Friday, September 18, 2009

"....kamu ada seminggu lagi masa untuk hidop."

Kasim cepat-cepat bangun dari kerusi.


"Tipu! Aku tak percaya! Tidak..tidaak!!"

Laung Kasim seraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia hilang pertimbangan. Sedikit demi sedikit mukanya berubah menjadi pucat, lesu tak bermaya. Kasim terjelepuk ke lantai. Dia meraup mukanya yang sudah basah berpeluh dengan airmata itu.

Rasanya baru semalam Kasim ke rumah buah hatinya. Rasanya baru semalam Kasim meluahkan isi hatinya; berjanji dengan buah hatinya itu dia mahu menamatkan zaman bujangnya selepas raya ini. Aduh..sakitnya kenyataan ini. Kalau dia tahu begini kesudahan hidupnya, mahu sahaja dia duduk beriktikaf sahaja di surau-surau mahupun masjid yang selalu tak cukup isi jemaah muslimin itu. Tapi tak mungkin Kasim akan buat itu semua sebulan yang lepas. Ya...sebulan yang lepas, Kasim tak mengetahui sedikitpun tentang perihal penyakit yang dialaminya itu. Jadi Kasim, seperti Kasim yang lain, sibuk dengan urusan dunia. Sibuk dengan hal membahagiakan buah hatinya, Sabariah yang memang terkenal dengan kecantikan semulajadinya. Sabariah yang begitu mempesonakan hati Kasim. Hampir setahun mengenali Sabariah, mana mungkin Kasim akan melepaskan dia pergi. Tapi sekarang...

Kasim termenung. Seminggu...apa yang boleh dia lakukan? Tiba-tiba dia merasa pening. Serentak dia merasa seperti sesuatu menyucuk-nyucuk kepalanya itu. Aduhh...sakitnya Ya Allah. Seperti digerudi rasanya kepala Kasim. Kasim tak tahan lagi. Kasim lihat di sebelahnya ada sebotol air. Ya! Air.. Kasim cepat-cepat membuka penutup botol air itu.
Rasa Kasim, itu botol air mineral yang dibeli seminggu lepas di Kedai Ah Beng di Uptown (apa aku mengarut ni). Ah..pedulikan! Hajat Kasim mahu membasahkan tekak dengan air itu. Mahu membasahkan juga kepalanya supaya terasa sedikit dingin. Tapi...

Kasim terasa panas. Panas yang amat. "Apa ni???" "Aduhhhh...sakitnya..panas..panas..."Kasim terkinja-kinja. Badannya memberi refleksi. Tiba-tiba dia melihat di depannya ada gaung yang dalam. Amat dalam sehinggakan Kasim jadi kaget. Panas dan pening tadinya hilang. Kini dia jadi kecut perut melihat gaung yang luasnya sebesar alam. "Tuhaaaan..tolong akuuu!!" jerit Kasim dalam tak sedar.


"Woi, Kasim, bangun la. Itulah..tidur lagi lepas asar..sekarang dah pukul 7 suku dah ni. Dah nak berbuka ni. Hang ni betui la Kasim..!" Suara Leman, teman serumah Kasim mengejutkan dia dari tidur.

"Mimpi rupanya aku!"


"Tuhan..terima kasih kerana memberi aku peluang untuk aku bertaubat.."

************************

.....

Cerita yang dibuat bila tengah bosan..inilah jadinya~Kalau rajin, fikirla sendiri apa pengajarannya..^^

Wallahua'lam.

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates