Friday, May 6, 2011

{Pre Script: Just another my family-friendly-personal post}

Salam Alayk..

Hmm..banyak pulak update leni (sekarang)..yalah, seminggu dua lagi akan kurang atau mungkin tak online langsung. Sebab? Biarlah rahsia..hehe. Ala kulli hal, semoga dipermudahkan Allah semua urusan..

Ok, berbalik pada tajuk entri kali ni. Cuti tak sampai seminggu bersama keluarga sudahpun berlalu..sepanjang cuti, sempat lah tolong ummi dan abuya apa yang patut. Tapi tak tolong sepenuhnya. Cuma jadi driver amik adik--Mujahid & Kakak,...edit2 kad kahwin mana yang patut, T_T"..(cabaran..cabaran)

Ok, balik kali ni rasa lain sikit. Rasa lebih sikit semangat kekeluargaan tu. Mungkin sebab kenduri kahwin yang nak hampir, jadi semua macam excited. Semua macam ada bonding. Semua rasa bertanggungjawab. Walaupun macam-macam peristiwa dah berlaku, tapi we are still care for each other and yes, we are a BIG family.

Peristiwa yang pahit tu banyak, tapi yang manis pun tak kurang untuk dikenang. Tapi yang pahit tu sampai sekarang kena cari ubatnya sebab kesannya masih ada sampai sekarang. Apa yang pahit tu? Biarlah rahsia..hehe [cukup2lah dengan tagline tu!!]

Saya selalu mimpikan benda yang mustahil. Contohnya adik saya akan jadi pelajar contoh bila dia tukar sekolah. Tapi sekarang dah bulan Mei, dia cuma ada beberapa bulan sahaja lagi. Kadang-kadang teringin nak tengok dia macam zaman innocent dia dulu. Dan kelmarin bila Ilah (adik saya yang kedua) attach pendrive dia and on the TV..tadaa!!..there you go!..keluarlah gambar-gambar zaman innocent adikku ini.. Dengan Muawwiz sekali. Zaman sebelum sekolah menengah..

...............

Hm..sometimes I wonder...
Kenapa even mak ayah ok, tapi anak-anak tak ok??
Mak ayah pakai macam ustaz,ustazah..tapi kenapa anak-anak senang-senang je dedah sana, dedah sini??
Ayah tak merokok..kenapa anak isap rokok??
Mak ayah dah cukup bagi anak-anak suasana islami waktu kecik2 dulu...alih2 bila dengan kawan dia tak kenal dah mak ayah..
Even ditegur pun, masih dengan muka kayu je...kenapa???

..................................

Pernah tanya seseorang," Kenapa dotdot tak ikut perangai ayah dia?" [serius zalim tanya soalan macam ni..-_-"]

"Itulah namanya ujian yang Allah nak bagi. Allah nak uji setakat mana ibubapa terima ujian ni. Doakanlah supaya satu hari nanti dia akan berubah..."

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui [Al-Baqarah:216]

{OK, kadang-kadang kita (eh ke saya?) pun pernah buat mak kita berleter...but logical thing is, bila nampak mak kita macam at her limit mesti cepat2 buat apa yang disuruh kan? campakkan segala laptop, TV dan novel}

But one important thing. Bila anak-anak makin dewasa, baru diorang tahu siksanya bila abaikan apa matlamat hidup dan nasihat yang diorang dapat dari cikgu-cikgu, mak ayah, kakak & abang waktu zaman sekolah dulu2. Baru nampak. Baru nak menyesal. Baru tahu betapa penting dan berharganya ibubapa dalam hidup. Apa-apa mesti cari mak ayah.

...Dan sikit-sikit, nampak hasilnya kesabaran ibubapa. Terima kasih kerana mengajar tentang kesabaran. Ya, sesungguhnya kesabaran itu indah...

[picture credit]

p/s-Happy Mother's Day to my dearest Mom...Ummi Sakilawati Ismail
and Happy Belated Birthday to my greatest Dad, Rayah Mohd

:: rabiatul adawiyah's :: . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates