Thursday, March 18, 2010

Entri Sedih...


Ini adalah cebisan diari seseorang, Ana Munirah (bukan nama sebenar):

"....disebabkan perasaan sayang yang semakin hari semakin menebal, aku rasa aku tak boleh kalo takde dia. Aku sayang sangat kat dia. Bangga aku dapat memilikinya..bertambah-tambah bangga aku bila ada orang yang memujinya..."

"Tapi itu semua cerita dulu..sekarang semua dah berlalu. Semua dah jadi kenangan. Tapi kadang-kadang aku tak boleh membohongi diri aku sendiri. Kalau aku terserempak dengan wajah yang seiras dengan dia, aku akan menoleh kembali ke arah wajah itu. Perasaan rindu datang menerpa tanpa dapat dihalang. Kalaulah masa boleh diputar kembali..."

"Tapi tak mungkin. Semuanya sudah tertulis di dalam loh mahfuz. Hari ini 18 hb Mac 2010, genap setahun aku kehilangannya. Mungkin sebab aku terlalu sayang dia, maka Allah hilangkannya supaya aku tak lalai. Pada Allah jua aku berdoa dan terus berdoa, semoga kehilangan ini menjadi ujian yang sekiranya aku bersabar dengannya, Allah akan meringankan bebanku di akhirat kelak, insya Allah..."

Sedih betul entri kali ni..hmmm..


Wallahua'lam~


4 comments:

  1. haha.. second time akak baca baru faham. ni yang nak gelak guling2 ni...

    ok2, tak baik. kesian dia terkenang pada laptop lama. takpe kan, Allah nak uji kesabaran, dan terbukti pun Allah akan gantikan. sabar ye adik.

    Senang2 jangan lupa singgah di R&R Raudhatul 'Izzah. No. 52, Kolej ROSE. :)

    See you.

    ReplyDelete
  2. hehe...akak sangat memahami...ni sayang akak lebih ni~ ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Adawiyah
    Laptop pun kesayangan kita, Kan?
    akak beebut lappy dengan si kecil akak..
    mereka pun nak lappy juga.hu hu

    ReplyDelete
  4. ws kak..

    hehe..sekarang dah imun sikit2...dah ade pengganti..comel~

    tapi ayah saya marah sangat kat pencuri tu..hmm..saya pun dah tukar minat saya kalo nak beli gajet mahal2...sume girlish..:P

    ReplyDelete