Sunday, November 22, 2015

Perihal Stress

Assalamualaikum wbt

Hari ni teringin nak sentuh sikit bab stress ni.

Untuk diri sendiri dan juga sesiapa yang sedang mengalami fasa stress. Tak kisahla apa faktor stress tu. Kadang-kadang sebab faktor luaran, kadang-kadang faktor dalaman.

Faktor luaran, mungkin orang sekeliling atau tak berapa sekeliling yang asyik menyumbang kepada stress tadi. Jujur, selalunya bila kita tengah serabut tu la ada je perkara yang akan mencabar keimanan dan ketenteraman fikiran. Untuk orang yang tak boleh cekap melakukan dua kerja dalam satu masa, serious rasa serabut. Lagi-lagi benda-benda ad hoc yang banyak sejak pindah kampung halaman ni.

Selalunya, bab dunia macam harta benda atau akhirat macam perjuangan, amalan dalam beragama dan sebagainya. Tapi, biasanya memang la kalau time tengah stress, dua-dua akan low. Maksudnya bermasalah dari sudut kedua-duanya.

Biasa la hidup ni memang takkan lari dari masalah kan. Walau macamana selesa pun kita; dah ada kerja tetap (insyaAllah), dah ada asas dalam perjuangan (insyaAllah), dah ada family depan mata (biiznillah), tetap ada sahaja perkara yang akan mencuit akal/jiwa/emosi ni. Paling tidak, norma masyarakat yang dah berubah pada hari ini menyebabkan serba tak kena hidup sebagai wanita di zaman sekarang.

Ada mak ayah yang jadi lupa kalau anak itu amanah Allah SWT, bukan sekadar dibela tapi dididik (kecewa), ada abang lupa tanggungjawab dia lebih utama ke atas adik beradik dan ibubapa sebab lebih utamakan kawan-kawan, ada lelaki lupa tanggungjawab nya lebih besar dari wanita, dan ada wanita lupa tanggungjawabnya di rumah lebih besar kerana desakan masyarakat pada hari ini; wanita perlu serba-serbinya sempurna.

Bila stress dengan expectation, dengan segala hal yang perlu diselesaikan, segala impian yang perlu ditolak tepi (sebab perlu utamakan benda lain), rasanya hampir jiwa ini kosong dan numb. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak teruskan ke tidak. Segala formula, teori waktu dulu serasa macam satu retorik yang tak tahu nak pegang ke tidak. Sebab bila kau makin tua, kau rasa semua yang diberitahu dulu makin banyak yang tiba-tiba ada sahaja individu claim itu ini. Rasa macam sedikit keliru. Banyak sebenarnya.

Well, stress is stress. You need to deal with it. Mungkin dengan cara bersyukur. Tapi tak bermakna tak boleh langsung tingkatkan diri dan kejar semua impian kau, ok.

Tuesday, November 10, 2015

Perfectionist Face of The Believer?

In before:
.
.

.
.

I always think modesty is the best policy. Being not obsess over a person always an advantage because human is not perfect. Only look up 100% on people who already made their walk-the-talk life in this world until their last breath and keep on improving oneself knowledge, attitude and behaviour in practicing our belief.

If you think by practicing religion makes you an angel, well, you are wrong because religion is there to fill your thoughts in a directive manner. It is not a tool you use to claim yourself as a non-sinner, because human will never stop making mistakes.

However, the mistake have its own degree I believe. And depends on how serious it is. Either it's between you and God or between you and others. Thus, there is always cause and effect to our action. Anyhow, God loves those who repent, thus the concept of Tawbah exists.

Stop thinking you are not vulnerable to sin or you have to be perfect to be religious or you have to be "religious" to be perfect. As a human, there is always room for improvement. As long as your mind is in a healthy state to figure out, we are all here to learn and grow, in a righteous way.


Rejuvenation: Comeback After 4 Years

Tung tang tung tang *bunyi orang renovate rumah*

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk mencoretkan sedikit penulisan di teratak usang sejak zaman dinasour ni.

*batuk*

Sempena comeback dan nak terus mengasah skill menulis yang dah berkarat macam basikal tua di salah satu street arts lebuh Armenian, aku suka mengingati kata-kata seorang teman yang baik, " Kehidupan ini adalah 3 hari. Hari semalam, hari ini dan hari esok."

Maka hargailah.

.
.
.

Aku suka berfalsafah tentang hidup. Tapi tidak lengkap tanpa memandang pada nilai kematian.

TGNA pernah menasihati, jangan dilupakan kehidupan selepas mati. Rupanya masih wujud 'hidup' selepas mati.

Yang pasti, amalan ketika hidup di dunia mempengaruhi 'kehidupan' selepas mati. Hidup selepas hidup. Menarik bukan? Aku pernah mendengar ceramah dari Ustaz Nazmi, katanya ketika kita akan dihitung di akhirat nanti, panjangnya catatan amalan, berjela-jela. Itulah catatan kehidupan kita di dunia. Lalu, aku mempersoalkan diriku sendiri, yang semestinya tidak maksum ini; bagaimana nanti diriku dihisab?

Aku banyak mencari makna sesuatu peristiwa dalam hidup. Merenung sedalam-dalamnya akan hikmah sesuatu kejadian. Penat. Namun kata orang, untuk kita berubah, kadang-kadang hidayah itu akan menarik apa yang dulu kita paling sayang. Aku akui kenyataan itu. Memang, perubahan pemikiran tentunya adalah titik perubahan paling besar dalam hidupku. Setelah hampir dua tahun, banyak cara fikirku terutama mengenai mereka yang tidak sama fikiran denganku berubah. Boleh dikatakan aku hampir tidak mengenali diriku yang dulu.

Tidaklah aku memandang rendah pada mereka yang masih begitu, namun aku lebih suka berfikir mereka tidak melalui apa yang aku lalui. Dulu, aku juga seperti mereka. Falsafah barat lebih memonopoli pemikiranku. Ada banyak ketika aku lebih suka mendengar hujah sunnatullah. Ada juga keadaannya aku tidak lepas begitu jumud dan taksub dengan suasana dalamanku dengan mengabaikan sunnatullah. Yang pasti, kedua-dua pemikiran begitu terus menerus merugikanku. Merugikan umurku.

Tetapi baru aku sedar, kehidupan dan hikmah adalah saling berkait. Dari setiap permasalahan aku belajar, dan belajar. Dan aku berharap aku tidak ketinggalan untuk setiap hikmah yang berharga untuk meniti hari-hari di masa depanku. Memikirkan masa depan sahaja sudah membuatkan diri ini 'gelap gambar'. Tiada yang pasti. Namun apabila aku sedar aku ada Allah, ada ayat-ayat Qur'anul Karim sebagai petunjuk, aku jadi yakin kembali. Sungguh kalam Allah itu mukjizat.

Apabila manusia tidak mengambil Al-Qur'an sebagai sumber rujukan, mereka yang tidak sedar betapa berharganya Al-Qur'an akan merujuk kepada sumber lain yang lebih dekat dan mudah untuk didapati seperti artis-artis, lirik lagu dan kata-kata motivasi mereka yang berorientasikan akal semata-mata. Maaf, bukan tidak boleh langsung, cuma adakalanya kita perlu tahu limit kita sebagai hamba Dia. Ini ditujukan khas untuk aku juga.

Kadang-kadang, rasa macam masa lalu yang aku bazirkan seperti sampah. Ya, ada kejadian dalam hidup yang aku fikirkan jika aku punya misi yang jelas tentu aku tidak dipergunakan. (Ye ke?) Sampai, aku terlalu memikirkan perkara yang sudah berlalu seperti sekiranya aku ambil jalan A sudah tentu hidup aku tidak akan seperti sekarang. Namun, realitinya aku ambil jalan B. Dan aku yang diberi akal dan kuasa semampuku untuk jadikan hidup aku tidak sia-sia. Sebab hidup aku, setiap hari yang Allah kurniakan seperti satu hadiah yang sangat berharga. Sangat. Supaya satu hari aku mampu bangun dan tersenyum bahawa aku sudah beroleh syurga. Sabarlah sekejap, kan?