Wednesday, April 14, 2010

"Assalamualaikum, abuya.."

"Waalaikumsalam wbt..ye kakteh..apa khabar?"

"Sihat, alhamdulillah..abuya tak balik kerja lagi ke?"

"Dah nak balik ni...kejap lagi abuya keluar ofis.."

"Abuya, esok kakteh ade 2 tests. Doakan kakteh.."

"InsyaAllah.."

"Micro teaching tadi kakteh dapat markah sikit ja...banding ngan kawan-kawan lain.."

"Ye ke? Kenapa?"

"Hm...ntah, kakteh tiba-tiba *tergagap masa present.."

"La..macamana boleh tergagap?"

"Ntah la.."

"Abih tu berapa dapat?"

"16 per 20.."

"OKAY lah tu!..."

*****

"Ummi, doakan kakteh. Esok kakteh ade 2 tests.."

"InsyaAllah..takpe, kakteh kan pandai..."

"Ummi..semester ni lain...blablabla"

*****

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu(Muhammad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)


1.BERDOA.Kita di galakkan untuk berdoa di penghujung solat ketika sujud yang terakhir kerana sujud merupakan satu tempat paling DEKAT dengan Allah s.w.t.Ketika inilah peluang kita untuk MEMINTA KEJAYAAN yang diberkati Allah s.w.t.Selain itu juga kita di galakkan untuk melafazkan DOA pada satu pertiga malam kerana waktu ini lah yang waktu terapi tekanan yang paling sesuai untuk kita.

2.ZIKIR.Firman Allah s.w.t di dalam surah al-ra'd ayat ke-28 yang bermaksud:

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang/tenteram"

Secara psikologinya kita hanya mampu untuk fokus dalam study hanya
45minit sahaja.Alangkah bijaknya kita sekiranya kita berhenti seketika sebelum sambung belajar balik selepas 45minit itu dengan BERZIKIR.Dalam hadith sohih Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ada dua kalimah yang mudah untuk kamu sebut dengan lidah,tetapi berat timbangan di sisi Allah dan dua kalimah yang sangat dikasihi Allah s.w.t,dua kalimah itu ialah subhanallah wa biham dihi,Subhanallah hil a'zim"

InsyaAllah kita akan mendapat gelaran orang yang cemerlang di sisi Allah s.w.t dengan mengamalkan zikir ini kerana di samping kita mengejar dunia kita juga melihat potensi diri kita di akhirat.


3.MEMBACA AL-QURAN kerana al-Quran dapat membuka pintu HIKMAH,KETENANGAN dan juga pintu HIDAYAH.Rasulullah s.a.w membuat 4 perbandingan:

1)Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah limau yang baunya sedap dan rasanya sedap.Nabi bandingan dengan buah limau kerana buah limau di luarnya nampak cantik dan di dalamnya juga cantik.

2)Orang mukmin tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma,rasanya manis tapi tiada bau.Dia mampu untuk menjaga dirinya tapi tak mampu untuk memberi manfaat pada orang lain.

3)Orang munafik baca al-Quran adalah seperti minyak wangi,baunya wangi tetapi tak boleh hendak di makan (tidak bermanfaat).

4)Orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah peria yang rasanya pahit serta tidak mempunyai bau.Kepada dirinya pun dia tidak memberi kebaikan.

4.MENGEKALKAN DIRI DENGAN WUDHUK kerana kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dalam wudhuk.Para malaikat juga suka pada orang yang berwudhuk dan akan berdoa memohon keampunan pada Allah terhadap orang yang berwudhuk. InsyaAllah, diri kita akan berada dalam keadaan tenang. Jadi,sebelum nak mengulang kaji pelajaran,sama-sama kita latih diri kita untuk berwudhuk terlebih dahulu supaya kita mendapat ketenangan dan mudah untuk ingat apa yang kita baca.

Akhir sekali,marilah sam-sama kita berdoa agar kita menghadapi peperiksaan dengan penuh ketenangan dan keyakinan serta diberkati dan di beri pertolongan dari Allah s.w.t. Dalam satu hadith qudsi Allah berfirman yang bermaksud:

"Aku ini berada pada sangkaan hambaKu padaKU"

Kalau baik sangkaan kita pada Allah,maka baiklah Allah pada kita. Andai kata kita tak yakin maka itulah yang kita akan perolehi. Adab kita berdoa hendaklah penuh dengan pengharapan dan keyakinan.

Wallahua'lam

*tergagap: terhenti sebentar dek kehilangan perkataan untuk diucapkan..hehe

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates