Tuesday, April 10, 2012


"Assalamualaikum..nama siapa? Dari mana? Belajar di mana? Umur berapa?"

Kalau dulu, ana paling tidak suka diterpa soalan bertubi-tubi sebegitu, sekarang ana merasakan soalan daripada mereka itulah yang memberitahu bahawa ana telah memaknakan salah satu firman Allah SWT:

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan lainnya). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya." (Q.S.al-Hujurat : 13)

Ayat di atas diterjemahkan lagi dalam kehidupan seharian dengan sesi bulatan gembira.^^ (Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bulatan gembira ni sila tanya Kak Dina aka Wardina Safiyyah) *_*

Ok, basically dalam bulatan gembira ni, setiap orang kena bagi pendapat. Berkongsi idea dan pengisian. Jadi dalam masa memberi, kita akan menerima.

If you share an apple to people, you got half of it. But if you share an idea to others, you might get tons of ideas back ! Isn't it amazing?

Dalam sesi bulatan gembira ni juga, kita dapat banyak peluang nak tambah pahala. Best kan? Di saat tangan menggenggam erat jari jemari sahabat, hati berkali-kali terasa indahnya tautan ini kerana memikirkan pahala yang diperolehi. Bukankah Allah telah berjanji bahawa setiap kebaikan walau sebesar zarah akan dibalas oleh-Nya? Setiap salam yang disulami dengan perasaan kasih kepada sahabatnya kerana Allah. Teringat adegan setiap kali berjumpa sahabat,

"Bukan tadi dah salam?"

"Tak apa salam banyak-banyak kali...dapat banyak pahala !"

....Kali ni bulatan gembira ana dipenuhi wajah-wajah baru setelah wajah-wajah lama ditinggalkan di Shah Alam. Rupanya tuan rumah adalah senior ana suatu masa dahulu. (Kecilnya dunia!). Pertama kali duduk di hadapan wajah-wajah baru ini, terasa sangat mendamaikan. Bertaaruf di antara kami dengan satu kefahaman mengapa ianya penting untuk kami. Teringat dahulu ana cuba memahami pelbagai karakter sahabat dan dalam masa yang sama menerima mereka seadanya.

Kali ini mungkin perlu diluaskan maknanya kerana ana juga perlu menerima kehadiran anak-anak yang turut serta mengikuti bulatan gembira ummi mereka. Di tengah-tengah bulatan tersedia tilam kecil berwarna biru buat hamparan tidur bayi-bayi bulatan gembira. Suasana yang baru untuk diriku. Harus membiasakan diri dengannya; ketika memberi pengisian tudung labuh yang dipakai sang ibu ditarik si anak kecil, air ditumpahkan ketika sedang rancak bergurau senda dengan sahabat, atau sedang fokus berbicara tiba-tiba muncul si kecil di sebelahku meminta pen di tangan. =,=

Hari ini juga, ana dapat sesuatu. Niat sebelum ke bulatan gembira, atau mana-mana sahaja sangat penting. Allah Maha Mengetahui. Kadang, Allah nak kita muhasabah dengan cara yang kita sendiri tak pernah sangka. Baiknya Allah, masih bagi ana peluang untuk meningkatkan amalan diri.

Dan pengisian yang ana perolehi hari ini, terlalu besar ertinya untuk diri yang lebih kecil dari zarah di hadapan Tuhannya. Ana kongsikan sedikit, iaitu mengenai r.e.z.e.k.i. Ada lima point utama tentang rezeki :

1. Rezeki terbuka dengan taubat dan istighfar

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(An-Nur: 31)

“Rasulullah bersabda: Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitanya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka” Hadis yan diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas.

2. Rezeki tak disangka dengan taqwa

“Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 3)

3. Rezeki bertambah dengan bersyukur

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih” (Surah Ibrahim:7)

4. Tawakkal mencukupkan rezeki

Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.

5. Tersumbatnya rezeki

>Hilang tawakal dalam hati
>Adanya dosa atau maksiat
>Lalai dari Allah
>Malas bersedekah

Perihal rezeki ini juga, sahabat ada menceritakan mengenai kisah di antara seekor semut dan Nabi Sulaiman AS:

"Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum.

Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?"

Bijak betul semut tu...

Renung-renungkan...selamat beramal ! :)

1 comments:

Salam bagaimana nk sertai bulatan gembira ini?

REPLY

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates