Tuesday, July 14, 2009

Sebahagian dari koleksi kata-kata motivasi kiriman sahabat-sahabat ana..semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..insyaAllah.

"Ukhwah ibarat bunga. Andai tak dibaja dan disiram, akan menjadi layu, hilang serinya dan akhirnya mati. Semoga Allah sentiasa suburkan hati kita dengan kasih sayang dan ketaqwaan kepada-Nya. Semoga ukhwah kita akan terus berkekalan hingga akhirnya. Mencontohi Rasul SAW dan sahabat dalam berukhwah, oh manisnya. Salam ikhlas tanda ingatan..aku menyayangimu kerana Allah..:-)"

"Di celah-celah badai kesukaran..SENYUMlah..Pasti ada keSENANGAN selepas keSUSAHan,keGEMBIRAan selepas keSEDIHan, keJAYAan selepas keGAGALan..Jiwa-jiwa yang gelisah akan takut menghadapi keSUSAHan..Manakala jiwa-jiwa yang disaluti IMAN akan tabah mengatasi keSAKITan..kerana jiwa yang disaluti IMAN percaya apa yang berlaku adalah kehendak yang MAHA ESA.."

"Sahabat..Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata..Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan..Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan..Renung amalanmu, ia menjadi sifat dirimu.."-

"Di mana sahaja 'dia' berada, pasti Islamkan agung semula. Bila sahaja 'dia' berbicara, pasti syaitan kan membencinya. Bagaimana sahaja 'dia' memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga. Untuk apa sahaja tujuan 'dia' melangkahkan kakinya, nurnya takkan pernah hilang menerangi insan di sekelilingnya. Semoga dikaulah 'dia', yang menjadi kebanggaan agama..insyaAllah..:-)"

"Seorang bijak pandai Islam berkata,"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah..maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri..tidak mengikut segala nafsumu..kalau engkau sudah merasai manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNya...Moga dalam lindungan Allah..moga jadi wanita yang menjadi sayap kiri pejuang agama-Nya..yang hidupnya sentiasa merindui syahid..insyaAllah.."

"Dakwah itu suatu tugas. Upahnya, ujian yang mendatang. Bukan jalan yang senang. Pendakwah pasti teruji. Teruji dengan kesengsaraan. Mungkin kesenangan dan kemewahan. Apa-apa sahaja yang bakal melintang di jalan dakwahmu, bersabarlah."

"Wahai hati...Bila engkau memandang segalanya daripada Allah, Yang mempercepatkan segalanya..Yang menimpakan ujian..Yang menyebabkan sakitnya hatimu...Membuatkan keinginanmu terhalang...Pastinya damailah hatimu..kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia..Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu..Pecahnya hatimu..Tapi mungkin itulah yang DIA mahu..kerana DIA tahu..Hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dengan-NYA..."

"Ya Allah..andai temanku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu..Andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu..Andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayangMu..Andai dirinya merindu, rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganMu..Ya Allah, jangan kau biarkan hati+jiwa+jasadnya terpesona dengan duniawi..Khusyukkan jiwanya dalam rukuk+sujud menghadapMu...Berikanlah kejayaan di dunia dan di akhirat..Semoga dirinya selamat selamanya..Amiin..:-)"

"Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya,"Sampai bila kau akan melelahkan diri?" Dijawab daie dengan pasti," Sebenarnya aku mengharap pengistirehatan (syurga)"


"Indahnya ukhwah ini, di kala lupa ada yang mengingati, di kala tersilap ada yang menasihati, di dunia jasad dan hatinya menemani, di kubur nanti pasti doanya mengiringi, kita tidak mencari sekelumit redha manusia, yang kita cari seinfiniti redha ALLAH!
Moga hidup sentiasa diberkati Allah.. moga dirimu dalam dakapan rahmat Allah..moga dirimu dalam pelukan kasih-sayang Allah..moga dirimu diselimuti maghfiratullah, moga itu menjadikanmu lebih taqarrub ilallah..Ukhwah fillah ilal jannah!"

"Teruja aku pada kata-kata Imam Al-Ghazali yang mulia: "Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.."

"Buat sahabatku...sesungguhnya aku tiada hadiah yang paling bermakna untukku beri dalam persahabatan ini. Aku berpesan kepada diriku dan juga dirimu sahabat bahawa..Carilah redha ALLAH kerana itulah kemuncak segalanya, kerana di situ juga terbitnya bait-bait cinta yang membuka pintu untuk meletakkan bahawa, "CUKUPLAH BAGIKU ENGKAU YA ALLAH, TIADA DIHATIKU MELAINKANMU.."Moga Allah pertemukan kita bukan di dunia sahaja malah di akhirat nanti dengan kemenangan yang hakiki..insyaAllah!"

Credit to : Angah, Meera, C'ngah, Ema, Kak Nurul, Afiqah, Kak Zaf, anonymous..


Wallahua'lam.

2 comments

jazakAllah atas perkongsian kata-kata ini.sungguh bermakna

REPLY

afwan..alhamdulillah..bak kata seorang sahabat,"sharing is caring.."

REPLY

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates