Sunday, March 13, 2011

Amaran: entri kali tak berapa berfaedah selain kepada diri sendiri(penulis). Sekian.

Kawan nelayan. baru2 ni dan sekarang jadi kawan saya juga.

Salam Alayk.

Tak tahulah dah berapa lama tak balik umah. Bila nak balik je, tertangguh. Cuti pun berlalu macam tu je. (bukan maknanya tak buat apa ok, tapi dengan family of course kenangan baru takde la). Kali ni Alhamdulillah, dapat jugak balik kampung. (Tapi hati dan fikiran masih di Shah Alam~..tskkk). Ok, kakngah pun balik minggu ni tapi hari ni dia dah balik ke universiti kecintaan dia, UIA.

Semalam abuya bagi greenlight drive saga FL baru. (Balik dari pasar malam je..) Dan tadi drive Avanza. pergi kedai runcit je dengan adik2. 'Ter' belanja diorang aiskrim. Sorang2 amik cornetto disc. (kakak n ayad la..huhu) Tak sempat nak halang, akak kaunter dah kira. T_____T. Tapi kanak-kanak sorang ni baik. Dia amik aiskrim 20sen je. 20 sen ok. (ok dia tak tahu nilai lagi) T_____T. Tak heran pun dengan cornetto disc segala. Kakak n abang ahid dah masuk umah simpan aiskrim dalam fridge n sambung tengok citer 'dennis the menace' kat astro ceria. (Heaven diorg ni duk umah).

Teringat waktu aku darjah dua dulu2, waktu tu rumah papan dekat kerteh, suasana memang tak macam sekarang la.. Ada satu tahun tu aku pakai kasut sama jenis doraemon yang glemer waktu tu, sayang nak tukar sebab asyik terfikir yang ummi dan abuya akan habis duit kalo beli kasut baru untuk aku. Jadi kasut tu tak bertukar2 walaupun dah ada lubang kecik. Sampailah satu hari tu aku tengok kasut tu dah ada kat atas longgokan plastik sampah. Aku dah tahu sape letak. (mestilah ummi bersihkan 'koleksi' kasut yang ada). Jadi dari situ baru aku dapat tukar kasut baru. Bab itu aku tak berani nak meminta2. (kalau bab lain boleh kot). Dulu aku selalu nak wat yang terbaik, salah satu sebab dia orang kenal ayah aku. Jadi aku tak akan sesekali malukan ayah. Dan waktu dulu menggunakan akal seorang budak aku selalu perasan miskin sebab tinggal kat umah papan@kampung. Padahal keliling umah pun semuanya umah papan. Waktu tu tahun 97, manalah banyak lagi umah batu kat kampung. Bila ada je kawan yang gtau umah dia umah batu, mesti teruja sangat nak pergi umah dia. Sempat lah pergi rumah kawan se-kafa ni. Siap bersemangat bagi salam. Alih2 dia keluar dan tanya, "kenapa tak tekan loceng?" erk...mana kita tau..huhu. Main skipping je pun waktu tu..dan balik. Tapi tulah kenangan. Mentaliti waktu tu..haish. Bila ingat balik, berguna juga mentaliti macam tu. Perasan miskin, pastu nak study sungguh2. Tak boleh membazir. Kena rendah diri selalu. Tu kot kebaikan duk umah papan. sedar diri.

Sekarang? Adik-adik tak sempat rasa apa yang kakak n abang diorang rasa. Zaman dulu n kini memang lain. Adik-adik nak apa (material) sume dapat kalo diorg perform. buat baik dengan mak ayah. Cuma remaja zaman sekarang fikiran dah tak sama dengan zaman dulu. Friends come first than her/his own parents. Kesian nya parents kena fikir anak yang tak nak ikut cakap diorg. Kesian bila setiap kali diorg kena tanggung apa yang anak-anak dah buat. Kesian bila anak-anak cuma ingat kat diorg time susah.

Janganlah hendaknya ada di hati kita satu penyakit. Perasan kaya. (Kaya material la..sampai dada rasa sempit, nak jaga sume kekayaan material). Padahal hutang sini sana. Sampai untuk Islam pun berkira2..tapi untuk hal dunia..duit kuar macam air..laju. Ya Allah, nauzubillah...

Hm...Harap2 adik-adik kakteh terbaca entri ni. Jangan kecewakan ummi & abuya tahu. Biar kat mana pun kita..jaga diri, hiasi peribadi. Ilmu agama yang ada jangan disia-siakan..insyaAllah kat mana pun kita Allah akan pelihara. insyaAllah~








sedapnya ahid makan eskrem sambil menikmati keindahan pokok bunga..dan longkang..huk3


Rabu ni kena drive jauh ke Kuantan (insy). Pilih la nak guna apa..saga @ avanza?? Hmm...avanza jelah. Nak amik Ilah kat Kuantan. Ilah dah cuti sem start hari rabu ni. 5 beg semuanya. Cuma kena hati2 dengan hand break jelah..huhu. Moga2 skill memandu bertambah baik..

(p/s-jangan lupa lekat sticker 'P' kat avanza rabu ni)

2 comments

stuju sgt dgn kak teh..dulu kt akn rase stiap duit tu b'mkna wat kt..skrg malaysia da mewah..sampaikan bdk2 remaja kat kpg akk benti skolah, mntak mak ayah die belikan motor tuk die..
huhu..sgt keciwa tgok bdk2 camtu..
kt dulu pakai je apa yg ada, even bkn taste kt.hehe..tp belajar sungguh2, duit habis pg tuisyen je..=(

REPLY

itulah..bimbang dgn masa depan adik2 sekarang..generasi y~.susah nak dididik macam kita dulu....pilihan diorg makin byk..nak itu ini senang..

REPLY

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates