Sunday, February 14, 2010



Semalam merupakan hari yang aku tak dapat lupakan. Kepatuhan aku diuji. Diuji dengan kerinduan dan perasaan fed-up yang melampau. Aku rindu suara mujahid. Aku rindu suara manja kakak. (Biasalah kalau dah berjauhanlah baru rindu yang baik-baik sahaja)

Tapi, ada kerja lain yang lebih penting. Janji pada sebuah tanggungjawab. Komitmen aku ke arah itu lebih diperlukan pada saat ini. Lagipun kalau balik 2 hari je tentu tak sempat hilang letih. Lagipun mesti balik nanti tidur rehat memanjang.

Namun dalam hati masih rasa nak balik. Sekejap pun takpelah. Dalam aku tak puas hati tu, aku bukak qur'an, baca satu surah. Surah At-Taubah. Sampai pada ayat
[24] Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
[38] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
[41] Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
...aku terhenti.

Ya Allah! Aku ini dalam golongan mana?


:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates