Wednesday, September 2, 2009

In life, there will always persons teach you on great things you have always missed out. For me, I think my strength is growing right now. Although this week there are awful things happened, I try to be cool~chill. Even then, Im still wondering. Is thing happens for good? Maybe Allah wants to show me something. He who has the power, anyways. When I am in problem, quite numbers I ask Him, "why do You do this to me? I am just a small traveller in your big world." I forgot, at the first place, the fact that I am actually just a slave.

SECANGKIR IMAN, SELUAS PENGABDIAN

Hari ini saya berkesempatan menghadirkan diri ke program PMH di induk. Program yang dinamakan "the Weekly Boomerang". Walaupun 'ustaz' yang menyampaikan ceramah adalah seorang pelajar, tetapi isi ceramah beliau tetap berjaya menyentuh hati saya. Saya mengaku saya memang seorang yang kuat mudah menangis. Dan saya di belakang, menahan sedu mendengar setiap bait kalimah yang disampaikan beliau. Terasa Allah bagi sesuatu ada sebabnya. Sakit ada sebabnya. Ditimpa musibah ada sebabnya. Seronok melihat suasana di dewan kuliah, tempat program diadakan. Hari ini penuh ruang dewan. Sampai tak cukup juadah berbuka dan kupon aktiviti. Saya sangat berterima kasih juga pada urusetia terutamanya biro multimedia PMH, Hazirah yang memang rajin download/invent video-video bermotivasi dan bermanfaat untuk umat. Saya lampirkan kongsikan di sini video-video tersebut. Umat Islam hari ni dah memang lagha, lalai dan leka..saya pun tak terkecuali. Bukan menuding jari ke sesetengah pihak semata. Diri sendirilah yang perlu diubah sebelum kita mengubah orang lain.

Moga-moga apa yang dilakukan hanya kerana Allah. Saya teringat kata-kata ustaz sewaktu berceramah mengenai ibadat khusus dan umum. Dan perihal tujuan hidup. Adakah hidup kita di sini sekadar mengejar supaya maintain pointer, supaya aku dapat menyarung selempang anugerah TNC? Yang lelaki semata-mata untuk berfoya-foya, memuaskan naluri bermain-main? Saya sangat yakin, sekiranya dibuat census, atau orang Melayu panggil bancian, pasti ramai yang akan memberikan jawapan sebegitu. Hidup tanpa hala tujuan. Dan bila sesi soal jawab, macam selalu..ramai semua tunduk, mengambil teladan daripada imam syafie mungkin.

TUJUAN YANG KABUR

Baik, berbalik kepada tujuan hidup, analoginya mudah; kita keluar dari rumah kita, kita tiada arah tujuan, ingin ke mana aku ini? Berjalan sewenang-wenangnya tanpa matlamat yang jelas. Mengikut sahaja arah kaki, atau lebih malang lagi jika kita sudah menaiki bas, namun tetap kurang jelas atau tidak tahu dengan matlamat kita untuk turun di mana. Apakah tidak terdetik walau sekelumit pun di hati, aku ini sungguh-sungguh sangat rugi? Menghabiskan masa, tenaga, dan duit untuk sesuatu yang sia-sia. Sepatutnya mulai sekarang kita sudah mempunyai perancangan, hidup ini, perjalanan ini aku ingin ke mana, kepada siapa? bagaimana, dengan siapa dan sebagainya. Juga kesan baik dan buruknya perancangan kita. Bukankah setiap kita akan sampai umur tua dan akhirnya mati? Ambillah masa untuk berfikir, ambillah masa untuk berubah. Setiap sesuatu Allah sudah menyediakan kita panduan untuk menilai perancangan perjalanan kita. Di saat masih diberi kesempatan inilah, masih ada waktu untuk kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Tambah-tambah di bulan yang berkat ini, inshaAllah.

SILIBUS WAJIB REFRESH, 24/7

"Dan tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepada-Ku."

Maknanya, walaupun kita sedang melakukan sesuatu yang di pandangan mata manusia adalah perlakuan sehari-hari, (dan tidak melanggar syarak), ianya sudah dikira ibadah jika diniatkan kerana Allah SWT! Tidur, makan, berdiri, berjalan, basuh pinggan, blablabla..(semua kecuali maksiat dan ibadat khusus) Saya terdengar lagi ustaz menerangkan mengenai ibadah dan salah satu syarat yang paling penting, iaitu ikhlas. Saya terfikir, macamana nak pupuk ikhlas dalam diri? Ikhlas ni sangat sukar untuk dinilai, tapi sedikit sebanyak terbias juga pada perlakuan. Masakan tidak, sebab Rasulullah SAW bukankah seorang yang sangat berakhlak dan paling ikhlas dalam hubungannya dengan Allah SWT? Kalau nak dikisahkan sifat/akhlak Rasulullah SAW di sini, boleh menangis kita dibuatnya. Terlalu mulia pengorbanan, dan kasih sayang seorang nabi kepada umat. (Kita bernasib agak kurang baik saya kira kerana hidup di zaman berlalunya khalifah Islam) . Sebagai konklusi,ceramah yang bertajuk Secangkir Iman, Seluas Pengabdian itu sungguh, orang putih cakap interesting (pinjam kata-kata MC). Two thumbs up!

Cukup sekadar ini..renung-renungkan, dan sama-sama kita beramal!



2 comments

salam...
perkongsian y sgt bgus...
teruskan perjuangan dlm medan ini...

REPLY

terima kasih dr.wanpotter!

insyaAllah, harapan ana pun gtu.sama-sama doakan...rajin-rajinlah komen lagi ye.. ~_~

REPLY

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates