Ada Hikmahnya.
"Setiap sesuatu yang berlaku, ada hikmahnya."
Pernah tak anda semua dengar orang cakap macam tu bila anda ditimpa kesusahan atau kesedihan? Mesti pernah kan. Kadang-kadang, kita ambil masa yang lama untuk menerima sesuatu. Kadang-kadang kita berpura-pura tidak kisah. Padahal hati hanya Dia yang tahu. Hati manusia, bukan hati lembu atau hati ayam. Bukan sekadar yang difikir sebagai organ. Seperti sabda nabi SAW, hati manusia mewakili buruk atau baik keseluruhan jiwa raga manusia itu. Jika buruk hatinya, maka buruklah perangainya. Demikian pula jika hati itu baik, maka baiklah manusia itu. Namun kadang-kadang kita berjumpa dengan orang yang mempamerkan sikap yang biadap, celupar, tetapi mengatakan bahawa hatinya baik. Saya cukup tidak faham dengan manusia sebegini. Mungkin, sudah terbiasa menyakitkan hati orang lain namun baginya itu tiada apa-apa. Saya bukanlah orang yang selayaknya menulis begini, lantaran diri sendiri juga masih banyak kekurangan. Namun coretan ini sedikit sebanyak diharapkan mampu menjadi peringatan supaya diri ini tidak melakukan perkara yang serupa.
Berbalik kepada kata-kata di awal entri, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Betapa sering kata-kata ini menjadi penawar di kala hati sudah buntu. Galau segala fikiran dan perasaan. Pernah tak bila anda berdepan dengan seseorang yang anda rasakan dialah punca segala kejadian sedih yang berlaku, lalu menyalahkannya sedangkan dia sedikit pun tidak tahu perkara tersebut? ataupun dia sedikit pun tidak menyangkakannya? lalu anda tidak dapat menahan hati daripada memandangnya dengan perasaan prejudis yang menebal? Astaghfirullah..bila tahu itu terjadi, cepat-cepat usir fikiran sebegitu, walaupun memakan masa..satu minit..dua minit..atau berbulan-bulan lamanya sekalipun. Oh, betapa sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan..
Kadang-kadang, rasa bersalah muncul setiap kali berjumpa dengan orang yang berbuat baik walaupun cuma di depan kita. (Boleh faham tak ayat ni?) Orang yang paling baik sebenarnya bagi saya bukanlah yang bermulut manis senantiasa di hadapan kita sedangkan dia tahu kesalahan kita dan membiarkan kebaikannya seolah-olah menutupi kesalahan kita. Namun, dia bukan pula seorang yang begitu senang merendahkan harga diri kita dengan menegur kesalahan kita itu di hadapan orang lain. Orang yang paling baik adalah yang boleh menegur kita tanpa kita berasa dimalukan, dalam masa yang sama kita tahu dia ikhlas melakukannya..bukan kerana 'menjaga' sesuatu yang keduniaan. Dan paling bahagia apabila dia dan kita sama-sama berkongsi perasaan yang sama. Menjadi 'begitu' tidak salah, tidak perlu terlalu 'begini'. Pendek kata, ketidaksempurnaan itu dapat dihargai dan anda sendiri tidak lelah dengan selalu melihat ke'sempurna'an yang cuba dipamerkan.
"..tidak Allah bebankan/menguji seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
p/s-berlaku beberapa ketidaksempurnaan kebelakangan ini. Namun ku harap dapat mengatasinya dengan baik..amiin.