Monday, June 7, 2010

Ringkas Sahaja

Salam Alayk..

Jadi ketua sangat susah. Sebab anda kena bersikap natural dengan semua subordinate anda. Lepas tu kena buat-buat anda tahu semua benda. Padahal anda tak pandai nak samaratakan semua orang pun. Sebab tak semua manusia berfikiran sama sepanjang masa. Dan dalam satu masa pun. Semua manusia ada persepsi tersendiri. Dan balik kepada diri sendiri, memang saya lebih suka jadi follower agaknya. *sigh*

Susah betul kan? Tapi nak taknak kena buat jugak, sebab semangat "siapa lagi kalau bukan aku." Tapi tahu-tahu sahaja, anda sudah ketinggalan. Mungkin ada sesuatu yang perlu dibaiki. Mungkin sesuatu itu banyak. Bukan sekadar sesuatu. Masih compang-camping di sana sini. Perlu check and balance tentang koordinasi kepimpinan. Koordinasi bahasa juga amat penting. Jangan disebabkan kepimpinan ini, anda mengorbankan kecekapan bahasa yang anda gemari--Bahasa Inggeris. Jangan! Seimbangkan. Tahulah anda banyak sertai program yang menggunakan bahasa Ibunda, sampai2 Bahasa Inggeris lama tidak dipraktis. Jangan memalukan diri di hadapan kelas lagi. Cukup.

Sekarang, kepimpinan itu berkadar terus dengan masa. Masanya untuk reflect pada apa yang telah dilakukan.

***********
"Manisnya kekuasaan akan terasa setelah turun,
Laksana bayi yang baru merasakan manisnya menyusu pada saat telah dihentikan.
Kegembiraan waktu menjawat akan segera lenyap dengan kesedihan waktu diberhentikan.
Ingatlah, kekuasaan atau jawatan akan selalu berputar"
- dari Ema

Terima kasih sahabat, peringatanmu akan kusisip kemas bersama langkah2 ku sehari-hari di sini.

Wassalam.

3 comments: