Saturday, May 8, 2010

Muhammad Mujahid Ilmi..Sebelum & Selepas
"Kakteh, nama adik ada dua 'D'.."sambil suruh betulkan balik ejaan namanya yang saya tulis di buku.
Saya tulis- 'M. MUJAHID ILMI'.....(-.-")


Seorang ayah yang tidak pernah lelah menaburkan jasa demi masa depan anak-anaknya, Haji Rayah Mohd

Salam Alaik!

Tanggal 28 April & 1 Mei lepas merupakan ulangtahun kelahiran dua ahli keluarga saya, Abuya Rayah (1Mei) dan Muhammad Mujahid Ilmi (28 April), adik bongsu saya. Mulanya perancangan untuk menyambut harilahir dibuat, namun terpaksa ditunda kerana cuti hujung minggu lepas terisi dengan agenda menghantar abang sulung saya, Muhammad Rijalullah ke PULAPOL, KL.

Namun malam sebelumnya iaitu Sabtu malam, 30hb April saya, kakak, ummi dan abang serta 2 orang teman karibnya berkesempatan ke restoran sate Hj Samuri di Kajang. Alhamdulillah, berkumpul juga walaupun cuma saya,kakak, dan abang sahaja. Bila semua berkumpul malam itu, baru saya tersedar saya yang paling muda, dan kami--abang, kakak, dan saya, tiga beradik pertama.

Teringat sewaktu saya darjah 1, seorang kenalan Abuya bertanya umur kami yang ketika itu sedang berdiri di kiri kanan pinggang Abuya (masa tu semua kecik-kecik, rendang-rendang lagi). "Yang ini darjah 1, 2, 3.." jawab Abuya tersenyum sambil menunjuk ke arah ketiga-tiga anaknya. Ada sekali waktu cuti sekolah, hanya kami bertiga yang dibawa ummi dan Abuya ke Kelantan, menginap di sebuah hotel di sana. (bukan hotel Ansar, kan angah?lupa dah..:P)

Kenangan dengan Abuya & Mujahid

Terlalu banyak. Dengan Abuya, saya tak pernah kena marah (ada sekali, masa umur 9-10 tahun sebab bising waktu Abuya saya tidur..ha ha, nanti saya cerita), cuma nasihat. Itupun selalunya nasihat yang selebihnya Ummi yang akan tambah..he he Abuya seorang yang penyabar, dan sangat pentingkan anak-anak melebihi diri sendiri. Cuma kadang-kadang anak-anak yang mudah lupa bila jauh dari rumah.

Ayat yang selalu saya dengar dari ummi,
"...ayah orang lain lepas kahwin buncit, Abuya kurus sebab cari rezeki untuk anak-anak dia..kalau tak belajar rajin-rajin, tak taulah ummi..." (selalu ummi cakap camni nak bagi kami adik-beradik insaf bila ada yang nakal dan degil...)

Hmm..ok, ini kisah saya kena marah, yang pertama dan terakhir, seumur hidup yang saya lalui menjadi anak Abuya.

Dulu sebelum saya menetap di Paka, saya tinggal di rumah sewa di Kerteh, di Kampung Gelugor, betul-betul depan Pasti Qaryah pada waktu itu. Tahun 1997, Abuya merancang kami sekeluarga untuk berpindah ke rumah baru di Kampung Bukit Merah, Paka. Jadi pada tahun itu, semakin kerap Abuya meninjau keadaan rumah baru kami dengan membawa sekali anak-anaknya yang mahu mengikut. Petang itu, seperti selalu saya dan adik-adik mengikut Abuya ke rumah baru yang masih kosong. Memang kosong. Bila bercakap satu perkataan sahaja boleh bergema macam gua.

Petang itu Abuya mengambil kesempatan berehat sambil berbaring di depan sliding door di ruang tamu. Tapi petang itu seingat saya angin bukan jenis angin sejuk yang menerobos masuk. Tapi angin berwap yang panas. Saya dan adik-adik, (kakak dan abang tak ikut waktu tu)mula terasa bosan. Abuya sudah tertidur. Saya pun apa lagi, mula menjadi kepala mengajak adik-adik saya bermain kuda-kuda. Saya yang paling tua jadi kuda, dan Muawwiz atau Ilah atau Muaz, (saya sudah lupa..:P), jadi penunggang. Terkekek-kekek kami ketawa. Memang seronok. Sudah satu pusingan di ruang tamu, saya sambung lagi..tiba-tiba..

"HISH!! Main ape ni??!!" Abuya terjaga dan tiba-tiba menyinga. Merah muka Abuya tahan marah. Tapi waktu tu tiba-tiba je Abuya naikkan suara, sesuatu yang tak pernah terjadi. Lepas tu, saya dan adik-adik ape lagi, sambil tersengih-sengih bercampur takut, kami terdiam. Kemudian berpandangan satu sama lain. Sengih lagi. Masing-masing tak percaya dengan apa yang berlaku. Bila Abuya tinggikan suara macam tu, satu rumah bergema. Kami adik-beradik dah mula bimbang, apa sebenarnya yang buat Abuya marah sampai macam tu sekali. Tak lama, Abuya keluar dari rumah, ke car porch dan beranda depan sliding door. Saya nampak Abuya istighfar berkali-kali. Kami adik-beradik mula buat teori sendiri. Rumah tu ada jin la..Jin yang rasuk Abuya la..macam-macam. Tapi betul kan, rumah yang tak berpenghuni memang mudah jadi sarang jin. Sebab tu bila masuk rumah baru, kena baca doa selamat dan sebagainya.

Mujahid pula, simple. Dia dah ada kakak dan abang yang bagi macam-macam pengaruh kat dia. Kalau bab sikat rambut, memang nombor satu. Biasanya nak sikat sendiri..ikut style rambut macam abang-abang dia. Waktu Mujahid masih baby, seminggu pertama saya tak berkesempatan melihat Mujahid secara 'live' dan dukung dia. Sebab waktu tu masih di tingkatan lima, di asrama. Mujahid waktu dia lahir sangat lain dengan sebulan selepas tu. Waktu lahir, kulit gelap, ada jambul, rambut hitam berkilat yang sangat lebat dan tajam (lurus), dan ada sideburn yang sangat jelas. Sangat handsome. Tapi sekarang bertambah handsome..ha ha :D (Harap-harap bila besar nanti jadi seorang Mujahid yang berilmu dan berani berjuang seperti namanya.)

Oklah, Sanah Helwah!!! (usia mereka dirahsiakan..baik tak?:P)

..tiada hadiah yang paling berharga selain doa.. wassalam.

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates