ZIARAH BERMAKNA
Bismillah...
Sebenarnya aku nak tulis tentang ziarah ke rumah Aina hari tu. Ziarah yang bagi aku cukup bermakna, sebab first time setelah hampir 10 tahun tak menjejakkan kaki ke bumi Losong. Hari tu sampai jugak aku ke Kampung Tok Ku Paloh, di Losong. Perjalanan dari Paka menaiki kereta Saga bersama kakakku, seterusnya ditumpangi Thaqifah dan Syuhada di Marang, dan berkumpul di luar Muzium Negeri.
Sampai di situ aku dapati beberapa sahabat yang lain. Alhamdulillah, walaupun masing-masing penat berpuasa tapi kami bersemangat hendak menziarah Aina yang ibunya baru lepas operate. Masuk aje rumah Aina, kami terpegun. Bukan apa, kagum sangat tengok senibina rumahnya yang unik, Subhanallah. Sepanjang ziarah, banyak juga benda yang dibualkan. Waktu tulah tahu sedikit sebanyak tentang sahabat. Bukan Aina sahaja, malah sahabat yang lain juga. Benarlah,kita kena kenal keluarga sahabat kita baru ukhwah makin bermakna.
Lepas tu aku dan sahabat-sahabat ke Hospital Kuala Terengganu. Perancangannya kami nak ke TTI (Taman Tamadun Islam), tapi sebab mendapat berita kakak kepada Fadhlillah ditimpa musibah dan sedang dirawat di sana, kami ubah plan. Disebabkan masih belum tiba waktu melawat, kami membuat circle group berdekatan taman rekreasi di perkarangan hospital. Di bawah pokok rhu yang rendang, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, dan waktu hampir tengahari, aku rasa mengantuk, ya Allah. Tapi Alhamdulillah rasa tu hilang lepas semua beralih tempat dek panas yang menyapa.
Aku rasa syukur sangat-sangat dapat berkumpul macam hari tu. Dari situ aku tahu lokasi rumah sahabat-sahabat, dan apa yang penting kami sempat berbincang tentang BADAR AL-KUBRA. Masya Allah..aku kagum dengan sahabat-sahabat semuanya. Hampir tamat halaqah kami, sempat pulak bincang tentang USTAZIATUL 'ALAM. Kenapa Islam tak menang-menang lagi? Kalau ikutkan, memang tak habis. Apapun, pendapat aku sebab dosa kita sendiri. Jika dibandingkan ubudiyyah zaman kegemilangan Islam dengan sekarang, bagai langit dengan bumi. Tapi di sudut lain, aku melihat kita masih tak mampu ubah apa yang berlaku sekarang, dan akal kita tak mampu mentafsir lebih jauh apa yang akan berlaku di masa depan selain Islam pasti akan tertegak kembali. Bila, cuma Dia yang Maha berkuasa dan tahu. Apapun, aku berpendapat apa yang kita mampu ubah sekarang adalah apa yang kita boleh kawal, iaitu diri sendiri, menjadi lebih baik, sedikit demi sedikit.
Wallahua'lam.