalam dunia lalunya.

Namun manusia sekarang--lebih sekali mahu mengheret manusia lain yang difikirkan dan dilihat dengan mata kasarnya 'sempurna', untuk terjun turun ke lembah kecewa sepertinya. Alangkah.

Memandang ke sebelah kanan; rumah agam, kereta mewah, pakaian indah, makanan lazat. Dan memikir diri sendiri (ya, pentingkan diri sendiri!); mula dikejar bayangan hodoh kehidupan lalu. Akhirnya memikirkan diri sendiri. (lagi). Menyesal.

Mula memikirkan kiranya setiap manusia sama sepertinya. Bahkan tidak! Manusia itu sungguh
berlainan segala adanya. Lantas diri terperuk sendiri, mula merasa perlu bersendiri. Akhirnya meninggalkan segala yang dirasa tidak 'sesuai' dengan diri; lantaran diri sudah tidak boleh berbuat apa-apa, fikirnya. Kerana manusia yang senang itu padanya, penuh dengan kejengkelan, kepalsuan, kerendahan minda, apatah lagi ibadah rintihnya.

-----alas, yang memandang bahawa yang 'senang' itu sama sekali tiada baiknya, silakan dengan fikiran begitu. Asalkan tidak memusnahkan kehidupan sesiapa. Tidak meronyokkan kisah hidup sesiapa.-----

Akhirnya dalam hati tanpa ilmu, diri sendiri lebih tahu.

Padahal sebenarnya pupus hilang keyakinan jitu naluri sendiri, apatah lagi pada mengajak manusia lainnya, untuk berjuang.

Buat selama-lamanya.

Tuesday, December 1, 2015

The Not-So-Sleeping Debt: Cara Bayar PTPTN Guna KWSP

Assalamualaikum wbt.

Hari Ahad lepas kebetulan dapat surat dari PTPTN memaklumkan tentang tunggakan sebanyak RM1***.**. Ok, I know. Bukan benda yang menggembirakan. Sekali dengan kakak saya pun dapat surat amaran pertama tentang tunggakan ni. Adik lelaki saya dapat surat kebenaran untuk menangguh bayaran disebabkan dia sekarang sedang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah.

Dan untuk rekod, selepas tamat belajar 2012, saya pernah hantar emel bertanya tentang hal pembayaran ni dan memang tiada balasan. Tahu-tahu sahajalah dengan asyik bertukar tempat kerja dan jauh dari keluarga, memang kecenderungan untuk terlupa tentang hal hutang PTPTN ni memang menjadi-jadi. Lepas dapat tahu cara untuk semak baki melalui website pada awal 2013, terus print baki konon-konon bersemangat nak bayar. Tapi again, disebabkan menunggu result mansuh PTPTN yang semakin tersebar pada tahun tersebut, sekali lagi saya terlupa (buat-buat lupa) mengenai bayaran balik. Banyak diskusi dan wacana mengenai pemansuhan PTPTN di media. Dan saya, sangat berharap ianya dimansuhkan.

Selepas PRU13....

2013.....

2014......

Dan sekarang 2015 dah hampir ke penghujung. Barulah dapat surat amaran. Baik punya strategi PTPTN ni. So, sambil-sambil berfikir cara nak bayar tunggakan tu, bila tengok dekat website dia boleh bayar guna KWSP. So apalagi, memang saya berazam nak bayar penuh dan tamatkan segala hutang yang tersisa dengan PTPTN ni.

Disebabkan bila call number PTPTN asyik operator yang jawab dan macam terlalu complicated,(emel pun macam tu--dia ada bagi alamat email untuk kita contact, tapi sampai sekarang memang takde reply), saya pun terus men-google senarai kaunter PTPTN di Terengganu. Alhamdulillah, kaunter di Dungun baru je buka bulan ni. Tanpa melengahkan masa, lepas habis kelas terus ke bangunan kaunter ni yang terletak bersebelahan McDonalds. Masa sampai tu, kena bayar parking 60sen/jam depan bangunan. (Dulu tak payah bayar, sekarang lepas 2014, kena bayar untuk elak saman.)

Pejabat dia di tingkat atas, so kena naik tangga sikit. Sampai tu terus nampak beberapa orang tengah menunggu dan berurusan dengan pegawai PTPTN di kaunter masing-masing. Sistem nombor tak digunakan mungkin sebab ofis masih baru. Ada 3 kaunter semuanya, tapi cuma 2 kaunter yang berfungsi. So dah siap kaunter no 2 tu, terus saya dipanggil. So saya nyatakan tujuan untuk tahu baki pinjaman yang kena bayar.

Mula-mula, pegawai tu akan tanya kita password yang kita dapat masa mula-mula kita mohon PTPTN dulu. Macam selalu, perkara 7tahun, 8tahun lepas mana lah nak ingat sangat, kan. Tapi memang boleh je retrieve password ni dekat website PTPTN. Jadi kalau tak ingat, dan nak jimat masa, bagitahu je pegawai tu kita tak ingat. Pegawai tu sendiri akan tolong check kan untuk kita. Dia akan mintak no IC kita. As simple as that. So bila dah dapat tu dia akan maklumkan baki terkini, rekod bayaran, ansuran bulanan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan adik-adik yang sambung Ijazah/Master, yang buat surat penangguhan dan dapat jawapan dari PTPTN lulus penangguhan tu, penangguhan tu hanya untuk elak dari senaraihitam CCRIS. Tunggakan tetap berjalan macam biasa. *Sila menangis sekarang*

Back to the business, bagitahu kepada pegawai tersebut, kita nak langsaikan hutang menerusi KWSP. Ikut kita nak langsaikan hutang tu separuh ke atau sekaligus. Sekaligus lagi baik, dengan syarat kita tahu jumlah wang dalam akaun 2 KWSP kita macamana. Pegawai tu akan bagi kita borang untuk diisi iaitu kebenaran untuk mengeluarkan wang dari akaun untuk membayar hutang pendidikan. Lepas siap isi borang, kita kena tunggu surat siap disediakan. Satu lagi dokumen yang kena ada adalah salinan akujanji waktu mula-mula sign dengan PTPTN dulu. Kalau dah terbuang/terhilang, sebelum ni kena cas RM90 untuk dapatkan balik salinan dengan PTPTN. Tapi mulai tahun ni, glad to say no more charges. So cepat-cepatlah setelkan hutang ni kepada yang ada KWSP.

Lepas dah terima surat pernyataan baki daripada PTPTN dan ditandatangani oleh pegawai yang berkenaan, bolehlah ke pejabat KWSP pula untuk urusan seterusnya. So, basically, urusan di PTPTN:

1. Isi borang kebenaran untuk bayaran hutang pendidikan menerusi KWSP (Ini untuk tujuan PTPTN sediakan surat rasmi yang akan diberi on the spot lepas je kita serah borang)
2. Minta satu salinan perjanjian/akujanji pinjaman PTPTN

-so selesai perkara dekat PTPTN, yang mana dua dokumen tadi (surat rasmi pernyataan baki kebenaran bayaran balik via KWSP & akujanji) perlu dibawa bersama ke cawangan KWSP

Next >>>>KWSP

***Sebelum datang KWSP, fotostat siap-siap satu salinan sijil ijazah/ transkrip. Bawa juga salinan IC, in case. Jangan lupa dua dokumen PTPTN tadi.

Alhamdulillah, KWSP Dungun sangat cekap pengurusan dia. Lepas bagitau nak buat bayaran PTPTN guna KWSP tu, dia akan bagi borang untuk diisi. So kita isi je maklumat diri dan berapa RM yang kita nak keluarkan dari akaun 2 tu. IT DOES REALLY DEPEND ON US. Disebabkan taknak lagi tangguh hutang yang sikit berbanding orang lain, tutup mata jela bayar lump sum.

Siap isi borang, pegawai dia akan ambil sekali dengan salinan ijazah dan dua dokumen PTPTN tadi. Sahkan borang dengan cop ibu jari. Siap. √

Cuma last step tunggu 15 hari untuk pengesahan. That's all.

p/s-Mine was RM6***.**, I took it before I got my scholarship in 2009. 

p/s/s-Terkenang balik, ntah kenapa amik PTPTN, padahal masa pra ijazah dulu boleh je survive tanpa PTPTN. Oh, kalau ada anak-anak memang fikir masak-masak dulu sebelum berhutang ni. Nak-nak yang ada riba menyamar dengan macam-macam istilah ni. A not so sleeping debt. 

Sunday, November 22, 2015

Perihal Stress

Assalamualaikum wbt

Hari ni teringin nak sentuh sikit bab stress ni.

Untuk diri sendiri dan juga sesiapa yang sedang mengalami fasa stress. Tak kisahla apa faktor stress tu. Kadang-kadang sebab faktor luaran, kadang-kadang faktor dalaman.

Faktor luaran, mungkin orang sekeliling atau tak berapa sekeliling yang asyik menyumbang kepada stress tadi. Jujur, selalunya bila kita tengah serabut tu la ada je perkara yang akan mencabar keimanan dan ketenteraman fikiran. Untuk orang yang tak boleh cekap melakukan dua kerja dalam satu masa, serious rasa serabut. Lagi-lagi benda-benda ad hoc yang banyak sejak pindah kampung halaman ni.

Selalunya, bab dunia macam harta benda atau akhirat macam perjuangan, amalan dalam beragama dan sebagainya. Tapi, biasanya memang la kalau time tengah stress, dua-dua akan low. Maksudnya bermasalah dari sudut kedua-duanya.

Biasa la hidup ni memang takkan lari dari masalah kan. Walau macamana selesa pun kita; dah ada kerja tetap (insyaAllah), dah ada asas dalam perjuangan (insyaAllah), dah ada family depan mata (biiznillah), tetap ada sahaja perkara yang akan mencuit akal/jiwa/emosi ni. Paling tidak, norma masyarakat yang dah berubah pada hari ini menyebabkan serba tak kena hidup sebagai wanita di zaman sekarang.

Ada mak ayah yang jadi lupa kalau anak itu amanah Allah SWT, bukan sekadar dibela tapi dididik (kecewa), ada abang lupa tanggungjawab dia lebih utama ke atas adik beradik dan ibubapa sebab lebih utamakan kawan-kawan, ada lelaki lupa tanggungjawab nya lebih besar dari wanita, dan ada wanita lupa tanggungjawabnya di rumah lebih besar kerana desakan masyarakat pada hari ini; wanita perlu serba-serbinya sempurna.

Bila stress dengan expectation, dengan segala hal yang perlu diselesaikan, segala impian yang perlu ditolak tepi (sebab perlu utamakan benda lain), rasanya hampir jiwa ini kosong dan numb. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak teruskan ke tidak. Segala formula, teori waktu dulu serasa macam satu retorik yang tak tahu nak pegang ke tidak. Sebab bila kau makin tua, kau rasa semua yang diberitahu dulu makin banyak yang tiba-tiba ada sahaja individu claim itu ini. Rasa macam sedikit keliru. Banyak sebenarnya.

Well, stress is stress. You need to deal with it. Mungkin dengan cara bersyukur. Tapi tak bermakna tak boleh langsung tingkatkan diri dan kejar semua impian kau, ok.

Tuesday, November 10, 2015

Perfectionist Face of The Believer?

In before:
.
.

.
.

I always think modesty is the best policy. Being not obsess over a person always an advantage because human is not perfect. Only look up 100% on people who already made their walk-the-talk life in this world until their last breath and keep on improving oneself knowledge, attitude and behaviour in practicing our belief.

If you think by practicing religion makes you an angel, well, you are wrong because religion is there to fill your thoughts in a directive manner. It is not a tool you use to claim yourself as a non-sinner, because human will never stop making mistakes.

However, the mistake have its own degree I believe. And depends on how serious it is. Either it's between you and God or between you and others. Thus, there is always cause and effect to our action. Anyhow, God loves those who repent, thus the concept of Tawbah exists.

Stop thinking you are not vulnerable to sin or you have to be perfect to be religious or you have to be "religious" to be perfect. As a human, there is always room for improvement. As long as your mind is in a healthy state to figure out, we are all here to learn and grow, in a righteous way.


Rejuvenation: Comeback After 4 Years

Tung tang tung tang *bunyi orang renovate rumah*

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk mencoretkan sedikit penulisan di teratak usang sejak zaman dinasour ni.

*batuk*

Sempena comeback dan nak terus mengasah skill menulis yang dah berkarat macam basikal tua di salah satu street arts lebuh Armenian, aku suka mengingati kata-kata seorang teman yang baik, " Kehidupan ini adalah 3 hari. Hari semalam, hari ini dan hari esok."

Maka hargailah.

.
.
.

Aku suka berfalsafah tentang hidup. Tapi tidak lengkap tanpa memandang pada nilai kematian.

TGNA pernah menasihati, jangan dilupakan kehidupan selepas mati. Rupanya masih wujud 'hidup' selepas mati.

Yang pasti, amalan ketika hidup di dunia mempengaruhi 'kehidupan' selepas mati. Hidup selepas hidup. Menarik bukan? Aku pernah mendengar ceramah dari Ustaz Nazmi, katanya ketika kita akan dihitung di akhirat nanti, panjangnya catatan amalan, berjela-jela. Itulah catatan kehidupan kita di dunia. Lalu, aku mempersoalkan diriku sendiri, yang semestinya tidak maksum ini; bagaimana nanti diriku dihisab?

Aku banyak mencari makna sesuatu peristiwa dalam hidup. Merenung sedalam-dalamnya akan hikmah sesuatu kejadian. Penat. Namun kata orang, untuk kita berubah, kadang-kadang hidayah itu akan menarik apa yang dulu kita paling sayang. Aku akui kenyataan itu. Memang, perubahan pemikiran tentunya adalah titik perubahan paling besar dalam hidupku. Setelah hampir dua tahun, banyak cara fikirku terutama mengenai mereka yang tidak sama fikiran denganku berubah. Boleh dikatakan aku hampir tidak mengenali diriku yang dulu.

Tidaklah aku memandang rendah pada mereka yang masih begitu, namun aku lebih suka berfikir mereka tidak melalui apa yang aku lalui. Dulu, aku juga seperti mereka. Falsafah barat lebih memonopoli pemikiranku. Ada banyak ketika aku lebih suka mendengar hujah sunnatullah. Ada juga keadaannya aku tidak lepas begitu jumud dan taksub dengan suasana dalamanku dengan mengabaikan sunnatullah. Yang pasti, kedua-dua pemikiran begitu terus menerus merugikanku. Merugikan umurku.

Tetapi baru aku sedar, kehidupan dan hikmah adalah saling berkait. Dari setiap permasalahan aku belajar, dan belajar. Dan aku berharap aku tidak ketinggalan untuk setiap hikmah yang berharga untuk meniti hari-hari di masa depanku. Memikirkan masa depan sahaja sudah membuatkan diri ini 'gelap gambar'. Tiada yang pasti. Namun apabila aku sedar aku ada Allah, ada ayat-ayat Qur'anul Karim sebagai petunjuk, aku jadi yakin kembali. Sungguh kalam Allah itu mukjizat.

Apabila manusia tidak mengambil Al-Qur'an sebagai sumber rujukan, mereka yang tidak sedar betapa berharganya Al-Qur'an akan merujuk kepada sumber lain yang lebih dekat dan mudah untuk didapati seperti artis-artis, lirik lagu dan kata-kata motivasi mereka yang berorientasikan akal semata-mata. Maaf, bukan tidak boleh langsung, cuma adakalanya kita perlu tahu limit kita sebagai hamba Dia. Ini ditujukan khas untuk aku juga.

Kadang-kadang, rasa macam masa lalu yang aku bazirkan seperti sampah. Ya, ada kejadian dalam hidup yang aku fikirkan jika aku punya misi yang jelas tentu aku tidak dipergunakan. (Ye ke?) Sampai, aku terlalu memikirkan perkara yang sudah berlalu seperti sekiranya aku ambil jalan A sudah tentu hidup aku tidak akan seperti sekarang. Namun, realitinya aku ambil jalan B. Dan aku yang diberi akal dan kuasa semampuku untuk jadikan hidup aku tidak sia-sia. Sebab hidup aku, setiap hari yang Allah kurniakan seperti satu hadiah yang sangat berharga. Sangat. Supaya satu hari aku mampu bangun dan tersenyum bahawa aku sudah beroleh syurga. Sabarlah sekejap, kan?