Positif-Sikap Yang Selalu Diingatkan Kepada Pelajar PMR & SPM
Kak Dyana (saya suka eja nama beliau macamni) cakap, menulis itu terapi. Terapi apa? ha, itu yang kita tak tahu. Satu lagi terapi untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan yang selalu diamalkan kaum hawa adalah menangis. Mesti masing-masing setuju. Dulu masa kecil-kecil menangis sebab tak dapat apa yang kita nak. Tapi dah dewasa ni pun, masih sebab yang sama, cuma penerimaannya berlainan. Redha sebab dah faham kenapa semua yang kita harapkan tak seperti yang berlaku. Taklah sampai memberontak macam masa kecil dulu. Tapi waktu kecil dulu, takde pulak teringat-ingat hendakkan sesuatu sampai ke dewasa. Sebab utamanya, Alhamdulillah ayah saya seorang yang sangat penyayang. Apa yang diminta, semua diberi. Tak pernah kata tak boleh. Dan Alhamdulillah juga, emak saya bersikap sebaliknya. Nak sesuatu mesti dapat no 1 dalam kelas, mesti perform itu ini, atau at least hadiah hari lahir. Jadi adalah keseimbangannya di situ.
Tapi dah dewasa ni, bila kekecewaan kita hendak diluahkan, ia jadi macam janggal. Nampak sangat kebudak-budakan. Mahu tak mahu, menangis tapi jangan sampai orang sedar. Dan kesan dia, walaupun kamu ingin lupakan, tak sampai sesaat kemudian teringat balik. Samada kecewa sebab pengurusan, sebab seseorang, sebab kawan, sukar untuk berfikiran lurus dan positif macam dulu-dulu. Macam zaman sebelum dirompak dahulu. Setiap tindakan pasti akan terlintas the dark side of it. Saya akan sentiasa berfikiran begitu. Tak tahu bagaimana nak klasifikasikan pemikiran saya ini. Kalau orang kata perlu berfikiran positif tentang sesuatu, itu saya boleh terima, tapi melihat kepada siapa yang berkata. Kalau dia cakap tak serupa bikin, saya akan terus turn-off nasihatnya itu. Ianya seperti, seseorang berkata kepada kamu, kamu-boleh-kawan-dengan-saya-walaupun-saya-tidaklah-suka-kawan-yang-bermasalah-cari-saya. Janggal bukan? Dan akibat sikap negatif@berhati-hati saya itu, saya sukar menjadi diri saya yang dulu. Rasa susah nak senyum dengan ikhlas dengan seseorang yang saya masih suspicious of. Padahal getaran hati negatif saya yang terlebih dahulu berjangkit pada orang itu, lalu hati saya memberitahu perkara yang tidak enak tentang dia. Padahal masalahnya saya.
Sehinggalah! Saya berjumpa dengan seseorang yang sangat happy go lucky. Walaupun diejek, dimarah, dibuat macamana pun, masih selamba. Walaupun kadang-kadang saya jadi terlebih emosi, ingin marah balik pada orang yang mengejek beliau, dia biasa saja. Mungkin sebab dia adalah separuh dari keejekan itu. Dia selesa dalam ketidakselesaan.what am i writing here? Faham tak? Seperti orang yang berkata, takpelah lewat asalkan sampai. (Padahal memujuk hati sendiri). Tapi kes dia berat sikit dari itu. Dan dia masih selamba..dia masih boleh ketawa..SAYA KAGUM.
Tapi dah dewasa ni, bila kekecewaan kita hendak diluahkan, ia jadi macam janggal. Nampak sangat kebudak-budakan. Mahu tak mahu, menangis tapi jangan sampai orang sedar. Dan kesan dia, walaupun kamu ingin lupakan, tak sampai sesaat kemudian teringat balik. Samada kecewa sebab pengurusan, sebab seseorang, sebab kawan, sukar untuk berfikiran lurus dan positif macam dulu-dulu. Macam zaman sebelum dirompak dahulu. Setiap tindakan pasti akan terlintas the dark side of it. Saya akan sentiasa berfikiran begitu. Tak tahu bagaimana nak klasifikasikan pemikiran saya ini. Kalau orang kata perlu berfikiran positif tentang sesuatu, itu saya boleh terima, tapi melihat kepada siapa yang berkata. Kalau dia cakap tak serupa bikin, saya akan terus turn-off nasihatnya itu. Ianya seperti, seseorang berkata kepada kamu, kamu-boleh-kawan-dengan-saya-walaupun-saya-tidaklah-suka-kawan-yang-bermasalah-cari-saya. Janggal bukan? Dan akibat sikap negatif@berhati-hati saya itu, saya sukar menjadi diri saya yang dulu. Rasa susah nak senyum dengan ikhlas dengan seseorang yang saya masih suspicious of. Padahal getaran hati negatif saya yang terlebih dahulu berjangkit pada orang itu, lalu hati saya memberitahu perkara yang tidak enak tentang dia. Padahal masalahnya saya.
Sehinggalah! Saya berjumpa dengan seseorang yang sangat happy go lucky. Walaupun diejek, dimarah, dibuat macamana pun, masih selamba. Walaupun kadang-kadang saya jadi terlebih emosi, ingin marah balik pada orang yang mengejek beliau, dia biasa saja. Mungkin sebab dia adalah separuh dari keejekan itu. Dia selesa dalam ketidakselesaan.