Hari Esok Lebih Baik
Hijrah: Satu Paradigma Kehidupan
Hari ini menginjak 1 Muharram, bererti sudah bermula tahun baru 1431H. Masyarakat Islam menyambut awal Muharram sebagai mengenang kembali peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Peristiwa Hijrah juga akan dikenang oleh umat Islam setiap kali tiba tahun baru untuk menjadi pengajaran dan memperingati segala tenaga yang telah dicurahkan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatNya bagi menegakkan Islam dan membentuk masyarakatnya. Mudah-mudahan dengan kemenangan itu timbullah kesedaran bahawa kemuliaan Islam dan wujudnya Negara Islam bukanlah didapati dengan percuma, dan bersenang-lenang, bahkan ia melalui perjuangan gigih dan pengorbanan tenaga serta jiwa dan raga.
Seorang sahabat pernah berkata kepada saya bahawa seseorang itu diuji bukanlah semata-mata kerana kekuatannya, namun kerana kecintaannya kepada Allah dan RasulNya. Justeru, setiap ujian yang diberikan Allah akan diterima dan dilalui dengan penuh redha, dengan mengharapkan keampunan dan pertolongan di akhirat kelak. Justeru, mana mungkin manusia itu akan berasa lemah, tatkala dirinya berpadu dalam cinta kepada Allah, dia merasakan mempunyai penolong yang Maha Agung dan Maha Pemurah. Lantas, semakin dia diuji, semakin mendalam cinta dan pengharapannya kepada Allah.
Sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa muhasabah diri sendiri dan memperbaiki keadaan dari masa ke masa sebagai menghayati konsep hijrah. Rasulullah SAW terpaksa menempuh jalan penuh risiko semasa peristiwa hijrah. Namun, baginda SAW melaksanakan semua itu dengan berstrategi. Walhal baginda sebagai seorang Rasul Allah, mudah sahaja baginya untuk berdoa kepada Allah agar diberikan mukjizat untuk sampai ke Madinah dalam sekelip mata. Justeru, hal ini haruslah dilihat sebagai panduan kepada seluruh umat Nabi Muhammad yang amat dikasihinya. Kita haruslah menggunakan akal yang sihat dalam merencana dan mencapai setiap matlamat dalam tahun baru, di samping tawakkal yang kuat kepada Allah, sesuai dengan konsep syariatullah dan sunnatullah.
Antara aspek penting yang perlu mengalami proses hijrah berterusan untuk meraih kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat:
Pertama: Hijrah Iman
Selain para Rasul, iman seseorang itu boleh bertambah dan berkurang. Lebih-lebih lagi bagi umat di akhir zaman yang penuh cabaran ini. Justeru usaha membersihkan sifat-sifat keji(mazmumah) dan melazimkan pula amalan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dilakukan oleh mereka yang menyedari akan hakikat ini. Mereka yang berjaya menghijrahkan iman ke tahap yang lebih baik merupakan golongan yang terpelihara daripada cela, sebagaimana sabda Nabi SAW:
Peningkatan iman juga perlu dibuat melalui banyak berfikir mengenai kejadian alam semesta, kejadian diri serta alam akhirat. Dengan itu hati akan merasa takut dan gentar kepada Allah SWT.
Keazaman yang jitu hendaklah dibuat agar berlaku hijrah iman dari peringkat iman taqlid (ikut-ikutan) kepada iman ilmu (berasaskan ilmu), kemudian kepada iman 'ayan(iman yang bertunjang di hati sanubari) dan seterusnya ke peringkat iman haq dan haqiqah. Biarpun agak mustahil mencapai iman haqiqah (iman nabi-nabi dan rasul), namun setidak-tidaknya mencapai iman 'ayan (iman orang soleh), yang bakal terjamin selamat di dunia dan akhirat.
Kedua: Hijrah Ilmu
"Ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya.." Teringat saya bait indah ini dendangan kumpulan nasyid cilik, Aeman sedikit masa dulu. Rangkai kata ini mempunyai makna yang sangat mendalam. Bahaya kejahilan tidak perlu diungkapkan lagi. Semua mengakui bahawa betapa kejahilan memberi pelbagai natijah buruk kepada manusia.
Umat Islam boleh mencapai bermacam kejayaan seandainya konsep hijrah ilmu diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Terus menerus mempertingkatkan ilmu dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Rasa tidak puas untuk belajar dan sentiasa ingin tahu mengenai sesuatu perkara perlu disemai secara sihat terutama oleh kedua ibubapa sejak anak-anak kecil lagi.
Ketiga: Hijrah Amal
Maksud dari hadis Rasulullah SAW di atas bukanlah menganjurkan agar mengurangkan amal. Sebaliknya ia membawa kepada pengertian perbandingan. Yakni amalan sedikit yang istiqamah itu lebih baik berbanding dengan amalan yang banyak tetapi tidak berlanjutan. Tentulah maksudnya akan lebih baik lagi sekiranya amalan itu banyak dan istiqamah. (perseverance)
Dan tiada siapa tahu bila saatnya menemui ajal. Rasulullah SAW hanya memberi amaran melalui sabdanya yang bermaksud,:
Peringatan Rasulullah SAW mendorong umatnya untuk selalu meningkatkan amalan baik sebelum datangnya saat di mana tiada lagi peluang untuk beramal, terutamanya apabila kedatangan ajal.
Keempat: Hijrah Nafsu
Nafsu tidak boleh dibuang dari diri manusia. Manusia membiak, tamadun berkembang, dan bumi kerana manusia memiliki nafsu. Hanya yang ditegah ialah menurut sahaja nafsu taraf rendah atau nafsu serakah yang membawa kepada kebinasaan.
Keinginan untuk menghasilkan banyak kebaikan kepada manusia juga adalah terhasil dari nafsu taraf tinggi. Justeru umat Islam perlu berhijrah dari nafsu amarah kepada lawwamah, dan seterusnya mulhimah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah. Untuk mencapai kejayaan menduduki nafsu taraf tinggi memerlukan mujahadah yang berpanjangan. Tidak ada noktah dalam melawan nafsu ini kecuali ajal.
Kelima: Hijrah Akhlak & Sikap
Semenjak remaja lagi Rasulullah SAW bergelar 'Al-Amin', ertinya orang yang sangat dipercayai. Nabi SAW mempunyai akhlak yang memukau sesiapa; bukan sahaja para sahabat, bahkan orang kafir yang memusuhi baginda ketika itu. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda SAW yang bermaksud:
Siti Aishah RA juga ada menyebut perihal akhlak Rasulullah SAW sebagai "Akhlak Al-Qur'an."
Sikap yang negatif adalah penghalang kepada semua keazaman untuk melakukan penghijrahan yang telah disebutkan. Justeru, umat Islam juga perlu berhijrah dari segi sikap dengan mengikis sikap pesimis dan negatif, sebaliknya menyuburkan sikap positif.
Wassalam.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Peningkatan iman juga perlu dibuat melalui banyak berfikir mengenai kejadian alam semesta, kejadian diri serta alam akhirat. Dengan itu hati akan merasa takut dan gentar kepada Allah SWT.
Keazaman yang jitu hendaklah dibuat agar berlaku hijrah iman dari peringkat iman taqlid (ikut-ikutan) kepada iman ilmu (berasaskan ilmu), kemudian kepada iman 'ayan(iman yang bertunjang di hati sanubari) dan seterusnya ke peringkat iman haq dan haqiqah. Biarpun agak mustahil mencapai iman haqiqah (iman nabi-nabi dan rasul), namun setidak-tidaknya mencapai iman 'ayan (iman orang soleh), yang bakal terjamin selamat di dunia dan akhirat.
Kedua: Hijrah Ilmu
"Ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya.." Teringat saya bait indah ini dendangan kumpulan nasyid cilik, Aeman sedikit masa dulu. Rangkai kata ini mempunyai makna yang sangat mendalam. Bahaya kejahilan tidak perlu diungkapkan lagi. Semua mengakui bahawa betapa kejahilan memberi pelbagai natijah buruk kepada manusia.
Umat Islam boleh mencapai bermacam kejayaan seandainya konsep hijrah ilmu diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Terus menerus mempertingkatkan ilmu dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Rasa tidak puas untuk belajar dan sentiasa ingin tahu mengenai sesuatu perkara perlu disemai secara sihat terutama oleh kedua ibubapa sejak anak-anak kecil lagi.
Ketiga: Hijrah Amal
"Sebaik-baik amal ialah yang berkekalan biarpun sedikit."
Maksud dari hadis Rasulullah SAW di atas bukanlah menganjurkan agar mengurangkan amal. Sebaliknya ia membawa kepada pengertian perbandingan. Yakni amalan sedikit yang istiqamah itu lebih baik berbanding dengan amalan yang banyak tetapi tidak berlanjutan. Tentulah maksudnya akan lebih baik lagi sekiranya amalan itu banyak dan istiqamah. (perseverance)
Dan tiada siapa tahu bila saatnya menemui ajal. Rasulullah SAW hanya memberi amaran melalui sabdanya yang bermaksud,:
"Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu ketika muda sebelum datangnya tua, masa lapang sebelum datangnya sibuk, masa senang sebelum datangnya susah, masa sihat sebelum datangnya mati."
Peringatan Rasulullah SAW mendorong umatnya untuk selalu meningkatkan amalan baik sebelum datangnya saat di mana tiada lagi peluang untuk beramal, terutamanya apabila kedatangan ajal.
Keempat: Hijrah Nafsu
Nafsu tidak boleh dibuang dari diri manusia. Manusia membiak, tamadun berkembang, dan bumi kerana manusia memiliki nafsu. Hanya yang ditegah ialah menurut sahaja nafsu taraf rendah atau nafsu serakah yang membawa kepada kebinasaan.
Keinginan untuk menghasilkan banyak kebaikan kepada manusia juga adalah terhasil dari nafsu taraf tinggi. Justeru umat Islam perlu berhijrah dari nafsu amarah kepada lawwamah, dan seterusnya mulhimah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah. Untuk mencapai kejayaan menduduki nafsu taraf tinggi memerlukan mujahadah yang berpanjangan. Tidak ada noktah dalam melawan nafsu ini kecuali ajal.
Kelima: Hijrah Akhlak & Sikap
Semenjak remaja lagi Rasulullah SAW bergelar 'Al-Amin', ertinya orang yang sangat dipercayai. Nabi SAW mempunyai akhlak yang memukau sesiapa; bukan sahaja para sahabat, bahkan orang kafir yang memusuhi baginda ketika itu. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda SAW yang bermaksud:
"Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."
Siti Aishah RA juga ada menyebut perihal akhlak Rasulullah SAW sebagai "Akhlak Al-Qur'an."
Sikap yang negatif adalah penghalang kepada semua keazaman untuk melakukan penghijrahan yang telah disebutkan. Justeru, umat Islam juga perlu berhijrah dari segi sikap dengan mengikis sikap pesimis dan negatif, sebaliknya menyuburkan sikap positif.
"Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata...
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan...
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan...
Renung amalanmu, ia menjadi sifat dirimu..."
Wassalam.