Wednesday, September 16, 2009

Salam Ramadhan to all..

Sesungguhnya, beruntungla org2 yang mendapat keampunan dan kemerdekaan daripada api neraka setelah berakhirnya Ramadhan sebagaimana yang dijanjikan Allah SWT.

Saya ingin berkongsi sedikit tentang aktiviti yang telah dijalankan minggu lepas di fakulti saya. Minggu lepas sesungguhnya minggu yang 'huru-hara' sedikit bagi saya. Namun Alhamdulillah, berkat usaha semua, apa yang dirancangkan menjadi juga walaupun tidaklah 100% sempurna atau lancar sepertimana yang diharapkan oleh Cik Pengarah. Apa yang membuatkan saya betul-betul tak boleh lupa ialah, komitmen dan sokongan daripada sahabat-sahabat untuk Tadarus Team dan bahagian jualan. Kalian bekerja tanpa sungutan sedikitpun. Insha Allah, ada ganjaran buat kalian di sana.

Alhamdulillah, pada 8-13 hb 9 2009 bersamaan 18-23 Ramadhan 1430H, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan UiTM Seksyen 17 telah mengadakan Program SCORE'09. Program yang dijalankan selama 6 hari berturut2 ini bertujuan untuk menghidupkan Ramadhan di Fakulti selain mengumpulkan semua pelajar Fakulti Pendidikan dalam suatu majlis. Melihat pada tarikh, mesti ramai yang tertanya2 bukan, kenapa lambat sangat?
One of the reasons behind..--> Of all activities around us in Ramadhan, everything is very enormous at the beginning. But at the end of the month, you can see a decreasing number of the activities at most musollas and mosque. That is why, we thought that it would be meaningful and can be regarded as an opportunity as well for the students of the faculty to find something new to keep searching for a deedful Ramadhan. ^_^
Program berakhir pada 13 hb 9 lalu dengan kehadiran Dekan Fakulti, Prof Dr Normah Abdullah, Timbalan Dekan (HEP), Puan Hajah Zaiton Ahmad, dan Ustaz Mohd Fauzan Madzlan (penceramah jemputan), serta sebahagian pensyarah-pensyarah dan staff. Terima kasih diucapkan buat semua yang telah menjayakan program ini terutamanya VAESA, Imam serta pentazkirah dari kalangan pelajar fakulti, urusetia program--Safwan (AJK Peralatan & Tempat), Anyss (S/U), Kak Nad, K.Lailatul (AJK Publisiti), Wani, K.Aisyah (TTK), Rosni (AJK Pendaftaran), Mardiyah (Timbalan Pengarah), Stanly, K.Khalilah (AJK Makanan) dan juga Ayuni (Bendahari). Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dan segala kekurangan, jadikan ia sebagai satu muhasabah untuk kita hadir menjadi dan memberi yang lebih baik. Juga ucapan khas terima kasih secara peribadi saya tujukan buat Kak E-lah, K.Lia, Che Ngah, K.Dilah Ibrahim, K.Ainie, K.Tinie, K.Diyana, Anis, Haha, Nad, Ika, Lynn, Mimi, Azni, Ayuni serta Farah yang telah banyak memberi sokongan moral secara tidak langsung kepada diri ini.

Tanpa kalian semua juga tanpa izin dari-Nya, program ini tidak akan menjadi satu realiti.

These are some of the pictures snapped before and during the program for all of you to take a tour on discovering what's beyond..


Fakulti Pendidikan-Inilah bangunan Blok M yang asalnya merupakan sebuah bangunan sekolah menengah..

Can you guess which one is the poster? Yup! the one pasted on the center. Ignore others please!

If you can spot, there's a small mistake there...~

Qari dan Qariah khusyuk membaca Al-Qur'an..sebahagian dari pelajar yang menyertai Tadarus Team
I think that's all for now. But later i'll paste another photos of the program since most of the photos are still in delivery..~~

Wallahua'lam.

*********

9:27 PM

Sepertimana yang dijanjikan, di bawah ini ada sebahagian lagi gambar semasa program..~~


Saya kongsikan sikit tentang apa yang disampaikan ustaz penceramah:

>>Ustaz ada sebut sal doa yang dimakbulkan..time2 nak dekat berbuka tu, insyaAllah doa makbul..juga malam raya..banyak lagilah..ade satu yang ustaz sebut, sal realiti pelajar zaman sekarang..disebabkan ustaz merupakan seorang penceramah bebas yang seringkali ke sekolah2 memberikan motivasi, katanya sekolah yang ada kes jenayah / juvana yang teruk..kalo dicheck besenya tenaga pengajar di situ kurang menekankan bab2 agama..ustaz sangat menekankan kepentingan meletakkan Islam sebagai asas hidup. Pengalaman beliau sewaktu di Mesir, di mana pernah beliau bertemu dengan seorang kenalannya di Mesir yang mempunyai sebuah kedai. Namun apabila tiba waktu bulan Ramadhan, kenalannya itu meninggalkan semua urusan perniagaannya selama sebulan semata-mata nak menumpukan ibadat dalam bulan Ramadhan. Bila melihat keadaan tersebut, ustaz yang tak berpuas hati lalu berjidal dengan kenalannya itu..

"ya sheikh..enta buat macam ni..kalo nabi masih hidup, nabi pun tak setuju dengan apa yang enta lakukan. Bukankah nabi tak ajar kita tolak dunia secara total? perlu jugak bekerja untuk makan pakai.."

Lalu dijawab oleh kenalannya itu.."Syeikh, ana dah 11 bulan menggunakan seluruh kudrat ana untuk mengejar kebahagiaan hidup di dunia.. jadi salahkah ana menggunakan seluruh kudrat dan waktu yang ana ada dalam masa cuma sebulan untuk mengejar kebahagiaan hidup ana di akhirat yang kekal abadi?"<<--lebih kurang la ayat ustaz tu....~_~


Akhirul kalam..persoalan, puasa kita macamana? Ibadat kita tahap mana dah? Tepuk dada..tanyalah iman. Jangan tanya aiman, nanti aiman jawab: AIMAN TAK KISAH...

p/s: Still have 2 days left for Ramadhan..erm,should beware of the coming enemy to come and do hunting for the Night of Power with His Guide.

May ALLAH Bless, always and always!


Wallahua'lam.

Hamba Allah yang dhaif sedhaif-dhaifnya,
Adawiyah Rabiatul


:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates