Tamat Praktikal
Salam Alayk...
Sebenarnya dah lama nak post entri ni, tapi sebab internet asyik tak ok..so terpaksa procrastinate. hehe..
Pengalaman praktikal sebagai guru pelatih di SMK Alam Megah 2. Sekolah ni terletak di seksyen 28, berdekatan kawasan kilang. Waktu mula-mula memang agak terkejut dengan budaya di sekolah harian. Tapi lama-lama makin lali. Pergi ke tempat kerja (sekolah) seawal 6.30 pagi meredah perjalanan sejauh 17km yang bukannya lurus, tetapi penuh dengan liku-liku (huhu) seperti traffic light (s) (tak ingat dah berapa), jalan berlubang sini sana, roundabout (s), dan kenderaan yang bersimpang-siur..bila difikirkan Allah jualah yang menjaga nyawa kita..sebab keadaan trafik macam yang saya lalui hari-hari ni..senang sangat nak berlaku kemalangan. Tapi Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang. Pernah la accident sekali, tapi bukan dengan kenderaan lain, Alhamdulillah.. mujur ada yang membantu. Tapi ada hikmahnya berlaku kemalangan tu...(biarlah rahsia,hehe). Balik dari sekolah pula waktu mula-mula praktikal dalam 5 petang..jadi 6 petang baru sampai rumah kalau jammed. Jadi dari 6.30pagi hingga 6petang masa saya banyak di luar rumah. Langsung tak sempat tanya khabar ahli rumah. Balik saya sangat penat, kena buat lesson plan, dan sediakan teaching materials (handouts dsb) untuk students. Mula-mula sangat penat sampai ingat nak pindah rumah ke seksyen 28. Tapi sebab tak dapat, jadi saya kuatkan semangat. Hari-hari berulang alik 17+17km. Kena pulak handle pelajar, jaga persatuan petang2, cat mural untuk PPDA dan mesyuarat guru. Bila dah mula dapat suaikan diri dengan sekolah, semuanya biasa. Alah bisa, tegal biasa kata orang. Sepanjang di SMK Alam Megah 2 saya berpeluang mengenali sistem persekolahan dengan lebih mendalam, keadaan pelajar di sekolah harian biasa (sebab tak pernah ada pengalaman ni), rakan sejawatan dan senior. Saya berkongsi meja guru dengan seorang lagi guru pelatih, Zarin. Sebelah saya seorang guru senior. Beliau suka bercerita dan bergurau. Saya panggil dia Kak Sofya. Tapi dengan pelajar, beliau sangat garang. Saya belajar sikit-sikit nak jadi garang macam dia~. Kak Sofya sangat ramah dan baik hati dengan saya dan Zarin. Beliau antara guru yang kami kagumi selain Kak Rozita, guru cemerlang BM. Hm..di sekolah, banyak kenangan antara saya dan para pelajar. Bermula dengan masalah nak ikut cakap cikgu, sampailah yang kuatkan semangat dengan ketekunan mereka menyiapkan kerja yang diberi. Merekalah racun, mereka jualah penawar. Harap pemergian cikgu dari sekolah akan diiringi dengan doa dari kalian..
"To all students of 2Cahaya & 4Murni, all the best and..behave~"
p/s- ~Jadilah seperti lilin yang menerangi orang lain. Jangan jadi seperti duri yang mencucuk diri dan menyakiti orang lain...