Tips Solat Istikharah
Salam Alayk..
Semalam saya berkesempatan mengikuti kelas fardhu ain yang diadakan di kampung saya. Ustazah yang menyampaikan kuliah menyentuh tentang solat-solat sunat. Antaranya solat sunat tahajud, solat sunat berjemaah, mutlak, dan lain-lain. Tapi saya cuma akan tulis sikit tentang solat sunat istikharah. Harap membantu.
Setiap hari dalam hidup kita akan buat pilihan, kan. Tak kiralah untuk urusan kecil atau besar. Bukan semata-mata untuk tujuan perkahwinan sahaja baru nak buat solat istikharah ni.
Istikharah sendiri bermaksud pilihan. Dan solat istikharah adalah solat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan bukan pada waktu yang dimakruhkan solat. Ia dilakukan bertujuan untuk membuat pilihan tentang perkara-perkara yang harus, dan tidak mengetahui kebaikan atau keburukannya. Antara tips-tips (lebih sesuai disebut adab) untuk menunaikan solat sunat istikharah ialah:
1. Niat. Niat mestilah betul untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam sesuatu urusan yang ingin dilaksanakan.
2. Doa-anda semua mesti dah tahu kan doa apa yang afdhal dibaca..mestilah doa supaya dipermudahkan nak buat pilihan, dan yang paling penting pilihan yang dibuat akan memudahkan urusan akhirat...bukan semata-mata dunia sahaja.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Jadi selepas tekad dengan apa yang didoakan, mohon supaya diberi petunjuk sekali lagi untuk melaksanakannya..(if you are into it) dan redha dengan apa yang akan terjadi.....

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
3. Waktu- Berkenaan dengan waktu, solat sunat istikharah seeloknya dilakukan selepas kita melakukan urusan seharian iaitu sebelum tidur. Hal ini demikian kerana dikhuatiri kita tidak menumpukan sepenuhnya kepada persoalan berkaitan urusan yang berkaitan. Contohnya apabila si A melakukan solat sunat istikharah sebaik sahaja solat isyak, kemudian dia ke dapur, bersembang, dan sebagainya yang menyebabkan ingatannya untuk hal yang dipohon berkurang. Sebaiknya selepas menunaikan solat istikharah, si A terus berdoa dan ibadah senyap [tidur]...
4. Hati- Hati adalah organ yang sangat penting dalam Islam. Baik hati, maka baik jugalah insan itu. Berkaitan dengan solat istikharah, kita juga kena jaga hati. Macamana? Kita kena 'neutral'kan hati sebelum solat istikharah..maknanya kalau kita nak buat pilihan antara A dan B, hati kita tak bolehlah bias kepada A sebelum tu. Kalau awal-awal lagi dah condong kepada A, alamatnya memang A lah jawapannya...
5. Yang last, jaga ibadah lain terutama yang wajib. Kalau setakat sunat istikharah sahaja yang dijaga, solat wajib 5 waktu buat endah tak endah je...kirim salam. Ingat Allah bukan untuk masa susah sahaja, senang pun kena ingat Allah. Dan istikharah serta sunat-sunat lain dibuat bukan semata-mata untuk dapatkan fadhilat (kelebihan) nya semata-mata. Ertinya, jika ia dibuat untuk memenuhi matlamat fadhilat semata-mata, maka apabila dipermudahkan Allah dan dihilangkan kesusahan tentang sesuatu, dikhuatiri kita akan meninggalkan sunat-sunat tersebut. The best way is doing thing because of Him...insyaAllah.
Hm...setakat itu dulu. Kalau nak tahu banyak lagi tentang solat istikharah, tanya pakcik google ya!
p/s-maaf saya bukan ustazah..cuma berkongsi setakat termampu. Andai tersilap, mohon teguran berhikmah dari kalian..thanks!