Monday, September 14, 2009

Sabtu, 12/09/09

Kira-kira pukul 8.30 pagi aku mendapat panggilan daripada Kak Bah, k
akak kesayangan aku. Tak sangka pula aku Kak Bah meminta pertolongan untuk aku menggantikan tempatnya pada hari itu mengajar Bahasa Inggeris di sebuah pusat tuisyen di Seksyen 19. Kak Bah terpaksa menghantar adiknya yang bakal menyambung pelajaran ke Jordan (tak silap la) pada hari itu dan meminta aku mengajar kerana bimbang tidak sempat pulang pada waktu yang sepatutnya. Kelas bermula pada pukul 2.30 petang, katanya. Aku teringat tengahari itu aku pun takde program atau meeting. Tapi dalam hati aku sebenarnya agak berbelah bagi juga. Maklum, aku tak punya kenderaan sendiri dan petang itu pula aku terpaksa berada di fakulti tepat pada waktunya untuk program ihya Ramadhan. Kat mana tempat tuisyen tu pun aku tak tahu. Takpelah, Allah akan tolong, aku berkata pada diri sendiri menyedapkan hati.

Hampir pukul 2 petang Kak Idah, seorang lagi kakak kesayanganku datang mengambilku dengan kuda perangnya di Kolej Mawar setelah dimaklumkan Kak Bah. Kak Idah yang baik hati, melihat kelibat Kak Idah aku rasa gembira. Kak Idah tabah orangnya. Dia baru kehilangan ayahnya pada semester lepas. Al Fatihah buat ayahandamu kak. Selepas melalui jalanraya di sepanjang Seksyen 2, Seksyen 17 dan Seksyen 18, akhirnya sampai juga kami di pusat tuisyen tersebut.

Pusat tuisyen itu asalnya sebuah rumah teres dua tingkat yang dicat semula dengan kombinasi warna yang berwarna warni sesuai dengan konsep tuisyennya untuk semua peringkat umur. Agak terkejut juga aku mendengar makluman daripada Kak Bah bila aku bertanya Tingkatan atau Darjah berapa pelajar yang akan aku ajar ini. Kak Bah menerangkan mereka , bakal anak muridku itu terdiri daripada semua peringkat umur--bercampur usia rendah dan menengah! Pening pula aku memikirkan cara atau method yang sesuai untukku bawa semasa pengajaranku nanti. Namun, jurusan TESL yang sedang aku ikuti ini memberi banyak kelebihan kepadaku. Aku sempat menelaah beberapa buku yang menyelitkan method-method yang untuk mengajar Bahasa Inggeris. Namun satu yang aku tak pasti, apakah untuk EFL (English for Foreign Learners) , cara-cara ini akan berkesan? Kesemua buku-buku rujukan aku kebanyakkannya untuk pengajaran Bahasa Inggeris kepada native speakers! Tapi aku catit juga beberapa permainan bahasa sebagai back-up. Kak Idah sebagai 'supir' tidak rasmiku mengucapkan salam sebelum meninggalkan aku untuk mengajar.

Semasa aku melewati pintu pagar pusat tuisyen, beberapa orang wanita dalam lingkungan usia hampir separuh abad kelihatan berkumpul di suatu ruang di luar rumah, berhampiran sliding door. Kemudian seorang lelaki berusia dalam lingkungan umur yang sama menegurku. Kami berbual-bual dan dari situ aku mendapat tahu bahawa dia merupakan penjaga pusat tuisyen. Dia memberitahuku tentang expectationnya daripada tenaga pengajar supaya lebih menekankan English for Communication.
Katanya, pengalamannya membuatkan dia sedar kepentingan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris amat penting untuk anak-anak Melayu Islam mencari pekerjaan. Dengan penuh semangat dia memberitahuku bahawa untuk sesi interview, anak-anak Melayu lah yang paling dulu fail kerana hendak memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris pun sudah tergagap-gagap. Astaghfirullah! Aku beristighfar dalam hati. Dalam diam mengiakan, aku teringat bahawa rezeki itu hak milik mutlak Allah. Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya. Walaupun aku seorang pelajar TESL, namun untuk mengatakan kepandaian dalam Bahasa Inggeris yang membuatkan seseorang itu berjaya dalam sebarang usahanya untuk mencari rezeki di bumi Allah, agak keterlaluan. Bahasa Inggeris memang penting, namun itu hanyalah asbab sahaja. Khuatir aku jika terlebih menyanjung lingua franca itu. Teringat kata-kata seorang Ustaz dalam kuliahnya yang pernah aku hadiri.

"Bahasa Inggeris itu bahasa MUNAFIK."

Terdiam aku. Panas juga telinga ni mendengarnya. Sekular
sangatkah mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris? Mungkin ada sesuatu yang ustaz ingin sampaikan. Aku ber'husnuzhon'. Kawan-kawan yang lain kuperhatikan sudah ketawa. Terkekeh-kekeh. Mungkin puas sebab sesuatu yang mereka sendiri tahu. Mungkin tidak. Baru aku perasan. Semua yang mengikuti ceramah ustaz pada hari itu bukan dari kursus yang sama denganku. Seorang sahaja yang ku kenalpasti dari kursus TESL, kak Maizan yang duduk di hujung ruang dewan kuliah. Dia juga seperti aku. Dari riak mukanya dapat kubaca ketidakpuas hatinya pada kata-kata ustaz. Aku berpaling semula ke arah ustaz di depan.

" Ya lah, eja lain...bunyi bacanya lain."

"O.N.E....kan patutnya bunyinya ONE, tapi omputih duk suh pi baca, O.N.E....WAN!"

Habis lagi pecah ketawa kawan-kawanku. Aku? Tersengih sahajalah. Mungkin betul, mungkin tidak apa yang diucap ustaz. Tapi yang aku pasti, Bahasa Inggeris bukan bahasa MUNAFIK.

"Senornye tak pandai bahasa Inggeris..itu yang duk reka-reka macam-macam alasan taknak belajar bahasa inggeris!"

Dan aku teringat pada hadith Rasulullah SAW yang Mulia:

Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu beliau akan terselamat daripada tipu helah mereka
Menunggu waktu untuk memulakan kelas, mula-mula cuma empat orang yang hadir. Maklumlah, hujung minggu. Maizan yang paling awal hadir. Kemudian Ain, Aqilah, dan Afiff. Si kecil Khairul Najwan datang kemudiannya. Kemudian Imaniah dan adiknya, Wadhihah. Aku memulakan pembelajaran dengan sesi pengenalan. Memperkenalkan diri kepada anak-anak murid, begitu juga mereka--memperkenalkan nama masing-masing. 20 minit pertama aku menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk berkomunikasi dengan mereka. Kemudian..

"OK, now I would let all of you to play an activity."

Semua senyap.

"I would ask one of you to draw whatever object I wish you to, on the whiteboard."

Senyap lagi.

"Do you understand?"

Senyap. Sunyi.

"Kamu semua faham tak?"

Si Najwan dah mula menggeleng-gelengkan kepala, diikuti Imaniah. Yang lain masih diam, tak pasti samada mengiakan atau tidak. Akhirnya aku terpaksa juga berbahasa Melayu dalam pengajaran. Kalau ikutkan apa yang aku belajar dan ingin aplikasikan, sepatutnya pembelajaran Bahasa Inggeris akan leb
ih berkesan sekiranya Teacher memaksimumkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam kelas. Tapi aku punya strategi sendiri. Aku akan tetap berbahasa Inggeris dengan mereka-mereka ini, tanpa meninggalkan translation bahasa Melayu cuma aku akan meminimumkan penggunaan BM semasa mengajar.

"....sape2 yang Teacher panggil nama dia, dia kena lukis apa yang Teacher suruh kat whiteboard ni, ok?"

Barulah masing-masing mengangguk kepala laju-laju.

Hm..aku berfikir panjang tentang tahap sebenar penguasaan mereka dalam matapelajaran ini. Di depan aku murid-murid Tahun 1, 2, 5, dan yang paling senior adalah Tingkatan 4. Cepat-cepat aku bertanyakan gred markah yang mereka perolehi. Alhamdulillah, ada yang dapat A. Bukan takde. Tapi mungkin untuk berkomunikasi, agak sukar bagi mereka. Tapi masing-masing sangat pasif. Sebab itu aku mulakan aktiviti dengan sesuatu yang simple seperti STUDENT ARTIST tadi. Supaya mereka akan lebih banyak peluang bergerak dan berkomunikasi antara satu sama lain dalam Bahasa Inggeris. Tidak cuma duduk di kerusi masing-masing. Kemudian aktiviti WORD CLOUD. Alhamdulillah, rasa seronok dan puas melihat mereka sedikit demi sedikit memberikan respon. Dan pengalaman pertama secara ras
mi mengajar di depan murid-murid ini, Allah menganugerahkan aku seorang anak murid yang istimewa. Namun dia tetap punya semangat untuk berjaya, aku tahu itu.

Sebelum menghabiskan pengajaran, aku sempat bertanyakan adik-adik pelajar perihal balik kampung dan berhari raya. Aqilah bakal balik ke Negeri Sembilan, Maizan ke Perak, Imaniah dan Wadhihah (Terengganu), Hazim dan Hafiy (Penang)....Afiff beraya di Selangor jerrr...

dari kiri: Najwan, Afiff, Hazim, Hafiy. Depan: Aqilah, Ain, Imaniah, Wadhihah

Last, aku menyuruh Afiff membaca doa untuk pembelajaran pada hari itu. Masing-masing pulang sejurus selepas doa kerana rumah yang cuma beberapa depa dari pusat tuis
yen. Cuma Maizan saja yang masih menunggu kehadiran abangnya yang akan datang mengambilnya pulang. Aku mengambil peluang itu untuk berbual-bual dengan Maizan. Aku bertanya Maizan komponen apa yang paling sukar untuk dia kuasai dalam Bahasa ini. Penulisan, jawabnya. Aku pun memberitahu tips-tips yang aku ketahui kepada Maizan. Maizan mendengar dan mencatit dengan penuh minat. Aku tahu Maizan seorang yang rajin dan gigih. Insya Allah dia akan berjaya suatu hari nanti. Pen di tangan Maizan berpusing-pusing laju sewaktu dia menulis tips yang aku berikan.

"Teacher... teacher ada Friendster tak?"

Bagaimana aku nak jawab ya? Sebetulnya aku dah lama tak pedulikan Friendster.

"Ala Maizan...teacher dah lama tak bukak. Awak email je la saya kalau ada apa-apa, ok?"

Dan aku rasa bersalah pada Maizan kalau-kalau dia kecewa kerana tak dapat menjadikan aku 'kawan'nya di Friendster. Tapi aku lagi merasakan sesuatu. Peringkat umur Maizan, iaitu Tingkatan 4, memang lumrah Friendsterfriendster ni. Tambahan generasi sekarang yang memang berbeza dengan generasi terdahulu. Sekarang sudah ada banyak lagi material seumpama Friendster.Facebook, Tagged, Hi-5, dan lain-lain. Persoalannya, apakah adik-adik ini tidak akan terleka? Aku berdoa supaya Maizan berjaya. Semoga dia dilindungi selalu. Aku punya alasan tersendiri tentang Friendster. Biar orang mengatakan padaku perihal peluang dakwah..etc, etc, etc...aku rasa perlu juga aku berpijak di bumi yang nyata. Sebelum pulang, aku berjumpa kembali dengan penjaga pusat Tuisyen dan Puan Azizah yang in charge pada petang itu. Puan Azizah menawarkan aku untuk bekerja secara tetap bermula selepas cuti raya. Aku agak serba salah juga. Bimbang, bebanan yang baru mahu dipikul sedangkan bebanan lama belum terusai dengan sebaik-baiknya. Namun untuk menolak, aku tidak sampai hati bila aku teringatkan wajah-wajah penjaga adik-adik ini yang begitu mengharapkan mereka berjaya. Lantas aku menjawab, "Insya Allah, saya akan usahakan." "Takpe Adawiyah, kalau takde kenderaan, call auntie...auntie pergi amik kat Seksyen 18 tu..." Aduh....tingginya harapan mereka. Bagaimana mungkin aku menolak? Aku akan cuba sedaya upaya memenuhi harapan mereka, insyaAllah. Aku yakin akan pertolongan Allah.

pada Allah jualah urusan tiap sesuatu.

Maizan (berkerusi roda), Najwan dan Afiff sedang khusyuk menulis..Aqilah dan Ain: dah macam kembar...hazim: pikir ape la tu...

Leka berbual, baru aku sedar 'supir' tidak rasmi dah siap menunggu rupanya di luar. Lebih kurang 4 15 petang aku dan Kak Idah meneruskan pengembaraan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ke Fakulti untuk menjayakan program SCORE'09...

~~~~~

Hamba Allah yang dhaif sedhaif-dhaifnya,
Adawiyah Rabiatul

4 comments

kui3... dah jd cekgu dh diee.. ske sgt r 2... huk3.,.. sronokye~~

REPLY

anonymous a.k.a dakkecik: toche2~...semoga dikurniakan kekuatan untuk terus menjadi muallim..insyaAllah

REPLY

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates