Monday, February 15, 2010





Baru semalam aku mendapat sms dari seorang seniorku yang sudah agak lama aku tak jumpa; dia sekarang sedang menjalani praktikal.Dia menanyakan aku tentang seseorang, yang aku sendiri tiada jawapan yang pasti. Bagaimana tindakanku selepas ini. Aku bukanlah insan yang sempurna untuk menegur kesilapan orang lain. Namun, aku pasti bahawa sesuatu teguran itu terpaksaku buat juga seandainya aku benar-benar menyayangi.

Kebetulan, hari ini aku mendapat begitu banyak input mengenai betapa pelajar hari ini terdiri dari kalangan mereka yang cerdik, tapi suka melakukan maksiat. Aku tidak menyalahkan mereka 100%, mungkin ada sebab lain mengapa mereka berubah.

Dosa..apa itu dosa? Apa yang mereka buat itu dosa, mereka tahukah? Bagaimana pula yang melihat dosa itu dari sudut pandangan yang berbeza. Dan melabelkan dosa pada peringkat-peringkat yang masih boleh diterima...aduii.

Aku berharap, agar insan tersebut membaca cebisan coretan ini. Aku sangat berharap agar aku dan dia bukan hanya berkawan sampai mati, tapi juga sampai ke syurga...

***********

Panggilan dari ibu membuat aku terpaksa mengambil keputusan untuk pulang segera.

Walaupun aku bukanlah watak utama dalam keluarga, namun aku mesti bersama keluarga untuk selamatkan keluargaku. Hanya Allah yang tahu keadaan keluargaku.

Ingatan pada keluargaku menemani hari2 terakhirku di kampus.

Rasa berdosa kerana alpa kepada mereka. Jarak yang jauh bagiku bukan alasan untuk aku melupakan tarbiyah kepada mereka. Ya Allah...selama ni aku terlalu sibuk dalam mendakwah rakan2, sehingga aku lupa tanggungjawab kepada keluarga.

Aku melihat kakakku, abangku, mereka masih hanyut. Bagaimana mesti aku selamatkan mereka dr jurang neraka? Macam mana aku mesti selamatkan ayah dari ditarik oleh mereka ke neraka? Macam mana aku dapat menolong ayah dan ibu tentang amanah anak2 yang akan disoal kelak? Ya Allah, susahnya...aku tiada kekuatan ... aku hanya mampu mengawal adik2ku, tetapi tidak yang lebih dewasa daripadaku...

Macam mana patut aku bagitau kakak yang fesyen pakaiannya membahayakan dirinya?

Bagaimana patut aku bagitau kakak agar dia menjaga diri hanya untuk yang sah bergelar suami?

Bagaimana aku patut bagitau kakak bahawa dirinya begitu berharga?

Bagaimana patut aku bagitau kakak bahawa dia boleh jadi penentu samada ayah ke syurga atau neraka?

Bagaimana patut aku bagitau dia bahawa hidup kita bukan setakat di dunia?

Bagaimana patut aku bgtau abang bahawa sebaik baik hiasan adalah wanita solehah?

Bagaimana patut aku bagitau abang bahawa memilih isteri bukanlah dengan memilih sebarangan?

Bagaimana patut aku bagitau abang bahawa dia akan disoal tentang saudara2 perempuannya, ibu dan isterinya?

Bagaimana harus aku sedarkan dia beban yang dia pikul disisi Allah?

Bagaimana aku mesti selamatkan mereka dari jurang neraka?

Sedangkan dalam Alquran kita diperintahkan untuk menyelamatkan keluarga kita.

Aku takut...aku takut disoal tentang tanggungjawab ini..

Aku takut jika perjuanganku di luar tidak diterima, kerana aku alpa pada keluarga..

Aku sedih, kerana aku tidak banyak masa bersama keluarga

Aku sedih, kerana suaraku bukanlah suara tertinggi dalam keluarga

Aku sedih kerana aku seperti belum mampu berbuat apa2 untuk selamatkan mereka

Aku sayangkan mereka

Bagaimana aku patut usahakan agar aku dapat selamatkan ayah dr jurang neraka?

Aku bukan sesiapa dalam keluarga

Aku hanyalah kak lang, yang suaranya tidak begitu didengari

Kadang2 aku terfikir, alangkah bertuahnya sahabat2ku yg dilahirkan dalam keluarga yang bertarbiyah..

Mereka mungkin tidak merasa perjuangan untuk menyelamatkan keluarga seperti yang aku alami,

Kerana itu mereka sempat bercanda tentang jodoh.

Bercanda tentang menambah amanah.

Aku lihat mereka hebat sekali dalam perjuangan.. .

Mampukah aku mengubah keadaan keluargaku?

Mampukah aku menyelamatkan mereka dari jurang neraka?

Adakah sisa umur yg ada padaku, cukup untuk aku sampaikan risalah islam pada mereka?

yaAllah...selamatkan mereka...andai aku pergi menemui-Mu tanpa sempat aku lihat perubahan mereka, aku pohon belas kasihan-Mu pada keluargaku.. .

selamatkan kami....

********

(-_-")

Kamu Cinta Dia? Jadi Kamu Sanggup?

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates