Tuesday, December 1, 2015

The Not-So-Sleeping Debt: Cara Bayar PTPTN Guna KWSP

Assalamualaikum wbt.

Hari Ahad lepas kebetulan dapat surat dari PTPTN memaklumkan tentang tunggakan sebanyak RM1***.**. Ok, I know. Bukan benda yang menggembirakan. Sekali dengan kakak saya pun dapat surat amaran pertama tentang tunggakan ni. Adik lelaki saya dapat surat kebenaran untuk menangguh bayaran disebabkan dia sekarang sedang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah.

Dan untuk rekod, selepas tamat belajar 2012, saya pernah hantar emel bertanya tentang hal pembayaran ni dan memang tiada balasan. Tahu-tahu sahajalah dengan asyik bertukar tempat kerja dan jauh dari keluarga, memang kecenderungan untuk terlupa tentang hal hutang PTPTN ni memang menjadi-jadi. Lepas dapat tahu cara untuk semak baki melalui website pada awal 2013, terus print baki konon-konon bersemangat nak bayar. Tapi again, disebabkan menunggu result mansuh PTPTN yang semakin tersebar pada tahun tersebut, sekali lagi saya terlupa (buat-buat lupa) mengenai bayaran balik. Banyak diskusi dan wacana mengenai pemansuhan PTPTN di media. Dan saya, sangat berharap ianya dimansuhkan.

Selepas PRU13....

2013.....

2014......

Dan sekarang 2015 dah hampir ke penghujung. Barulah dapat surat amaran. Baik punya strategi PTPTN ni. So, sambil-sambil berfikir cara nak bayar tunggakan tu, bila tengok dekat website dia boleh bayar guna KWSP. So apalagi, memang saya berazam nak bayar penuh dan tamatkan segala hutang yang tersisa dengan PTPTN ni.

Disebabkan bila call number PTPTN asyik operator yang jawab dan macam terlalu complicated,(emel pun macam tu--dia ada bagi alamat email untuk kita contact, tapi sampai sekarang memang takde reply), saya pun terus men-google senarai kaunter PTPTN di Terengganu. Alhamdulillah, kaunter di Dungun baru je buka bulan ni. Tanpa melengahkan masa, lepas habis kelas terus ke bangunan kaunter ni yang terletak bersebelahan McDonalds. Masa sampai tu, kena bayar parking 60sen/jam depan bangunan. (Dulu tak payah bayar, sekarang lepas 2014, kena bayar untuk elak saman.)

Pejabat dia di tingkat atas, so kena naik tangga sikit. Sampai tu terus nampak beberapa orang tengah menunggu dan berurusan dengan pegawai PTPTN di kaunter masing-masing. Sistem nombor tak digunakan mungkin sebab ofis masih baru. Ada 3 kaunter semuanya, tapi cuma 2 kaunter yang berfungsi. So dah siap kaunter no 2 tu, terus saya dipanggil. So saya nyatakan tujuan untuk tahu baki pinjaman yang kena bayar.

Mula-mula, pegawai tu akan tanya kita password yang kita dapat masa mula-mula kita mohon PTPTN dulu. Macam selalu, perkara 7tahun, 8tahun lepas mana lah nak ingat sangat, kan. Tapi memang boleh je retrieve password ni dekat website PTPTN. Jadi kalau tak ingat, dan nak jimat masa, bagitahu je pegawai tu kita tak ingat. Pegawai tu sendiri akan tolong check kan untuk kita. Dia akan mintak no IC kita. As simple as that. So bila dah dapat tu dia akan maklumkan baki terkini, rekod bayaran, ansuran bulanan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan adik-adik yang sambung Ijazah/Master, yang buat surat penangguhan dan dapat jawapan dari PTPTN lulus penangguhan tu, penangguhan tu hanya untuk elak dari senaraihitam CCRIS. Tunggakan tetap berjalan macam biasa. *Sila menangis sekarang*

Back to the business, bagitahu kepada pegawai tersebut, kita nak langsaikan hutang menerusi KWSP. Ikut kita nak langsaikan hutang tu separuh ke atau sekaligus. Sekaligus lagi baik, dengan syarat kita tahu jumlah wang dalam akaun 2 KWSP kita macamana. Pegawai tu akan bagi kita borang untuk diisi iaitu kebenaran untuk mengeluarkan wang dari akaun untuk membayar hutang pendidikan. Lepas siap isi borang, kita kena tunggu surat siap disediakan. Satu lagi dokumen yang kena ada adalah salinan akujanji waktu mula-mula sign dengan PTPTN dulu. Kalau dah terbuang/terhilang, sebelum ni kena cas RM90 untuk dapatkan balik salinan dengan PTPTN. Tapi mulai tahun ni, glad to say no more charges. So cepat-cepatlah setelkan hutang ni kepada yang ada KWSP.

Lepas dah terima surat pernyataan baki daripada PTPTN dan ditandatangani oleh pegawai yang berkenaan, bolehlah ke pejabat KWSP pula untuk urusan seterusnya. So, basically, urusan di PTPTN:

1. Isi borang kebenaran untuk bayaran hutang pendidikan menerusi KWSP (Ini untuk tujuan PTPTN sediakan surat rasmi yang akan diberi on the spot lepas je kita serah borang)
2. Minta satu salinan perjanjian/akujanji pinjaman PTPTN

-so selesai perkara dekat PTPTN, yang mana dua dokumen tadi (surat rasmi pernyataan baki kebenaran bayaran balik via KWSP & akujanji) perlu dibawa bersama ke cawangan KWSP

Next >>>>KWSP

***Sebelum datang KWSP, fotostat siap-siap satu salinan sijil ijazah/ transkrip. Bawa juga salinan IC, in case. Jangan lupa dua dokumen PTPTN tadi.

Alhamdulillah, KWSP Dungun sangat cekap pengurusan dia. Lepas bagitau nak buat bayaran PTPTN guna KWSP tu, dia akan bagi borang untuk diisi. So kita isi je maklumat diri dan berapa RM yang kita nak keluarkan dari akaun 2 tu. IT DOES REALLY DEPEND ON US. Disebabkan taknak lagi tangguh hutang yang sikit berbanding orang lain, tutup mata jela bayar lump sum.

Siap isi borang, pegawai dia akan ambil sekali dengan salinan ijazah dan dua dokumen PTPTN tadi. Sahkan borang dengan cop ibu jari. Siap. √

Cuma last step tunggu 15 hari untuk pengesahan. That's all.

p/s-Mine was RM6***.**, I took it before I got my scholarship in 2009. 

p/s/s-Terkenang balik, ntah kenapa amik PTPTN, padahal masa pra ijazah dulu boleh je survive tanpa PTPTN. Oh, kalau ada anak-anak memang fikir masak-masak dulu sebelum berhutang ni. Nak-nak yang ada riba menyamar dengan macam-macam istilah ni. A not so sleeping debt. 

22 comments:

  1. thanks. nak buat potongan kwsp nanti huhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Bagus info ni. Saya pun baru nak gagahkan diri byr hutang guna kwsp. Kalau boleh elak, elaklah dari meminjam dgn PTPTN. Azab nak membayarnya.

    ReplyDelete
  3. Baru kene potong gaji rm500 mandatori dr PTPTN bulan ni...hmmm...dugaan time2 nak raya bulan depan ni..sabar je la...
    PLAN B - must go to KWSP to settle this debt ASAP..grrrrr

    ReplyDelete
  4. Thanks a lot for the info..really helpful

    ReplyDelete
  5. Tak sangka ramai yang baca. Alhamdulillah..mudah-mudahan bermanfaat. Thanks for the comments :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. saya nak bertanyakan beberapa soalan.. boleh saya dapatkan email cik rabiatul..?

      Delete
  6. Sme la bru nk sttlekn.. Tgh cari info.. Dh bpuluh surat ptptn dpt.. Tp wat dekk je.. Haha

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. sgt2 phm artikel ni.. jumaat ni nk p bayaq, tp x tahu cara.. tuh yg dok google.. tejumpa artikel sis.. sgt2 membantu.. tq very much sis :)

    ReplyDelete
  8. tq sis..banyk membantu..senang faham..:)))

    ReplyDelete
  9. Yes, patutla email tak berbalas, nk kena walk-in to counter la nmpk gayanya, thanks for sharing this info...

    ReplyDelete
  10. salam.
    sebelum datang KWSP, fotostat siap-siap satu salinan sijil ijazah/ transkrip. Bawa juga salinan IC, in case. Jangan lupa dua dokumen PTPTN tadi.

    bagaimana pulak kes klu x habis belajar tpi ada pinjaman ptptn.

    ReplyDelete
  11. salam.
    sebelum datang KWSP, fotostat siap-siap satu salinan sijil ijazah/ transkrip. Bawa juga salinan IC, in case. Jangan lupa dua dokumen PTPTN tadi.

    bagaimana pulak kes klu x habis belajar tpi ada pinjaman ptptn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. step kat atas kalau nk guna kwsp utk byr ptptn. xde mslh klu dah ada kwsp dgn kerja skrg (kerja sambil bljr)..

      Delete
    2. step kat atas kalau nk guna kwsp utk byr ptptn. xde mslh klu dah ada kwsp dgn kerja skrg (kerja sambil bljr)..

      Delete
    3. maksud nyer.. klu tanpa apa2 dokumen still boleh bayar dengan kwsp guna akaun 2..?

      Delete
    4. kena tanya sendiri kwsp la kalau kes mcmni rasanya..sbb setahu saya ptptn ni ada akujanji dia kan masa mula@ nk pinjam dulu..im not so sure..huhu sorry

      Delete
  12. kalau xhabis belajar macam mana yer? mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  13. kalau xhabis belajar macam mana yer? mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  14. hai semua...macam mana plak klau akaun II x ckup byr tnggkkan semua? sebab sngt trlambt taw info nie...

    ReplyDelete