Bila Tak Dapat Fokus...
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda
Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA
Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda
Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya
Lagu dendangan Devotees, 'Bersama' tetap menjadi pilihan di hati di kala semangat hampir luntur. Kali ini terlalu banyak entri terpaksa dipost di lain masa sebab tak dapat nak fokus..sabar je la yer, he he he..
alhamdulillah, Allah masih izinkan untuk terus hidup di atas muka bumi ini..walaupun banyak berbuat silap, Allah masih beri peluang untuk bertaubat sebagai hambaNya yang penuh kekhilafan.
Walaupun 2 minggu ni mode slow untuk blogging..tapi sempat jugak menziarah ke blog-blog yang banyak memberikan inspirasi. Pernah satu blog tu (dirahsiakan kat sini blog mane) sampai nangis2 bace entri penulis (ntah ngape)..pasal kita sebenarnya tak knal dengan Nabi kita & pasal ape satu lagi, lupa...
itulah pengalaman kali pertama nangis2 bace blog orang..baca blog ustaz2 tak pulak nangis, pelik betul (macam masuk rumah orang, pastu tetiba nangis lepas kena tazkirah, gitulah lebih kurang) ..memalukan betul kalau tuan tanah tahu, sebab itu terpaksa rahsiakan di sini. Kalau nak tahu, boleh private msg saya..(INI OPTIONAL SAHAJA). Kalau nak tahu banyak2 boleh Google sendiri, guna hint yang diberi. (cheh, macamlah banyak hint yang saya bagi)
Apapun, tahniah penulis kerana berjaya melembutkan hati-hati yang keras(berdasarkan komen pembaca lain juga)..
Ala kulli hal, hari khamis ini paper terakhir..tapi semester ni paling tak berdebar nak amik exam (ntah ngape..agaknya sebab dah imun..dah 21 tahun hidup dari kecik sampai besor asyik exam jer) hmm..lepas ni nak test motor..amacam? test yang ini memang berdebar lah..sebab tak pernah bawak motor pun..kalau kereta lagilah..start enjin je tu pun merupakan satu kejayaan besar yang boleh dicatat dalam diari.(forgive me, but I have this kinda phobia, takut kenderaan meletup..maybe sebab selalu tengok citer action-packed ngan abang waktu kecik dulu,,yeah, negative influence)(-.-")
OKlah, itu sahaja..sebenarnya entri kali ini nak bagitahu khamis ini exam last dan penamat untuk semester 5, tahun tiga di UiTM Seksyen 17. Sekian. Mohon maaf atas segala kekhilafan...
Wassalam.. (^_^)
2 comments
good luck exam... see u next sem!
REPLYok, insyaAllah..see you next semester...!:) moga success..flying colors semuanya..:)
REPLY