Tidak Mahu Sambut...Hari Tua
takleh lupa gambo ni..tangkap guna camera hp yg dah dalam kenangan..masa ni adik umur 2 tahun setengah..
gambo terbaru..4-year-old Mujahid
Ada jemputan dari saudaraku untuk sesuatu yang sangat penting..9/10/09
Kebetulan, kawan ajak pergi open house raya dan pada masa yang sama, kawan suruh pergi sebab nak buat sambutan majlis hari lahir sekali.. Dan aku , on the contrary, insyaAllah memilih untuk menghadiri jemputan saudaraku..[erk?] Ya Allah, dua-dua sama penting. Kawan dan saudara..
Esoknya [10/09] angah minta aku ke UIA. Bawakan jubah yang dijahit ummi sewaktu cuti yang lepas; dan daftar lesen, katanya. Ada pesta konvo juga di sana.
Ya Allah, aku sudah jadi seperti student UIA celup lagaknya. Masuk kali ini [insyaAllah], sudah kali keberapa aku 'mengembara' ke UIA.[Angah ingat tak..? rasanya lebih dari 6 kali..squatting kat marhalah angah lagi..(exaggerating~)]Dan 10/9 aku tetap perlu mengajar di Seksyen 19. Mungkin dalam pukul 5 baru boleh bertolak ke UIA. Sebelum tu kena naik bas dari Seksyen 18, ke Seksyen 2. Kemudian dari Seksyen 2 ke KL Sentral. Oh, ada alternatif lain! Mungkin patut naik KTM sahaja dari Seksyen 19, ke KL Sentral. Kemudian naik LRT ke Gombak.
Semalam abuya call, dan memberitahu; adik bongsuku demam. Demam rindu barangkali. Pada kakaknya ini.[haha]. Rumah sunyi sepi sekarang. Semua pulang ke tempat belajar masing-masing. Tentulah sunyi adik. Teringat sewaktu aku sampai di rumah pada 19/09 pagi. Lebih kurang pukul 5 pagi. Adik masih tidur pada waktu itu. Kemudian aku lihat kakakku yang lebih dulu bercuti di rumah sudah bangun untuk sahur. Kami berbual-bual di dapur. Adik yang sedang tidur, terjaga [mendengar suara aku barangkali], terus memanggil namaku. Meluru dia ke dapur, mencari aku. Sayu nya hati aku. Adik yang makin membesar. Pampers , dan botol susu sudah tiada lagi di tangannya. Sekarang adik dah pandai, tanya abang dan kakaknya; ALLAH DI MANA? KENAPA TAK NAMPAK ALLAH?
Memikirkannya, aku rasa ini salah satu bukti fitrah manusia yang sememangnya merasakan pergantungannya dengan Pencipta. Serta bukti manusia sememangnya telah mengikat janji dengan Sang Pencipta sejak di alam rahim lagi. Sebab itu, manusia yang kusut jiwanya, yang masih tercari-cari, yang jiwanya memberontak akan kembali damai dengan mengingati Allah, dengan mengingati bahawa semua masalah kembali kepada Allah. Allah akan membantu hamba-hamba-Nya.
This soul is a servant,Upon the promise, "Alastu bi Rabbikum?" "Qaalu, Bala Syahidna."This soul is created from a drop of disdainful water,Chosen from the millionsThis soul then born into the world,Without even know how to read and writeThis soul then becomes a daughterFor her beloved parentsThis soul has the responsibilityAs a sister, among her siblingsThis soul seeks for knowledgeFor the sake of her religion and nationThis soul is a companion,Reflection to her friends aroundThis soul,One day,Shall return to Him,Enumerated,and sees her Creator...
Semakin menginjak usia, semakin rasa diri ini hampir untuk menemui Pencipta-Nya. Dah berapa banyak bekalan nak bawa ni? Rasa-rasa cukup ke tidak? Semoga sempat mempersiapkan diri sebelum menemui-Nya..Amiin.
*******
!!Ada dua dokumen on the way untuk disiapkan. Satu untuk kak diyana dan satu untuk kak zulaikha. Dan ada baanyak lagi tugasan menantiku di hadapan;
*Lesson Plan
*Test Construction
*Micro Teaching
*Creative Project
*PTE Test
*PTE Group Assignment
*Arabic Video Project
*Career Counseling [Presentation]
Doakan kejayaanku..sahabat-sahabat, dan sesiapa sahaja yang melawat blog ini.
Terima kasih!
p/s: Mencari..dan terus mencari..cinta Ilahi..sehingga kutemui..[pinjam tagline blog ummuhusna..]
Wassalam.
4 comments
itu adik adda? alalala comelnya berbaju melayu!!! jd, kenapa tak mahu jd tua? lg pun, growing old is compulsary, growing up is optional :) may u stay young at heart n always~
REPLYhaha..taknak3~..tiktoktiktoktiktok..akhirnya dah 21..& the feeling that 1 breath closer to death keep following...but as always, i keep myself enjoying whatever i do..
REPLYp/s: aah..adik adda..jauh beza warna kulit ngn kakak dia kan? huk3..
salam.
REPLYso cute...can i ngorat him:)
yes, yes, cant agree wit u more..
there wud always b a spot of loneliness dat no man, no friend can fill, only GOD THE ALMIGHTY himself can cure..
may we b always in His love n blessings:)
ika, u want to ngorat him eh? can2..but u must buy him 'kereta kawalan' first lah..~huhu
REPLYthats what he aim for last time i met him..
so, if u dare to become his 'sugar mummy', can la~[haha]
Mujahid pemalu dengan org luar la ika..he would rather say to me, "adik mal-lu..." if i ask him to greet people..hoho
anyway, may Allah bless u too..in our journey thruout this life..^^