Tuesday, November 10, 2015

Rejuvenation: Comeback After 4 Years

Tung tang tung tang *bunyi orang renovate rumah*

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk mencoretkan sedikit penulisan di teratak usang sejak zaman dinasour ni.

*batuk*

Sempena comeback dan nak terus mengasah skill menulis yang dah berkarat macam basikal tua di salah satu street arts lebuh Armenian, aku suka mengingati kata-kata seorang teman yang baik, " Kehidupan ini adalah 3 hari. Hari semalam, hari ini dan hari esok."

Maka hargailah.

.
.
.

Aku suka berfalsafah tentang hidup. Tapi tidak lengkap tanpa memandang pada nilai kematian.

TGNA pernah menasihati, jangan dilupakan kehidupan selepas mati. Rupanya masih wujud 'hidup' selepas mati.

Yang pasti, amalan ketika hidup di dunia mempengaruhi 'kehidupan' selepas mati. Hidup selepas hidup. Menarik bukan? Aku pernah mendengar ceramah dari Ustaz Nazmi, katanya ketika kita akan dihitung di akhirat nanti, panjangnya catatan amalan, berjela-jela. Itulah catatan kehidupan kita di dunia. Lalu, aku mempersoalkan diriku sendiri, yang semestinya tidak maksum ini; bagaimana nanti diriku dihisab?

Aku banyak mencari makna sesuatu peristiwa dalam hidup. Merenung sedalam-dalamnya akan hikmah sesuatu kejadian. Penat. Namun kata orang, untuk kita berubah, kadang-kadang hidayah itu akan menarik apa yang dulu kita paling sayang. Aku akui kenyataan itu. Memang, perubahan pemikiran tentunya adalah titik perubahan paling besar dalam hidupku. Setelah hampir dua tahun, banyak cara fikirku terutama mengenai mereka yang tidak sama fikiran denganku berubah. Boleh dikatakan aku hampir tidak mengenali diriku yang dulu.

Tidaklah aku memandang rendah pada mereka yang masih begitu, namun aku lebih suka berfikir mereka tidak melalui apa yang aku lalui. Dulu, aku juga seperti mereka. Falsafah barat lebih memonopoli pemikiranku. Ada banyak ketika aku lebih suka mendengar hujah sunnatullah. Ada juga keadaannya aku tidak lepas begitu jumud dan taksub dengan suasana dalamanku dengan mengabaikan sunnatullah. Yang pasti, kedua-dua pemikiran begitu terus menerus merugikanku. Merugikan umurku.

Tetapi baru aku sedar, kehidupan dan hikmah adalah saling berkait. Dari setiap permasalahan aku belajar, dan belajar. Dan aku berharap aku tidak ketinggalan untuk setiap hikmah yang berharga untuk meniti hari-hari di masa depanku. Memikirkan masa depan sahaja sudah membuatkan diri ini 'gelap gambar'. Tiada yang pasti. Namun apabila aku sedar aku ada Allah, ada ayat-ayat Qur'anul Karim sebagai petunjuk, aku jadi yakin kembali. Sungguh kalam Allah itu mukjizat.

Apabila manusia tidak mengambil Al-Qur'an sebagai sumber rujukan, mereka yang tidak sedar betapa berharganya Al-Qur'an akan merujuk kepada sumber lain yang lebih dekat dan mudah untuk didapati seperti artis-artis, lirik lagu dan kata-kata motivasi mereka yang berorientasikan akal semata-mata. Maaf, bukan tidak boleh langsung, cuma adakalanya kita perlu tahu limit kita sebagai hamba Dia. Ini ditujukan khas untuk aku juga.

Kadang-kadang, rasa macam masa lalu yang aku bazirkan seperti sampah. Ya, ada kejadian dalam hidup yang aku fikirkan jika aku punya misi yang jelas tentu aku tidak dipergunakan. (Ye ke?) Sampai, aku terlalu memikirkan perkara yang sudah berlalu seperti sekiranya aku ambil jalan A sudah tentu hidup aku tidak akan seperti sekarang. Namun, realitinya aku ambil jalan B. Dan aku yang diberi akal dan kuasa semampuku untuk jadikan hidup aku tidak sia-sia. Sebab hidup aku, setiap hari yang Allah kurniakan seperti satu hadiah yang sangat berharga. Sangat. Supaya satu hari aku mampu bangun dan tersenyum bahawa aku sudah beroleh syurga. Sabarlah sekejap, kan?



No comments:

Post a Comment