Tuesday, March 9, 2010


Salam alayk!

Terima kasih buat yang sudi meluangkan masa, membaca serba sedikit coretan di laman yang saya cipta dengan izin-Nya ini.

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang suka untuk bercerita perihal diri sendiri, pengalaman dan sebagainya. Namun, atas nasihat dan pandangan daripada individu yang rapat dengan saya, saya mengubah sedikit pembawaan laman ini, supaya sedikit santai.

Ada yang mencadangkan supaya diwujudkan satu blog khusus pengemaskini aktiviti dan program terbaru yang dilakukan exco kerohanian sesi 10/11(UiTM). Namun, memikirkan kesan bagi jangka masa panjang, saya rasa elok sahaja segala aktiviti terkini saya letakkan di bawah tag 'My Field' di dalam laman ini.

Saya lebih suka mengetahui tentang salah satu cabang dari perkara yang kurang diambil peduli oleh remaja atau pelajar di universiti sekarang, iaitu politik. Secara peribadi, saya meletakkan sasaran kepada diri saya untuk menimba dan menambah ilmu dalam tiga cabang utama dunia kepimpinan iaitu politik, sejarah dan undang-undang.

Namun hingga ke saat ini, hari ini, saya merasakan saya masih lagi di takuk yang lama. Kenapa? Banyak jawapan yang boleh dikemukakan. Namun, ia hanyalah lebih kepada alasan. Straight to the point, saya belum terdesak. Ya, terdesak untuk mengetahui semua itu, dan saya sangat kecewa sebenarnya kerana masih belum mempunyai skil untuk mencuri waktu melakukan semua untuk tujuan itu. Atau, peluang ada di depan mata, cuma belum diraih?

Kenapa guna perkataan terdesak? Mudah. Tak lama dulu saya menyertai satu program dalam dunia kepimpinan. Dan kami sebagai peserta disuruh memikirkan isu-isu terkini negara, masalah dan penyelesaiannya dengan FAKTA. Habis...sayalah yang paling mengeluh dalam hati pada waktu itu. "Padan muka..sebelum ini aku tak ambil cakna sangat." Mungkin selepas ini, lain pula bentuk tekanannya untuk insan seperti saya mendalami ilmu-ilmu tersebut. Ya, manusia memang akan bertindak sekiranya dia ditekan. Dan yang paling berjaya adalah manusia yang berani dan bijak bila membuat keputusan. Saya masih ingat, saya cuba juga untuk memberikan pendapat dalam satu sesi debat, walaupun pada awalnya saya memang menjangkakan apa yang akan terkeluar dari mulut saya hanyalah kata-kata tanpa fakta. Akibatnya, selepas itu terus saya hilang mood untuk berdebat. Sekarang pun kalau boleh saya akan elakkan perdebatan. Lebih-lebih menggunakan bahasa Melayu, kerana sedar kapasiti saya untuk menghasilkan satu-satu ayat BM dalam berdebat sangat lemah.

Hidup sebagai seorang yang menggalas tanggungjawab yang lebih daripada pelajar biasa sememangnya berlainan, namun tidaklah sampai perlu kepada penghormatan dan pandangan luar biasa dari semua pihak, terutama yang dahulunya adalah rakan taulan yang selalu bergurau dengan kita. Jadi, saya anggap diri saya biasa saja..setahun pun tidak lah lama mana. Tapi, seorang sahabat seperjuangan selalu berpesan, berilah perkhidmatan yang terbaik kepada rakan-rakan yang telah memberikan kepercayaan kepada anda, walaupun cuma beberapa bulan lagi (hakikatnya).

Cuma sekarang, ada macam-macam peristiwa dalam sehari...yang tak sempat saya ceritakan semuanya kepada sahabat-sahabat walaupun rapat.

Ada kalanya perlu menghadiri tiga meeting penting dalam satu waktu yang sama. Di saat itu mulalah terfikir, "alangkah bagusnya kalau dapat mengklonkan diri dalam satu masa seperti naruto?", atau "ada poket doraemon yang boleh keluarkan pintu suka hati?"

Tapi semua itu, mustahil terjadi kepada saya (dan anda juga?). Jadi, saya akan terus berbakti, kerana sudah sunnah orang berjuang(?) akan menempuh kepahitan. Saya berbakti atas kapasiti saya sebagai wakil pelajar, anak, dan lain-lain title yang dipegang. Saya cuba lakukan apa yang saya terdaya. Cabaran sentiasa ada...Siapa kata senang? Tapi bukan juga sangat sukar..sehingga perlu mati atau berhenti (?). Cuma, kesan-kesannya dapat dirasakan. Makin kurang teratur masa untuk makan, minum, tidur, dan lain-lain aktiviti peribadi yang selalunya diberi perhatian teratas oleh kebanyakan pelajar lain.

Sesungguhnya, cabaran-cabaran itu sentiasa ada...

Wallahua'lam.

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates