Nota: Risalah IM
Pertama: Untuk Badan Saudara:
(1) Hendaklah saudara segera berjumpa doktor untuk diperiksa kesihatan umum saudara. Jika didapati ada apa-apa penyakit maka hendaklah saudara segera berubat. Selain dan itu hendaklah saudara sentiasa mengambil berat tentang punca-punca kekuatan badan saudara dan cara-cara bagaimana memeliharanya dan segi kesihatan. Di samping itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang boleh melemahkan kesihatan badan saudara.
(2) Hendaklah saudara menjaga kebersihan di dalam semua hal — iaitu samada dalam rumahtangga, pakaian, makan minum, tubuh badan, maupun tempat bekerja dengan sebersih-bersihnya; kerana Islam itu diasaskan di atas dasar “Kebersihan”.
(3) Hendaklah saudara tidak meminum kopi atau teh berlebih-lebihan dan apa-apa jua minuman penyegar seperti itu; malah seboleh-bolehnya cubalah jangan sama sekali menghisap rokok.
(4) Hendaklah saudara mengamalkan apa-apa jenis riadah badan walaupun dengan cara hanya sekadar berjalan-jalan kaki sahaja; dan hendaklah saudara menjadi ahli di dalam mana-mana “Pasukan Pengembara” jika umur saudara menasabah dengannya.
(5) Hendaklah saudara menjauhkan diri sama sekali daripada arak, minuman-minuman keras yang memabukkan, dan minuman-minuman yang boleh melemahkan kesihatan badan atau apa jua minuman yang merbahaya seperti itu.
Yang Kedua: Untuk Akal Saudara:
(6) Hendaklah saudara dapat membaca dan menulis dengan baik. Hendaklah saudara belajar membaca dan menulis jika saudara belum dapat berbuat demikian. Hendaklah saudara sentiasa bermutala’ah dapat berbuat demikian. Hendaklah saudara sentiasa membaca akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Hendaklah juga saudara mempunyai sebuah kutub-khanah khas untuk saudara sendiri walaupun kecil supaya saudara berpeluang mendalamkan ilmu pengetahuan dan kepandaian yang sudah ada pada diri saudara jika saudara adalah termasuk ke dalam mana-mana golongan ikhtisas dalam satu-satu bidang pengetahuan. Saudara hendaklah juga memiliki pengalaman berkenaan urusan-urusan Ugama Islam kira-kira membolehkan saudara menggambarkan hakikatnya dan menimbang samada cucuk atau tidak satu-satu perkara itu dengan tujuan-tujuan dakwah kita.
(7) Hendaklah saudara dapat membaca Quran dengan betul: dan juga hendaklah saudara dapat mendengar serta memikirkan ertinya. Juga saudara dikehendaki mempelajari “Sirah” atau Perjalanan Rasulullah dan sejarah angkatan “As-sala-fus Saa-lih” atau yang sangat “mustahak” (essential) mengenai asas-asas “Aqidah asas-asas bagimana hukum-hukum itu bercabang, dan juga rahsia-rahsia Syari’at Tuhan.
Ketiga: Untuk Budi Pekerti Saudara:
(8) Hendaklah saudara sentiasa di dalam keadaan segar mekar dan cergas, berperasaan halus, mudah herkesan samada terhadap sesuatu yang baik maupun terhadap sesuatu yang buruk; samada terhadap perkataan-perkataan maupun terhadap perbuatan.
(9) Hendaklah saudara sentiasa bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta; hendaklah saudara kuat kemahuan; dan janganlah teragak-agak di dalam sesuatu perkara, yang benar
(10) Hendaklah saudara bersikap berani; sanggup memikul bebanan; dan semulia-mulia keberanian itu ialah berani berterang-terang dengan perkara yang benar dan hendaklah saudara sanggup menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawal diri sendiri ketika marah.
(11) Hendaklah saudara bersikap gagah dengan cara sentiasa bersungguh di dalam sesuatu perkara. Kegagahan sikap seperti itu tidaklah pula sampai menghalang saudara dan bergurau dengan yang benar dan ketawa dengan senyum dan dengan tidak mengada ngada.
(12) Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang jahat dan daripada kawan yang rosak seperti mana saudara juga hendaklah menjauhkan diri daripada tempat maksiat dan dosa.
Keempat: Untuk Saku Saudara:
(13) Hendaklah saudara membuat apa juga kerja yang halal yang boleh mendatangkan rezeki sekalipun kalau saudara sudah kaya-raya; dan juga hendaklah saudara memilih kerja yang bersungguh dan mencubakannya seberapa daya upaya walaupun kerja itu sukar; bahkan hendaklah saudara bertekun sehingga berjaya di dalam satu-satu kerja.
(14) Janganlah saudara terlalu sibuk mencari kerja di pejabat-pejabat Kerajaan. akan tetapi janganlah pula saudara menolaknya jika peluang mendatang: dan janganlah lepaskan kerja yang sudah saudara dapat kecuali jika kerja itu henar-benar berlawanan dengan tugas-tugas Gerakan Dakwah kita.
(15) Hendaklah saudara sentiasa berjaga-jaga supaya dapat menunai tugas saudara dengan cukup amanah tentang kelicinan dan ketertiban pekerjaan itu; dengan sekali-kali tidak menipu; bahkah hendaklah saudara menunaikan kewajipan itu dengan tepat pada waktunya dan tepat pada masa janjinya.
(16) Hendaklah saudara menjauhkan diri dari permainan judi walaupun apa jua pun coraknya, dan walauapa pun jua tujuan yang ada disebaliknya. Hendaklah juga saudara menjauhkan diri daripada cara-cara penghasilan haram walaupun disebaliknya itu terdapat keuntungan yang segera.
(17) Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada amalan riba di dalam apa jua mu’amalah jual-beli, malah hendaklah saudara membersihkan diri sama sekali dan sebarang aliran riba itu.
(18) Hendaklah saudara menyimpan sebahagian daripada wang saudara untuk masa kecemasan walaupun simpan itu sedikit sahaja, dan janganlah sekali-kali saudara-saudara terjerumus ke dalam perbelanjaan perbelanjaan yang tidak mustahak.
(19) Hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan kotor; jangan menghampirinya, dan hendaklah saudara menjauhkan diri daripada cara hidup bermewah-mewah, berlebih-lebihan dan membazir.
(20) Hendaklah saudara mengguna harta umum umat Islam itu kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan pembangunan ekonomi Islam. Hendaklah saudara berjaga-jaga supaya jangan sampai keciciran wang itu walau sekupang sekalipun ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendaklah saudara jangan memakai melainkan barang-barang buatan tanah air saudara sendiri.