Monday, June 6, 2011

Salam Alayk.

Pekabo? Sihat? Macam biasa, bila tajuk entri dah berbunyi menghairankan, saya akan menulis tentang peristiwa yang aneh berlaku hari ini sebelum saya post entri bergambar pada post akan datang. (spesel punyo).
********
***
**
*
*
*
*
*
*
*

"Ummi, hari ni kita nok pegi dok kenduri anak makcik Jah?"

"Eh, mestilah..."

"Ye, ye..kakteh dengar semalam, wajib pergi kenduri kawen kalu dijemput..kalu 13 kenduri kawen, gi blake 13-13 tuh...."

"Doh, kalu kite dop mampu...tengok atas kite gop guane..."

"Ye dop ye..."

*************
*******
****
**
*
*
*
*
*
Selepas kenduri, saya terus ke bandar Dungun ditemani bodyguard ni:



Nama dia Mujahid.

Saya ke Dungun untuk bank in cash via sebuah bank ni. Disebabkan mesin cash deposit hang, terpaksa tunggu giliran bank in cara manual. Lepas amik nombor giliran tu, saya dan Mujahid duduk kat kerusi yang disediakan. Agak ramai jugak la orang sekitar pukul empat tu.

Saya tak hiraukan sangat suasana dalam bank tu. Kepala fokus pandang kaunter-kaunter bank tu je. Tiba-tiba dari sipi-sipi pandangan, saya terperasan satu kepulan asap putih kecil seolah-olah ada orang menghembus asap rokok di kawasan seat sebelah kanan, berhadapan tiang dalam bank. Saya buat tak peduli. Tapi dalam hati, "ada orang isap rokok ke dalam bank???"

Tak puas hati, saya terasa nak toleh supaya dapat tengok asap tu betul-betul, tapi dah hilang. Saya tengok orang dekat seat sebelah kanan depan tiang tu. Takde yang merokok. Lagipun memang tak logik la merokok dalam bank ber-aircond gitu.

Hmm...buat tak tahu jelah.

Tetiba bodyguard sebelah tanya. " Kakteh, dekat kita takde atu (hantu) owk(kan)?"

"Kenapa dik?"

"Bakpe (kenapa) adik nampak benda warna putih?"

"Plastik putih je tu kot."

"Dok eh..benda tu macam asap warna putih."

"Bila adik nampak?"

"Tadi."

"Tadi tu bila?"

"Tadi la..baru je."

"Kat aner?"

"Kat tu." (sambil jeling tempat tu)

Hmm...

Benda sebenarnya? >_<

4 comments

huhu..yelah kak arah. skarang kan banyak citer antu...:P

REPLY

ha sudah.

jage2. takut ade org santau.

hypnotize.

ya allahh, jauhlahhh weh

REPLY

NAUZUBILLAH....

baru tadi dengar citer sal kawan kakak kena...teruk..
(janganlah kita diuji dengan sesuatu yang kita x mampu)

REPLY

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates