Cinta
Sepanjang minggu ini, topik cinta begitu banyak berpapasan dalam hidup aku dan orang-orang di sekelilingku. Jua mereka-mereka yang ku jadikan idola. Namun, untuk aku sendiri berbicara mengenai cinta, aku rasakan seluruh urat nadiku lumpuh. Kerana cinta itu banyaknya bukan mudah untuk dibicarakan hanya melalui tulisan, pemerhatian atau pembacaan. Cinta itu berbeza-beza untuk setiap manusia sepertimana cap jari mereka berbeza-beza. Keperluan masing-masing berbeza. Unik. Susur dan laluan menerima, menilai dan memperindahkan cinta mereka berbeza. Tetapi hanya satu sahaja yang serupa. Iaitu matlamat cinta. Tuhan sekalian alam. Itulah yang melengkapkan cinta.
1 comments:
dah lama tak melawat~
REPLY