Allah Sayang Kita
Seorang itu...terlalu banyak untuk dia mengukirkan, sampai jadi lumpuh sebentar di depan komputer. Saat-saat lalu dia sangat gembira bercerita itu ini, tapi setelah semakin banyak yang dilalui, semakin banyak ilmu yang diperoleh, baru dia tahu dia sebenarnya banyak berbuat silap.
Hari-hari, aku memikirkan sampai jadi sakit kepala. Sakit kepala? Bagaimana ni..manusia terutamanya muslim sekarang, tidak begitu memahami tentang dosa, pahala, hukum hakam. Tentu saja aku pun begitu. Namun, mengatakan sesuatu yang haq(benar)itu sangat sukar. Bertambah sukar apabila kita sendiri pernah atau sedang melakukannya. dan kita tahu ianya salah. Yang lebih sukar, bila dosa pahala hukum hakam ditolak ketepi. Semua itu hanya wujud di dalam surau, masjid dan musolla. Ada lagi, dosa itu cuma bila kita mengambil haq orang lain, membunuh merompak, menyamun, me..me..
Jadi, bagaimana? persoalannya bagaimana? untuk menyedarkan diri sendiri dan juga kawan-kawan, sahabat handai, teman-teman, saudara sepupu sepapat, adik-beradik, ibu bapa, pakcik makcik, dan semua umat manusia. Telah jelas, agama memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan sahsiah diri manusia. Kalau tidak masakan Allah berfirman dalam kalam-Nya yang mulia, bahawa Dia mengutuskan seorang Nabi dari kalangan kita untuk menjadi contoh teladan? Dan risalah yang dibawanya mencakupi seluruh aspek kehidupan.
Sangat bimbang. Mendengar presentation rakan sekelas mengenai keruntuhan akhlak pelajar dan masyarakat. Media? Apakah salah media 100%? Mana pergi tapisan kita? Adik-adikku di luar sana..ku perhatikan,ramai yang meliuk lentuk badannya mendengar lagu dari Barat yang setiap hari menjadi halwa telinga mereka. Kadang-kadang aku juga jadi terikut. Lagu itu? Tak perlu dinyatakan melodi dan liriknya di sini. Sesetengah masih lagi memandang enteng. Tunggu sahajalah kesannya di masa akan datang. Tapi apabila diperdengarkan lagu yang mendidik jiwa jika dihayati, mereka mengatakan itu lagu orang tua, lagu yang membosankan. Berbeza dengan zaman aku, hari Jumaat tengahari adalah masa yang dinanti-nantikan untuk mendengar nasyid.
Aku teringat pendidikan di zaman aku dan kini..sangat berbeza. Pendidikan lebih berorientasikan peperiksaan. Ibubapa dan guru juga kulihat semakin materialistik..pertandingan-pertandingan pada masyarakat banyak yang menawarkan wang tunai dan hadiah yang sememangnya makin mengajar umat bersifat kebendaan..artis; penyanyi dan pelakon lebih dipandang tinggi daripada profesor yang mencipta nama di pertandingan antarabangsa..remaja mula menjadikan artis sebagai role-model. Siapa Salahuddin Al-Ayubi? Sultan Muhammad Al Fateh?
Zaman sekarang..di mana perkembangan teknologi semakin pesat..aku tidak mampu menahan implikasinya terhadap adik-adikku. Ada kebaikannya, namun penciptaan satu-satu teknologi itu akan datang bersama-samanya 100 keburukan yang lain. Hasilnya nilai-nilai akhlak remaja makin terhakis.
p/s-Apakah pihak berkenaan tidak mahu melakukan sesuatu terhadap sistem pendidikan sekarang? Kerana bukankah mencorakkan akhlak manusia sebaik-baiknya dengan agama?