Wednesday, September 28, 2011

Bismillah...

Assalamualaikum wbt.

Dewasa ini, dengan perkembangan pesat teknologi, pemuda pemudi di serata dunia bebas bermuamalat. Dari sekecil-kecil hal seperti bertanya khabar, sehinggalah bermacam perkara yang ada di dunia. Semuanya hendak dikongsikan. Tiada lagi rahsia.

Jika diteliti, masih ramai muda-mudi yang berpotensi untuk menjadi baik. Tetapi silang pergaulan adalah salah satu perkara yang sukar dielakkan di zaman ini kerana jalan-jalan ke arah itu terlalu mudah. Jika tersalah langkah, kebarangkalian untuk berubah ke arah negatif amatlah tinggi kerana ia berkait soal hati dan perasaan. Sedangkan sampainya ilmu yang bermanfaat ke hati adalah bilamana hati itu bersih dan jernih.

Wanita dan Lelaki Itu Berbeza

Lelaki berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat. Wanita pula berkomunikasi untuk memulakan perhubungan. Tidak hairanlah mengapa dunia lelaki dan wanita sangat berbeza. Penting untuk muslimin dan muslimat yang menerapkan taqwa dalam diri agar berhati-hati dalam soal berhubungan. Tidak kiralah di mana anda berada.

Menjadi sahabat atau tunang antara lelaki dan wanita tidak bermaksud membolehkan berhubungan dalam perkara yang tidak perlu dan tiada batas waktu. Pentingnya, muslimin dan muslimat beringat sebelum terlambat. Soal ikhtilat bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh. Tanpa ada keperluan yang mendesak, elakkan berhubung dengan bukan mahram secara berdua (text messaging, call, email, ym, dan lain-lain). Tarikan antara kedua kutub utara dan selatan sesungguhnya sangat kuat.

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya"- Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih.

p/s-Penulis berpendirian bahawa, dalam soal ikhtilat muslimin muslimat, perlu bersikap berhati-hati. Namun tidak bermaksud tiada langsung ruang untuk bermualamat antara lelaki dan perempuan. Ada, namun perlu dalam suasana yang tidak menimbulkan fitnah dan berdua sahaja tanpa mahram dan hal yang tidak perlu (ym, call, sms, email) kerana lelaki dan wanita itu saling melengkapi dan memerlukan di antara satu sama lain. Wallahua'lam.

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates