Friday, September 11, 2009


Salam alayk..

Tinggal kurang 10 hari lagi kita berpuasa. Semua orang bercakap mengenai fatrah terakhir di bulan penuh barakah ini. Saya pula agak ke'bizi'an sedikit di waktu-waktu begini. Menggerakkan program ihya Ramadhan di Fakulti. Saya terpaksa curi masa menjenguk blog sendiri dan blog sahabat yang lain. Terima kasih pada sahabat yang sudi mengambil sesuatu dari blog saya yang tak seberapa ini. Dan juga yang menukilkan sesuatu mengenai diri yang serba tak sempurna ini. Insya Allah, saya akan update kalian semua dengan cerita terbaru sedikit masa lagi.

Oh ya! Sebelum terlupa, kenapa pula saya letak tajuk entri kali ini rambang mata..? Kenapa? Sebenarnya dalam kekalutan menguruskan program, sempat lagi terfikir untuk renovate sesuatu. Tapi rambang mata, tak tau nak pilih yang mana sebab semuanya menarik dan cantik. Sebut tentang cantik dan menarik, teringat pada angah yang sekarang sedang gembira pulang ke kampung halaman (hakikatnya rumah di paka bukan kampung sebab kawasan rumah tanah lot, satu rumah dan rumah yang lain tak terlalu dekat macam suasana di kampung).. teringat untuk memberikan hadiah pada angah..(takpe,angah jarang baca blog ni..^_^)..tadi sempat juga saya membelek-belek gelang gem yang dijual di fakulti sempena program, tapi sebab tak tahu angah betul-betul nak apa sekarang, jadi kiv dulu belikan angah hadiah. Nak tanya angah sendiri nanti, angah nak apa..huhu

Esok dan lusa, program bakal diteruskan lagi dengan izin-Nya Insya Allah, setelah hari ini sudah masuk hari keempat kami, pelajar di fakulti pendidikan ber 'ihya ramadhan di fakulti. Bagaimana agaknya suasana esok dan lusa? Moga Allah permudahkan segalanya. Moga Allah berikan rahmat, maghfirah, dan keampunan-Nya kepada kita hamba-Nya yang lemah.

Teruskan menulis sahabat, semoga akhirnya terbangun jua jiwa-jiwa yang lena!

Hamba Allah yang dhaif sedhaif-dhaifnya,
Adawiyah Rabiatul

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates