Saturday, October 1, 2011

Bismillah...

Assalamualaikum wbt..

Realiti kita semua berbeza. Realiti saya dan dia berbeza. Saya suka cara begini. Dia suka cara begitu. Tak serupa. Sebab manusia mempunyai pelbagai ragam dan perbuatan yang kadang-kadang sukar diertikan. Setiap orang berbeza dan setiap perbuatan jika dinilai mempunyai maksud yang berbeza, bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Dan kebanyakan orang menilai sesuatu dari kaca mata diri sendiri, tanpa menyiasat atau bertanya terlebih dahulu kepada individu tersebut dengan cara yang sewajarnya.

Seorang manusia itu berbeza dengan manusia yang lainnya. Apa yang dilakukannya juga memberi makna berbeza kepada orang lain. Sebagai contoh, apabila seorang perempuan berkata sesuatu kepada seorang lelaki, mungkin dia sekadar meluahkan apa yang terbuku di hatinya, ketakutannya, rasa tidak percayanya. Tak lama kemudian dia dimarahi kerana dikatakan bersikap terlalu pesimis.

"I'm not a good student. I'm not a good leader...bla..bla..bla"

"Stop it. You're not. Don't be so ridiculous!"

"But I think I'm not." (sambil berharap si pendengar memberi kata-kata semangat)

"You're just being overreacted."

~~~down~~~~

Walhal luahannya itu membantu dia berasa lebih baik sekiranya didengari. Itu sahaja.

Itu baru perbezaan dari sudut gender. Secara sosionya, kehidupan manusia itu sangat banyak perbezaannya. Keluarga, ekonomi, pendidikan, cara didikan, bilangan adik-beradik, siapa ibubapanya dan suasana sekeliling banyak mempengaruhi. Sebab itu, penting bagi kita menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pernyataan yang bakal mengguris perasaan mana-mana pihak.

Jika rasa ingin meluahkan sesuatu, fikir dahulu buruk baiknya. Jika buruknya lebih besar, lupakan sahaja. Cara kita mungkin akan disalahtafsirkan jika dia tidak memahami realiti kita dan kita pula tidak memahami realitinya. Pentingnya, kita sama-sama muhasabah diri masing-masing sebelum menuding jari ke mana-mana pihak. Kadang-kadang apa yang kita lihat itu tak semestinya hakikatnya yang sebenar. Wallahua'lam. ^_^




:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates