Selamat Hari Ibu
Salam Alayk..
Seseorang bertanya, ke mana saya menghilang? Sebenarnya, selama ini saya pergi bertapa. Anda percaya? Tolonglah jangan. Saya tidak ke mana-mana. Mungkin di alam virtual ini saya menghilangkan diri untuk seketika.
Sekarang, di waktu kawan-kawan sekuliah sedang enak menikmati cuti bersama keluarga, saya masih di Shah Alam. Secara terperincinya, di Kolej Kenanga. Kalau bernasib baik saya akan disapa beberapa ekor monyet di awal pagi. Mereka selalu cari makan di tong-tong sampah setiap aras. Jadi, saya sekarang sedang belajar-belajar untuk tidak sesekali membuka tingkap tak kira walau macam mana situasi sekalipun. Takut-takut, kalau lupa nak tutup, tunggu lah kehadiran tetamu tidak diundang anda itu.
Hmm..nasib baik ramai juga student yang tidak pulang ke kampung. Mereka seperti saya, senasib dengan saya. Tapi cuba buat-buat enjoy walaupun tak balik. Tipu kalau saya kata saya tidak tension. Orang gila sahaja yang tidak tension. Ini betul. Sewaktu saya belajar teori ujian lesen memandu, cikgu yang mengajar ketika itu, Cikgu Wong Chin Seng mengatakan, even babies got their own depression, when they are hungry.
Jadi untuk menghilangkan tension, saya telah membuat plan, saya harus ke KL. Berjumpa dengan seseorang yang boleh buat rasa rindu pada rumah di kampung berkurangan. Siapa lagi kalau bukan Kakngah. Semalam sekadar jalan-jalan di Masjid Jamek. Tiada apa yang istimewa ditambah dengan hujan yang tersangat lebat bermula selepas zohor. Dan perasaan manusia kadang-kadang dipengaruhi oleh cuaca, kan? Jadi kami memang dah tak berapa excited untuk jalan-jalan lagi. Ditambah kakngah sebenarnya ada kerja kerana sekarang dia sedang buat short course.
Tapi sewaktu membeli buku law yang dikirim adik saya, (tapi dibayar oleh kakngah), saya ternampak buku-buku lain yang sangat menyentuh hati untuk membelinya. Namun hasrat murni tersebut terpaksa dibatalkan apabila melihat ke dalam isi dompet yang hanya tinggal dua not merah dan satu not hijau sahaja..hmm. Oh ya, tahniah kepada adik Ilah yang berjaya menempatkan diri di UiTM Kuantan dalam asasi Law. Maafkan kakteh sebab tak ikut serta menghantar ilah ke sana..hmm.
Bercakap mengenai asasi, anda yang berminat untuk mengambil MUET (Malaysian University English Test) untuk ujian yang bermula Oktober 2010 dan merupakan calon persendirian, dikehendaki mendaftar sebelum 16 Jun 2010. Caranya mudah sahaja. Sila lawati http://www.mpm.edu.my untuk langkah seterusnya. Saya difahamkan untuk sesi kali ini, semua pelajar asasi dikehendaki mengambil ujian MUET sebagai calon persendirian.
Sebelum terlupa, anda semua yang pernah ke blog saya sebelum ini tentu perasan tiada lagi iklan nuffnang di sini. Dan pernah juga rakan saya bertanya apa itu nuffnang dan bagaimana untuk join. Untuk pengetahuan, nuffnang adalah sebuah syarikat yang menyediakan servis pengiklanan menggunakan medium blog--melalui para blogger. Dan hampir semua blogger menjadikan nuffnang sebagai sumber rezeki kerana setiap klik anda di iklan, akan dikira dan dimasukkan ke dalam tabung virtual mereka. Tapi sebagai muslim, sila baca ini dan buatlah penilaian anda. Mungkin di situ anda tahu kenapa saya berhenti menggunakan nuffnang walaupun mendapat banyak manfaat secara amnya.
Apapun, kembali kepada tajuk entri. Walaupun hari ibu sudah berlalu, tapi memandangkan kita sepatutnya menjadikan setiap hari adalah hari ibu, jadi saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita di dunia. Sebentar tadi adik saya menghantar sebuah mesej video bersempena hari ibu. Jadi saya kongsikan video tersebut di sini.
p/s-Petang semalam kakngah belanja coklat hazel nut yang sangat cair di mulut tidak di tangan. (betul angah..coklat tu dah cair..)
-Maafkan saya kerana entri kali ini sangat random, sebab terlalu banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang sebulan lepas..and i just pick little details for all..:)
Sekian, wassalam.
3 comments
entry ni panjang. tp aku mcm dpt baca kepenatan ko n ape yg byk kau 'tertinggal'.
REPLYtp takpe adda, tanggungjawab tetap kena diutamakan.
hait, kuatkn semangat sayang!
adda. sila tabah, kamu boleh!
REPLYmissyonne: ya memang panjang..tapi merapu..heheh..terima kasih sayang!
REPLYsupa-jelli: insy,,,hait!arigatou!