Satu Rindu
Handphone di sudut katil dicapainya. Dia mula menekan-nekan kekunci hp untuk memeriksa baki kredit. RM2.01. Terus dia menekan nombor telefon yang sudah dihafalnya itu. Membuat misscalled.
"Harap-harap dia call balik" getus hati Raudhatul Addiniyah.
Alunan minus one dari hp Add berbunyi beberapa saat kemudian. Add yang sudah dapat mengagak siapa pemanggilnya terus menjawab panggilan.
"Assalamualaikum,ummi!" terus sahaja dia menyapa pemanggil di hujung talian.
"Harap-harap dia call balik" getus hati Raudhatul Addiniyah.
Alunan minus one dari hp Add berbunyi beberapa saat kemudian. Add yang sudah dapat mengagak siapa pemanggilnya terus menjawab panggilan.
"Assalamualaikum,ummi!" terus sahaja dia menyapa pemanggil di hujung talian.
"WAALAIKUMSALAM..ni bukan ummi ni. Knape kakteh call? Ada apa?" suara seorang lelaki sebaliknya menyapa gegendang telinga Add. Dia sedikit hampa.
"La..Muaz!!Muaz balik ke? Hm..takpelah,nanti kakteh call balik."
"Iyelah tu. Nak call balik? Connotation tu untuk 'misscall balik' sepatutnya." Getus hati kecil Add teringat kesalahannya.
"OK,"Muaz menjawab pantas. Talian diputuskan.
"Rindunya kat ummi ni.." Add belum puas hati. Sebentar lagi akan bermula program di universitinya. Dia belum berhubung dengan insan tercinta itu sudah hampir dua minggu, agaknya.
Sekali lagi hp dicapainya. Menekan-nekan kekunci hp.
"Salam..ummi sihat? Buat apa tu? Kakteh rindula kat ummi.." Mesej dihantar. Jam di hp sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi.
"Tak mungkin ummi akan balas waktu-waktu macam ni,"fikir Add kemudiannya.
"Esok ajelah jawabnya ummi akan balas. Sape suruh mesej lambat-lambat." sambung Add lagi.
==========================================
"Tik!" Bunyi mesej dari hpnya membuatkan Add tersenyum. Gembira mendapat balasan dari orang yang sangat disayanginya itu.
"Tidur ke? Bila nak balik?" Add perlahan-lahan membaca mesej tersebut. Tidur? Pantas dia melihat jam di tangannya. Pemberian insan tersebut. 0819. "Ini mesti perli ni.." pantas Addin dapat menangkap maksud si pemberi mesej. Dia terus menekan kekunci hp untuk membalas.
Apelah. Add tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Mesti ummi tak percaya dia ke masjid awal-awal waktu begitu.
"Tak..kakteh ada kat masjid, tengah dengar kuliah. InsyaAllah kakteh balik 28hb 8 ni."
Straight to the point dan tersusun ayat BM yang dihantar. Maklumlah, generation gap membuatkan Add maklum dia harus menulis dengan cara begitu. Selesa juga, fikirnya. Daripada membaca gaya bahasa mesej budak-budak generasi sekarang yang berbagai-bagai ragam.
"Gilew nyerrr..apew nk wut nieyyy..." teringat satu mesej yang pernah dibacanya. Kadang-kadang naik pening dia dengan segala gaya bahasa yang merapu-rapu sebegitu. "Aii..awak tu bukan generasi zaman sekarang ke?" seketika dia teringat. "Heh, grown up lady. Tak lama lagi akan jadi orang dewasa...80's babies blues"
Add teringat ketika mula-mula umminya mendapat hadiah hp daripada abuya nya. Bukan main susah lagi ummi ingin menggunakannya. Nak tekan butang hijau untuk menjawab panggilan pemanggil pun, disuruhnya mana-mana anak-anaknya yang berada berhampiran untuk melakukannya. Sekarang, ummi sudah pandai menaip mesej. Add tersenyum lagi mengingatkan semua itu.
"Hah, senyum sorang-sorang...berangan lah tu!"
Satu suara yang dikenalinya menyapa.
bersambung...
3 comments
pandai tukar nama!
REPLY:D
weeee
Adui..cepatnya komen..x sempat nak cakap, "cerpen di atas tiada kaitan dengan yang hidup di alam maya mahupun di alam realiti. Jika ada, ia hanyalah kebetulan dua mata." hehe :D
REPLYanyway, cuma nak luahkan rasa rindu kat mak..meleret2 sampai jadi cerpen..
REPLYyuni: pernyataan atas b4 diz such a klise in any story. ouch!