Bekalan Ramadhan
Salam Alayk..
Saya baru sahaja menghabiskan bacaan untuk novel Hlovate yang terbaru. Sudah hampir tiga tahun mengenali karya-karya Hlovate. Kali ini Contengan Jalanan menyerlahkan ke-kreatifan Hlovate sekali lagi. Dua cerita dalam satu novel. Dua watak utama--Fend dan K2(K Square). Alhamdulillah, contengan jalanan tidak mengecewakan. Walaupun permulaan novel agak mengelirukan dengan istilah-istilah yang kurang difahami, jika dibaca tanpa skip mana-mana bahagian, anda akan memahami jalan ceritanya. Perjalanan 2 insan mencari erti hidup. Sangat bermakna bila watak Fend menerima hidayah ketika bulan Ramadhan, menerima pelbagai 'subjek' baru sehingga helaian 'mutabaah' amal yang turut diselitkan Hlovate dalam novel ini. Alangkah gembiranya dapat berlumba mengerjakan amal soleh di bulan yang mulia.
Syabas Hlovate atas karya terbaru yang banyak memuatkan ayat-ayat cinta dari Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Benarlah hati seseorang itu Allah yang pegang..
I-FEND: "The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."
II-K2: "The world is a world-class class. Use it wise."