Saturday, April 24, 2010

"Siapa kat sini petang tadi main bolasepak pakai seluar pendek?" Begitu ustaz memulakan ceramah beliau. Hafiz yang baru masuk ke dalam dewan, kurang jelas dengan maksud soalan ustaz. Kelihatan ramai pelajar memasuki dewan Cengal pada malam itu. Semuanya ingin mendengar ceramah Ustaz Ridhaudin. Hafiz kurang ingat tajuk ceramah Ustaz pada malam itu. Tetapi niat yang sudah terpasang sejak petang tadi untuk mendengar pengisian agama, menyebabkan dia mengikut rakan sebiliknya, Afiq yang merupakan Exco Kerohanian Kolej Cengal pada malam itu ke sana.

Semua pelajar lelaki terdiam. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Tak kurang juga yang menyambut pertanyaan pak Ustaz dengan ketawa kecil. "Begini, Ustaz tak mahu tekankan sangat soal pakai shortpant tu..sebab ia merupakan kekhilafan. Tapi, ada kaitan dengan pakai seluar pendek, dengan prinsip dalam akal tunjang seseorang." Ustaz Ridha menuju ke arah skrin slideshow. Punat controller ditekan. "Semua yang dilakukan di atas mukabumi ini, oleh seorang Muslim seperti solat, puasa, zakat, dan haji...kita boleh andaikan ia sebagai OUTPUT. Dan akidah serta kepercayaan sebagai INPUT. Ibarat komputer, komputer ada hardware dan software. Ada benda yang nampak dan tak nampak. Di sini ada benda yang menjadi asas, dan diprogram sebelum dikeluarkan sebagai produk."

Hafiz khusyuk mendengar. Walaupun sebelum ini dia pernah mendengar ceramah seumpama itu, tapi dia bersyukur kerana terpilih mendengar peringatan sebegitu sekali lagi. Baginya, bukankah manusia itu sifatnya pelupa? Jadi wajarlah kalau dia mendengar lagi. Lagipun pengisian pak ustaz kali ini sangat menarik, tidak seperti kebanyakan penceramah yang lain. Hafiz terbaca satu kolum artikel di dalam suratkhabar tempatan beberapa hari yang lepas. "USTAZ MUDA PERLU GLOBAL". Begitu tajuknya, yang membuatkan dia terfikir sesuatu. Benar, zaman sekarang sangat berlainan dengan zaman dulu. Semuanya di hujung jari. Malanglah kalau seorang Ustaz itu ketinggalan dalam isu-isu dan pengetahuan global. Tambah pula, negara dihangatkan lagi dengan pencarian IMAM MUDA yang mendapat liputan rasmi Astro Oasis, tentulah hal-hal keagamaan ini semakin menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai untuk menilai sejauh mana keprihatinan dan keterlibatan golongan agama dalam masyarakat.

"Siapa hari ini masuk neraka?" tanya Ustaz. Terpinga-pinga kelas pada pagi itu. Semua diam, tanda tidak mahu mengaku.
"Baik, siapa hari ini solat Subuh tadi...dia solat pukul 7.30pagi?" barulah masing-masing jelas dengan pertanyaan pertama tadi.
"Nabi bersabda, beza orang kafir dengan orang Islam adalah solat. Barangsiapa yang tidak solat, maka..ia keluar dari agama kerana solat membezakan seorang Muslim dengan yang bukan Muslim" Ustaz membacakan sepotong hadith sahih dalam bahasa Arab.

Seorang demi seorang mengangkat tangan. Masya Allah...Kemudiaannya, keesokan harinya sehingga habis semester pengajian, Ustaz tidak lupa bertanyakan soalan yang sama setiap pagi kepada kelas tersebut. Sehinggalah hari terakhir, hanya seorang yang mengangkat tangan. Itupun selang seli, ahli syurga, neraka bila ada masa solat awal, dan kadang-kadang terlajak 7.30pagi.

"Baiklah, mari kita lihat..apakah hujah yang boleh digunapakai untuk mengajak non-Muslim mengakui kewujudan Allah? " Masing-masing menunggu jawapan Ustaz, walaupun Ustaz bertanya kepada pendengar. "Kalau berjumpa dengan orang atheis, atau free thinker, tanyalah dia...apa masalah sosial yang terbesar di Malaysia?" "Mesti dia akan jawab, rompak, curi, bunuh, culik, dsb..." Ustaz pernah pergi ke balai polis di sini dalam kejadian lepas, dan bertanya pada pegawai polis di sana. Setiap hari, hampir 300 kes jenayah yang berlaku dan mesti ada kes bunuh yang dilaporkan. Dan menurut kajian, 1 kes yang dilaporkan bersamaan 4 kes yang tidak dilapor. Di Wangsa Maju bertanyakan hal yang sama, ada lebih kurang 250kes jenayah yang berlaku setiap hari."

"Siapa di sini pernah hilang motor?"
"Kalau hilang motor, apa yang ditanya polis selalunya?"beberapa orang menjawab I/C, bila dan mana, keterangan..
"Ya, itu sudah semestinya. Polis akan tanya juga tentang nombor casis kan?"
"Begitu juga halnya dengan agama-agama yang ada di dunia ini."
"Masing-masing mempunyai buku-buku utama sebagai rujukan. Kalau kita bandingkan buku-buku utama ini, kita akan mendapat kebenaran yang jelas. Takkanlah buku rujukan utama nak menipu. Kalau ia menipu, kita nak percaya lagi?"

"Kenapa kita boleh percaya yang kita ini anak mak dan ayah kita?"
"Siapa di sini yang dah buat ujian DNA dengan parents dia? Kalau ada saya nak bagi hadiah" Tiada pelajar yang mengangkat tangan. Semua mendongak dagu mencari gerangan yang 'pelik' itu.
"Jadi, bagaimana kamu semua boleh yakin dan percaya kamu semua anak mak, dan ayah kamu?"
"Baik, di sini.,.siapa boleh berikan satu benda yang semua agama boleh terima?"
Seorang pelajar lelaki memberikan jawapan.
"SAINS!"
"Kamu betul...ini dia hadiah dari ustaz". Buku MEMBINA CINTA SAYANG karya HM TUAH ISKANDAR dihulur kepada pelajar berkenaan.Masing-masing hampir ketawa mendengar dan melihat tajuk buku yang langsung tidak berapa 'sesuai' dengan penerima.

"Sekarang, teori BIG BANG. Hanya Islam yang membenarkannya...surah Al-Anbia.."(Ustaz membacakan sepenuhnya ayat Al Qur'an dan menerangkan maksud perkataan yang menggambarkan 'bukti' jelas mengenai BIG BANG tersebut)

bersambung..








Credit to: Ustaz Ridha dan Exco Kerohanian Cemara/Akasia

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates