Saturday, June 27, 2009

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang yang beriman."(Maksud surah Adz-Dzaariyat:55)

"Kakteh, kakteh suka warna menda (apa)?" soal adikku, shafiah yang berusia 9tahun yang mesra dipanggil 'kakak' dalam keluarga kami ketikaku sedang membaca surat khabar pada suatu petang cuti baru-baru ini.

"Hmm..bakpe (kenapa) kak?", jawabku acuh tak acuh sambil mata masih menumpu ke arah helaian suratkhabar yang dibaca.

"Dop eh..(Taklah), saje tanye..cepat la..kakteh suka warne menda?" tanyanya lagi dalam nada merengek sambil tangan mula cuba mengetuk bahuku supaya memberi perhatian pada sebaris soalan tadi. (Nak bermanja lah katakan..)

"Oklah..oklah..kakteh suka warne biru." jawabku bersahaja.

"Owh..pahtu (lepas tu), kakteh suka baca buku menda?" si kecil shafiah bertanya lagi.

Tanpa mengesyaki apa-apa, pantasku menjawab, "kakteh suka baca novel.."

"Lagi, kakteh suka minum air menda?" soal kakak lagi.

"Hmm..suka minum..air apa ya? air laici." Jawabku. Seronok juga melayan kakak ni, fikirku tanpa merasakan ada maksud tersirat di sebalik semua pertanyaannya tadi.

"Kakteh..kakteh mati esok-esok owk(kan)..orang balut dengan kain kapan warna biru, orang tak baca yaasin, tapi orang baca novel kat kakteh. Pahtu (Pastu) orang siram kubur kakteh ngan air laici...."kakak menerangkan sambil tersengih menampakkan gigi arnabnya..seronok agaknya dapat mengenakan diri ini.

Terkedu seketika mendengar jawapan kakak. Bak kata hlovate, nasib baik tak jatuh rahang.

"Kakak ni..terkena kakteh..dop baik nguh.. (Tak baik tau..)mana kakak dapat teka-teki ni?" pelik juga diriku dari mana kakak mendapat gurauan/permainan/teka teki sebegini.

"Kawan kakak teka masa kat sekoloh (sekolah).."
jawab kakak sambil tersengih-sengih..


Alahai adikku sayang!


Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,maksudnya:
"Banyakkanlah mengingati perkara(mati) yang menghancurkan segala kelazatan dan memecahkan jamaah."

(Hadith riwayat Nasai', Tirmidhi, Ahmad, Hakim dan Ibn Hibban: Amir al-Muhaditheen (pemimpin para muhadithen) Shaikh-ul-Islam Ibn Hajar al-Asqalani berkata: "Hadith ini Hasan").

Rasulullah SAW bersabda lagi: "Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."
(Riwayat Muslim)

Wallahua'lam.

2 comments

salam kakteh..
tergelak sorg2 bace artikel ni..
angah pon terkena jgk ngan teka-teki kakak tu..
tp angah kne siram ngan air teh ais..
huhu..~
sadis tul..:'(

REPLY

hehehe..tulah. Kakteh pun terkezut gak..tarbiyah molek kakak tu..~_~

REPLY

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates