Buatmu bakal tetamu Allah...

(Tulis dalam blog sebab ini adalah domain yang paling laju kalau cari maklumat di google (mengikut kajian saya..muehehe) So bertujuan untuk membantu bakal tetamu Allah especially kaum hawa, saya dedikasikan entri ini untuk anda.)

Kebiasaan buat bakal tetamu Allah, antara kata kunci yang biasa di cari: 'Persediaan umrah', 'Umrah musim panas' dan  'Keperluan umrah'. Untuk entri ini saya tak akan tekankan sangat tentang keperluan jasmani dan fizikal harapnya sebab banyak blog yang ada menerangkan tentang hal ni. Saya cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman saya di sana, serta mungkin beberapa hal yang kita terlepas pandang semasa mengerjakan ibadah umrah. InsyaAllah.

Ok Jom..

IBADAH UMRAH

Tak dinafikan, intipati dan kemuncak perjalanan ke Makkah adalah untuk UMRAH. Umrah pertama kami bermiqat (niat umrah) di Bir Ali (sebab datang dari Madinah). Bila dah berniat ihram maka kita terbatas dan berada dalam larangan-larangan ihram sehinggalah kita sampai di Makkah, bertawaf, saie, dan bercukur. Biasanya dalam satu hari dah boleh habiskan semua langkah-langkah untuk selesaikan satu umrah (tawaf,saie, bercukur) ni. Ada yang lagi gagah boleh setel dalam masa 3 jam je. Lepas tu terlepaslah dari larangan-larangan ihram ni dan boleh balik bilik berehat sebelum aktiviti seterusnya.

Biasanya keesokannya kita akan dijemput menunaikan umrah-umrah seterusnya pula. Umrah-umrah ini dipanggil berdasarkan tempat kita bermiqat. Contohnya umrah Ja'ranah, Umrah Hudhaibiyah, Umrah Taneem, dll.

TAWAF

Secara asasnya, bahagian tawaf bahagian yang paling perlu diberi perhatian sewajarnya sewaktu ingin menyempurkankan umrah yang dibuat. Hal ini kerana, hanya sewaktu melaksanakan tawaf kita perlu berada dalam keadaan berwudhuk, dan mengelakkan perkara yang boleh membatalkan tawaf. Tawaf ni ibarat solat juga, kena khusyuk dan tetap berada dalam keadaan bahu kiri mengiring Kaabah. Untuk kaum Hawa, bila kita pakai telekung solat waktu dalam ihram, sila lah berhati-hati untuk tidak menutup muka. (Terutama yang berniqab) sebab salah satu larangan ihram kita adalah tak boleh menutup muka/sebahagian muka. Kadang-kadang bila cuaca terlalu terik, kita cenderung nak tutup muka kan? So kalau tersilap dalam satu saat je dan kita tersedar, kita terus memperbaiki keadaan tu, tak berdosa dan tak perlu bayar dam. Banyak lagi kejadian-kejadian yang selalu tersalah dibuat ketika tawaf ni, so kena banyak bertanya jugalah sebelum pergi. Contoh lain, terbawa uncang kasut sekali semasa Tawaf. Sedangkan diyakini terdapat najis pada kasut tersebut, atau mendukung baby yang pampersnya diyakini 'penuh' sewaktu kita tawaf.

TAWAF WADAK

Tawaf ni dilakukan sebelum kita naik bas nak keluar dari Makkah untuk kembali ke Tanah air kita. Ini juga dipanggil tawaf selamat tinggal. Untuk tawaf ni, kita dah tak boleh buat benda-benda lain selain benda asas sahaja selepas selesai bertawaf. Maksudnya, perkara-perkara yang takde kepentingan langsung tak boleh dibuat dah. Contohnya macam selfie, beli barang ole2 kat tepi jalan, dll. Nak buat benda basic sahaja boleh, macam beli makanan untuk bekalan dalam bas, bersihkan diri sebelum bermusafir dll. Sampai je kita naik bas, dan bas dah bergerak keluar barulah kita boleh buat benda-benda tadi dan terlepaslah semua larangan.

Ok, ni serba sedikit tentang fizikal thingy...

WIFI HOTEL atau SIMKAD

Pandangan peribadi berdasarkan pengalaman saya, sebaiknya gunakan wifi hotel sahaja sudah memadai. Ayah saya menggunakan simkad Mobily yang dijual lebih kurang 100riyal (ada dua pilihan simkad samada Mobily atau Zain) semasa di Madinah dan Makkah namun ia tidak begitu dimanfaatkan kerana sepanjang di Madinah kami lebih banyak menggunakan wifi hotel. Satu lagi kalau nak call saudara mara di Malaysia, better guna simkad bukan roaming untuk lebih jimat. Tapi! guna simkad pun tak dijamin murah ye..maybe RM5/10saat (mengikut pengalaman saya). Sengih jela lepas tengok baki kredit ayah. :'(

NIQAB ATAU PURDAH?

Khas untuk kaum Hawa, nak pakai niqab tak dekat sana? Sejujurnya, saya nasihatkan sangat-sangat, silalah PAKAI terutamanya buat mereka yang masih bujang. Ehem. Pelbagai perkara yang berlaku terutama sewaktu kita ingin berurusan jualbeli di sana yang menyebabkan saya serik dan terus pakai niqab sewaktu di Makkah. Ini serius! Walaupun takde seorang yang puji muka saya di Malaysia, tapi bila dekat sana tiba-tiba selalu sangat pekerja kedai puji, "Cantik". Saya syak diorang tahu perkataan tu tanpa tahu maksud. =,='

Pengalaman saya di sana, sewaktu di Madinah, saya memang tak pakai niqab sebab memang di Malaysia saya bukanlah seorang yang istiqamah pakai niqab. Niqab ni saya pakai just tengok situasi sahaja. Kalau rasa perlu, pakai. Sebab tak rasa muka cantik sampai kena pakai niqab. Lagipun cuaca kat Malaysia jenis panas lembap..dan muka jenis cepat berpeluh..=,='. Bila di Madinah dan Makkah, cuaca di sana walaupun panas tapi angin still sepoi-sepoi bahasa. Means, takkan berpeluh langsung dan kalaupun berpeluh, terus tersejat! haha. 

UBAT STOP PERIOD

Ok ini hal yang saya ambil ringan sebelum berangkat ke sana. Dengan kesibukan kerja (perasan), saya langsung terlupa untuk bertanya secara spesifik kepada sahabat saya yang berpengalaman. Saya cuma baca mesej,

"Adda jangan lupa ambil pil perancang untuk tahan period."

Dan berpendapat, ok nanti aku beli dan makan sebelum pergi.

Pastu bila tiba seminggu lagi nak pergi, mula lah kalut cari pil tahan period. End up, sampai berpeluh-peluh nak fahamkan penjelasan pharmacist tentang cara nak makan ubat tu. Bila kita dah datang period, memang takkan memberi kesan. Maknanya kat Mekah nanti terpaksalah redha sebab tak dapat nak buat ibadah Tawaf untuk sempurnakan umrah-umrah nanti.

Masa tengah confused dengan penerangan pharmacist tula, teringat nak check balik Whatsapp sahabat, terbaca, "PIL PERANCANG". Caranya makan SEBULAN sebelum berlepas. Hari kedua atau ketiga period dah makan & makan non-stop sampai hari terakhir di sana dan kena KONSISTEN. Contohnya makan ubat tu pukul 10 malam, jadi jangan terlepas walau sehari. So perlu beli ubat ni secukupnya.

Pengalaman sendiri, tak makan sebab dah terlewat untuk makan (since seminggu sebelum bertolak baru baca balik mesej pasal ni, tapi Alhamdulillah tak datang period sampailah depart from Jeddah Airport). Terima kasih ya Allah. :')

TUDUNG DAN SHAWL

Oklah ni nak cerita sikit benda paling penting untuk kaum Hawa. Ketika mempersiapkan diri untuk trip umrah, salah satu item penting di dalam checklist adalah tudung. Berapa helai? Jenis? Warna? Disebabkan kebiasaan di Malaysia saya memakai shawl, jadi saya membawa sebahagian besar shawl yang ada, serta tudung yang dihadiahi teman rapat beberapa hari sebelum bertolak. 

Takdir Allah, tiba di Madinah saya tersedar semua pin untuk memakai shawl tertinggal di homestay kami menginap sebelum bertolak. Puas menyelongkar dan mencari kerongsang kecil yang mungkin terbawa di dalam beg, namun hampa. 

Malam selepas menunaikan solat Isyak, sempat ibu dan saya menyusuri deretan kedai di bangunan bawah hotel sepanjang jalan mencari brooch yang sesuai, namun brooch di Madinah semuanya bersaiz separuh genggam tangan. Last resort, saya pakai juga tudung 'fareeda' labuh extra Ummi saya. Imaginasi memakai shawl selepas seharian memakai tudung awning hadiah sahabat terpaksa dilupakan. 

Lagipun bila di negara orang kita ibarat masuk dalam rancangan survival. Segalanya tak boleh ikut kehendak selera hati sangat. kena fikir skill untuk survive. *Percayalah perempuan dan tudung yang dia selesa pakai tak dapat dipisahkan* Jadi sepanjang di Madinah dan Makkah, satu shawl pun tidak digunakan, sekadar memenuhkan ruangan beg..huhu 

Sekadar membuat telahan sendiri selepas tidak menjumpai brooch comel di Madinah, "Mungkin orang Arab tak pakai brooch." Rupa-rupanya hal ini memang benar sebab masa nak solat di Masjidil Haram kebetulan saya berdiri di belakang beberapa wanita Arab. Mereka solat dengan memakai jubah dan shawl hitam mereka yang akan dililit ke dagu sampai kemas tanpa bantuan sebarang pin!

Dan sepanjang pengamatan saya, majoriti wanita Arab yang saya temui sepanjang berada di Madinah atau Makkah hanya memakai jubah hitam sebagai pakaian mereka dan juga berpurdah hitam. Semuanya seragam seperti tidak mahu dikenali walaupun tanpa sebarang penafian mereka memiliki rupa paras yang sangat cantik. Anyway, mereka yang berpakaian berwarna-warni kebanyakannya dari luar; Turki,Mesir,Indonesia,Malaysia,dan lain-lain. Satu lagi kalau nak kenal negara selain Arab Saudi mereka mesti ada cop tulisan dekat telekung solat atau sejadah mereka dengan tulisan yang kadang-kadang dapat kita kenali dan kadang-kadang kurang dikenali seperti  dan Azerbaijan (maybe).

DOA MUSTAJAB

Antara kenangan yang tak dapat dilupakan adalah menziarahi Jabal Rahmah yang terletak berdekatan Padang Arafah, tempat berlakunya pertemuan di antara Nabi Adam dan Siti Hawa'.

Namun demikian tiada nas sahih tentang mustajab doa di sini lebih-lebih lagi doa berkaitan jodoh. Ustaz yang membawa kami melarang meniru perbuatan segelintir jemaah yang mempercayai dan berbuat perkara yang tidak sepatutnya di Jabal Rahmah seperti meletakkan gambar si polan si polan, memanggil nama si polan si polan dengan berdoa di sini. Sedangkan doa yang terpaling mustajab yang makbul adalah di hadapan Kaabah di Masjidil Haram itu sendiri.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin diceritakan sepanjang berada di Makkah dan Madinah. Until next entry then, see you. :')

NOTA :)
*Shawl: Sejenis selendang labuh
*Brooch: Keronsang