Monday, July 13, 2009

Ini bukan Jackie /Garfield

Kucing jiran ana diculik. Mungkin itu intro paling sesuai untuk post kali ni... Beberapa hari lepas gempar dengan kejadian tak disangka-sangka. Selama ini kucing yang kami panggil Garfield bebas berjalan ke sana ke mari (Tuan dia panggil Jackie, tapi kitorang suka hati je panggil Garfield) ,tiba-tiba sahaja diculik. Siapa yang culik? Wallahua'lam.

Kronologi penculikan Jackie @ Garfield

Beberapa hari lepas

Seorang saksi mengatakan beliau ternampak sepasang suami isteri seolah-olah bergaduh. Saksi tersebut turut melaporkan bahawa si suami seperti memarahi seseorang dalam bahasa urdu (urdu ke?) nya yang pekat, sebelum mengambil helmet dan terus menunggang motosikal menuju ke arah destinasi yang tidak dapat dipastikan. Manakala si isteri menekup mukanya sambil menangis teresak2...hal ini menimbulkan kecurigaan di hati saksi tersebut.

Sehari selepas itu

Penulis sendiri disoal oleh seorang yang tidak dikenali yang dipercayai merupakan salah seorang jiran penulis. Orang yang tidak dikenali itu memakai baju berwarna biru dan mukanya kelihatan sedikit pucat. Ketika ditahan untuk sesi soal jawab, penulis dalam perjalanan menuju ke mesyuarat persatuan beliau. Antara isi kandungan temuduga tersebut:

"awak duduk sini kan?"
"aah..ye saya. Knape?"
"awak tau tak yang umah sebelah ni (sambil jari telunjuk menunjuk ke arah rumah sebelah), kucing dia kena culik?"
"haa?..ye ke? tak tau pulak saya..patutla ari tu ada orang nampak auntie nangis3.."
"tulah..auntie tu cakap orang yang culik tu naik avanza biru, tiga orang dalam tu, pompuan..pakai tudung."
Aiyak.."pulak dah..hm, saya pun tak tau sangat lah. tapi penah gak la tengok avanza biru tu."
"itulah..kot2 kenal sesape..kawan2 ke yang naik avanza biru."
"owh..saya takde kawan naik avanza biru..lagipun umah saya, kawan2 sume x suke bela kucing..kucing yang selalu datang umah kitorang pun, kitorang tak bela."
"owh..camtu ke..takpelah kalo camtu."
"ok..g dulu ye."
Alamak, lambat pulak gi meeting kali ni~

Tak lama lepas tu, kawan serumah turut membuat kenyataan tentang kejadian yang tak disangka2 ini.

Kata beliau,
"Auntie cakap hidup dia dah tak tenteram sekarang. Dia dah anggap kucing tu macam anak sendiri. Dari kecik lagi dia bela kucing tu."
"Saya cuma mampu suruh auntie bersabar.."

Penulis turut menambah,"hm..tulah, bimbang jugak kalau2 auntie tak kuat. Hmm..(sambung la sendiri)"

Dan sehari lepas tu bertembung dengan family auntie waktu nak pergi kuliah.
Menurut auntie, dia dah tampal poster jackie kat banyak tempat, tapi still tak jumpa..takpelah auntie, sabar ye...sapelah punye kerja, tak dapat lagi kami main2 dengan Garfield...

Macam ni lah lebih kurang rupa Garfield..besar pun lebih kurang

Jadi, pada sesiapa yang terjumpa Garfield @ Jackie, sila laporkan segera di balai berhampiran anda.

"Kita dituntut mengamalkan sifat-sifat tolong menolong, berbakti, dan menjalinkan persaudaraan bukan sahaja sesama Islam, bahkan juga dengan mereka yang berlainan agama sebagai umat manusia, kecuali bila mereka mengganggu agama Islam dan Muslimin..."

P/S-sorry if there are so many bm's violation..(future linguist's blues)^O^...Thanks to *Dakkecik, who encourage me to write something on this curious case.

Wallahua'lam.

3 comments

omg!
i remember tat garfield!!!!!!!!!
wa.. kesian nya dia.
hope will be fine soon.

REPLY

yes, the one that the size is almost similar to a small goat! what a pity...i hope the culprit would be revealed very soon..#_#

REPLY

bdop bsor r, bkn dak kecik.... doa2 jek r garfeld 2 jper smule... insya-Allah.. hmm.... :D

REPLY

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates