Friday, September 30, 2011


Bismillah...

Jika kita bercinta dengan manusia, bersedialah untuk kecewa.
Kerana manusia itu penuh dengan kelemahan dan kekurangannya.
Tetapi, jika kita bercinta dengan-Nya, kita tidak akan pernah kecewa.
Kerana, Dia tiada kekurangan.

Jika kita berkasih dengan manusia, bersedialah untuk bersendiri di sela-sela waktu sekadarnya.
Kerana, pasti ada orang lain yang mengharapkan kasihnya, samaada keluarganya, sahabatnya, atau jalan juangnya.
Tetapi, jika kita berkasih dengan-Nya, kita takkan pernah merasa sendiri.
Kerana, kasih-Nya Maha Luas dan Melimpahi.

Jika kita mengharap sayang dari si dia, kita perlu memberi sebelum menerima.
Tetapi, jika kita mengharapkan sayang-Nya, kita hanya perlu menjadi peminta, kerana Dia Maha Pemberi segalanya.

Jika kita mohon difahami olehnya, mungkin dia sukar memahami kita, kerana ilmunya terbatas sekadarnya.
Tetapi, jika dengan Dia, kita pasti difahami-Nya.
Kerana Dia Maha Tahu apa keperluan kita.

Jika kita mengadu pada dia dan mereka, sampai satu masa, mereka pasti bosan akhirnya.
Tapi, baiknya Dia, Dia takkan bosan mendengar rayuan kita.
Malah, sering kali kita yang berputus asa dengan rahmat-Nya.

Jika..jika..dan jika...kerana-Dia, di situlah bahagia.
Tiada yang lebih membahagiakan selain mendapat ketenangan dalam mengingati cinta-Nya.

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates