Sunday, March 7, 2010



pagi sebelum taklimat: wideeya, liana, dan firdaus...
bersama izzatul, sahabat seperjuangan dalam MPP

Salam Alayk!

Kelmarin merupakan satu pengalaman baru bagi insan kerdil seperti saya apabila berpeluang menyertai satu program bersama semua MPP IPTA. Kesemua 20 IPTA termasuk di Sabah dan Sarawak menyertai program ini yang diadakan di ESSET, Bangi pada 6 Mac 2010.

Kami diberikan peluang untuk membawa suara mahasiswa ke peringkat atasan melalui kertas kerja yang dibentangkan. Macam-macam isu yang dibawa, yang pasti semuanya mempunyai manfaat kepada mahasiswa. Akan tetapi, daripada berbelas-belas isu yang finalised, hanya 3 isu yang akan dikemukakan kepada YAB TPM, selaku pengerusi MPPK (Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan).

Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan untuk membentangkan isu masing-masing. Pastinya, peluang ini tidak saya siakan. Saya di dalam kumpulan 5, bersama-sama 36 MPP daripada universiti lain seperti UDM, UMT, UIAM, UTHM, UPNM, UPSI, UMS, dan lain-lain. Ketua kumpulan kami, saudara Firwan, YdP UIAM. Memang banyak isu yang dikeluarkan oleh sahabat-sahabat MPP dalam kumpulan saya sendiri sebelum kami membuat keputusan untuk memilih isu mana untuk dibentangkan di hadapan dewan. Antaranya, 'pendidikan dan taraf hidup luar bandar', pembentukan personaliti mahasiswa', 'perpaduan dan persefahaman agama', 'mekanisma dalam pembentukan akidah dan sahsiah mahasiswa', kesukarelaan mahasiswa terhadap masyarakat', 'keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat: di manakah kecaknaan mahasiswa?', 'kebebasan berpolitik di kalangan mahasiswa', dan lain-lain lagi.

Walaupun begitu, kami harus cepat dan tepat memilih tajuk untuk dibentangkan disebabkan kekangan masa serta banyak topik telahpun diutarakan pada perjumpaan bersama BHEPP yang lepas. Akhirnya, kami sebulat suara untuk memilih tajuk, "Suara Perwakilan Mahasiswa di Peringkat Parlimen." Saudara Hadi dan Firwan serta saya sendiri sebagai '3 stooges' bersama-sama ahli kumpulan lain menyiapkan tugasan tersebut. Kumpulan lain tidak kurang pekanya terhadap isu mahasiswa apabila berjaya datang dengan pelbagai isu hangat seperti 'kemiskinan dalam konteks mahasiswa', 'diskaun untuk pelajar bagi kenderaan awam', 'gejala sosial di kalangan mahasiswa', 'pertahanan di Malaysia', 'mahasiswa lesu' dan sebagainya.

Saya di peringkat mahasiswa UiTM sangat berharap isu yang dipilih nanti dapat diselesaikan dengan berkesan oleh YAB TPM dan pihak kerajaan sendiri.

Yang Berkhidmat,
Rabiatul Adawiyah Rayah

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates